[26 Jun 2013]
Nama saya Herda Nezuantye Johan merupakan Pengarah Urusan kepada Mama Herda Chocolate Cake. Sebelum ini perniagaan kami hanya bergerak daripada rumah selama 5 tahun setengah dan dikenali sebagai Bakes With Love. Sehinggalah pada Januari 2013 saya dan suami mengeluarkan produk kek coklat yang dikenali sebagai Mama Herda Chocolate Cake. Sebelum ini saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan hanya menjalankan perniagaan ini secara online dari rumah.
Pertama kali menjejakkan kaki ke program percuma Dr. Azizan Osman adalah pada tahun 2011. Namun pada ketika itu, masih tidak ada keberanian dalam diri saya untuk mendaftar untuk program lanjutan beliau. Kemudian pada tahun 2012 saya hadirkan diri sekali lagi ke program percuma beliau. Namun saya menunggu lagi untuk program percuma yang akan datang. Sehinggalah pada November 2012, saya dan suami memberanikan diri untuk mendaftar ke program lanjutan beliau.
Baru saya tersedar, alangkah ruginya saya kerana tidak mendaftar dengan lebih awal sebelum ini. Begitu banyak masa sebenarnya yang saya sudah terlepas untuk saya menambah nilai dalam hidup saya dan orang lain. Dr. Azizan sebenarnya bukan sahaja mengajar tentang peniagaan dan pemasaran, malah beliau juga mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Tentang bagaimana pentingnya untuk kita menambah nilai kehidupan kita dan orang lain.
Sebelum ini, saya sebenarnya takut dan tidak yakin dengan kebolehan saya sendiri. Tambahan lagi, suami saya lebih suka jika saya bekerja makan gaji. Lebih terjamin katanya. Pendapatan saya pada ketika itu hanya mencecah RM1000 sebulan. Itu pun kadang-kadang dan hanya berlaku pada musim kenduri kahwin. Ketakutan saya yang paling utama adalah persaingan daripada orang lain. Saya tidak menganggap persaingan itu adalah satu cabaran untuk diri saya untuk menaiktarafkan perniagaan saya ke tahap yang lebih tinggi. Saya juga takut sekiranya saya mengabaikan keluarga terutama anak-anak saya yang masih kecil jika saya terlalu fokus kepada perniagaan.
Perkara yang betul-betul berubah apabila saya menyertai program Dr. Azizan adalah pemikiran saya. Daripada seorang yang berfikiran negatif, kini saya merupakan seorang yang berfikiran positif. Dahulunya saya suka menyalahkan orang lain sedangkan semuanya adalah berpunca daripada saya sendiri. Suami saya juga sudah menerima hasrat saya untuk berniaga malahan kini dia juga turut sama terlibat dalam urusan perniagaan ini.
Dengan mempraktikkan apa yang diajar oleh Dr. Azizan Osman, tempahan untuk Mama Herda Chocolate Cake makin bertambah. Alhamdulillah pendapatan kami kini mencecah RM5000 sebulan. Tidak perlu menunggu musim kenduri kahwin lagi. Permintaan semakin bertambah sehinggakan kami terpaksa membuat keputusan untuk membuka premis kami sendiri demi memenuhi permintaan.
Nasihat-nasihat daripada Dr. Azizan sangat-sangat berguna bagi saya sama ada untuk perniagaan mahu pun kehidupan peribadi saya sendiri. Bagi mereka yang inginkan perubahan luar biasa dan suntikan keberanian untuk mengubah nilai hidup, hadirkan diri ke program HIDUP LUAR BIASA ini. Hadir dan rasai sendiri. Tidak pernah saya sangka, dari seorang suri rumah yang berkain batik sambil menghayun anak dibuaian kini merupakan seorang Pengarah Urusan yang mempunyai produk sendiri. Dr. Azizan sendiri pernah berkata, tidak kira siapa kita, taraf kita atau fizikal kita, kita berhak ke atas diri kita untuk mengubah hidup daripada biasa-biasa ke HIDUP LUAR BIASA. Pilihan terletak di tangan kita sendiri.
No comments:
Post a Comment