[27 Jun 2013]
Saya Mohammad Mokhriz Abdul Rahim berasal dari Batu Pahat, Johor. Saya merupakan Pengarah Urusan kepada Reezqi Cinematography yang bergerak dibawah naungan syarikat Reezqi Solution. Kepakaran saya adalah dalam menghasilkan foto dan video yang mempunyai impak, cantik dan penuh makna.
Kali pertama saya menyertai program Dr. Azizan Osman adalah pada September 2011 di Shah Alam, Selangor. Itu pun di atas pelawaan seorang sahabat saya. Tersentap daripada kata-kata Dr. Azizan, saya terus mendaftar untuk program lanjutan Dr. Azizan Osman.
Kenapa saya mendaftar? Dahulu kehidupan saya bukan begini. Tiada langsung istilah perniagaan dalam hidup saya. Saya merupakan seorang jurutera di dalam industri automotif. Gaji pokok ditambah dengan elaun, dapatlah dalam RM3000 sebulan. Isteri pula bekerja kerajaan. Dicampur tolak, pendapatan kami berdua dalam sebulan RM5000. Rasa macam dah mewah, namun jauh disudut hati, tetap tidak rasa gembira. Manakan tidak, nak bayar bil pun terpaksa bermasam muka sesama sendiri. Siapa yang kena bayar?
Disebabkan itu, saya mencuba nasib dalam dunia perniagaan. Masih teringat, percubaan pertama saya adalah dengan menjadi penjual aksesori telefon bimbit. Serata ceruk Kuala Lumpur dan Selangor saya redah semata-mata ingin mendapatkan pembekal yang boleh bagi harga murah. Entah di mana yang silap, saya telah ditipu oleh rakan niaga saya sendiri. Terus lingkup.
Namun saya tidak berputus asa, saya kemudiannya mencuba pula perniagaan MLM (Multi Level Marketing). Disebabkan tiada ilmu, semua yang saya lakukan seolah-olah tidak menjadi. Terasa seperti banyak sangat pancaroba. Saya kemudiannya terpaksa tarik diri daripada MLM. Saya kemudiannya terkesan dengan keadaan ekonomi saya pada waktu itu. Hubungan saya dengan anak-anak sangat teruk. Bila balik kerja dengan keadaan penat, pantang anak salah sikit, terus naik tangan. Saya cepat naik darah. Hujung minggu hanya terperap di rumah dengan alasan nak rehatkan badan. Tiada masa langsung nak habiskan masa yang berkualiti dengan keluarga.
Saya kemudiannya mendapat idea untuk melibatkan diri dalam bidang fotografi. Perasaan takut memang tidak dapat dielak. Maklum sahaja industri fotografi ini makin meningkat naik seperti cendawan tumbuh selepas hujan terutama di kawasan Lembah Klang. Tambahan pula Reezqi Cinematography masih belum dikenali. Sampaikan saya tidak berani kenakan caj yang tinggi kepada pelanggan. Seringkali saya terfikir mahu bekerja makan gaji semula disebabkan takut tidak dapat menampung keluarga.
Program Dr. Azizan adalah jawapan kepada persoalan saya selama ini. Dimana saya nak cari ilmu untuk saya kembangkan lagi perniagaan dalam bidang fotografi ini. Alhamdulillah, setelah menghadiri program-program Dr. Azizan, sangat banyak perkara LUAR BIASA telah berlaku dalam kehidupan saya. Sama ada perhubungan dengan keluarga mahupun perniagaan. Reezqi Cinematography juga makin dikenali dan ‘job’ diterima juga makin banyak. Ini semua adalah hasil dari apa yang saya belajar daripada Dr. Azizan dan saya praktikkan. Sampaikan saya dah boleh upah ‘team’ saya sendiri untuk bekerja dengan saya. Hubungan saya dengan isteri dan anak-anak makin rapat dan penuh kasih sayang. Saya punya masa untuk saya luangkan bersama mereka. Saya juga lebih positif dalam apa jua tindakan.
Kalau dahulu pendapatan saya hanya RM300 sebulan, Alhamdulillah hasil perkongsian ilmu daripada Dr. Azizan Osman, pendapatan saya sekarang sekitar RM3500-RM5000 seminggu. Tidak pernah langsung saya dek fikiran saya. Saya juga diajar erti konsep sebenar untuk berniaga dimana berniaga bukan semata-mata berobjektifkan keuntungan tetapi ia adalah cara kita untuk menyelesaikan masalah, berkongsi dan menambah nilai hidup orang lain. Segala ilmu yang disampaikan Dr. Azizan Osman bukan hanya omong kosong, ianya adalah pengalaman jatuh bangun beliau sendiri. Jangan hadir program Hidup Luar Biasa ini jika anda rasa kehidupan anda sudah cukup kaya, bahagia dan berjaya.
No comments:
Post a Comment