Wednesday, November 20, 2013

Saya was-was dengan program Dr. Azizan!

[17 Jun 2013]
testimoni-hlb4.jpg

Saya Juliazira Jamain daripada Johor Bahru. Saya merupakan Pengarah Urusan Eye-Riz Optometry. Premis utama kami bertempat di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Manakala satu lagi cawangan bertempat di Sg. Besi, Kuala Lumpur. Kepakaran Eye-Riz Optometry adalah membantu menyelesaikan masalah penglihatan mata anda yang rabun, silau serta letih dan memadankan cermin mata atau ‘sunglasses’ berkualiti mengikut kesesuaian wajah masing-masing.

Bak kata pepatah ‘Setiap kejayaan yang besar bermula dengan langkah pertama’. Begitu juga dengan idea penubuhan Riz-Eye Optometry. Selepas tamat pengajian dalam bidang Optometri di UKM, saya, seperti mana kebanyakan graduan lain tidak jelas dengan hala tuju kerjaya sama ada mahu melibatkan diri dalam sektor kerajaan ataupun swasta, dan memang saya langsung tiada hasrat untuk berniaga! Sekadar mengikut arus, saya bekerja sebagai optometris ‘makan gaji’ di beberapa syarikat swasta selama empat tahun dan berasa amat selesa dengan pendapatan yang ‘cukup makan’.

Namun saya berpegang kepada prinsip bahawa jika kita bekerja dengan ikhlas lebih daripada apa yang majikan jangkakan, maka Allah akan tunjukkan jalan yang kita tidak sangka dan memberi peluang kepada kita untuk mencorakkan hidup kita menjadi LUAR BIASA! Akhirnya, pengalaman kerja ini menemukan saya pada satu titik perubahan yang mendesak saya untuk bangkit dan mencorakkan hala tuju saya, iaitu dengan BERANI BERNIAGA.

Cabaran yang dihadapi untuk membuka perniagaan bukan sedikit. Saya dan suami bukanlah berasal daripada keluarga yang mempunyai asas bisnes yang teguh. Tiada mentor untuk dirujuk, tiada garis panduan untuk diikut dan tiada modal untuk memulakan perniagaan. Sehinggalah pada suatu hari, saya terbaca iklan Seminar Dr. Azizan Osman anjuran Richworks. Pada mulanya saya was-was dengan program Dr. Azizan ini.

Bak kata orang, kenal pun tidak. Namun dengan semangat berkobar-kobar ingin menuntut ilmu perniagaan dan tiada apa yang nak dirugikan, saya dan suami menyertai juga program tersebut pada 4 Julai 2009. Ternyata keputusan itu merupakan suatu titik perubahan buat saya dan suami. Bertitik tolak daripada nasihat Dr. Azizan Osman pada program tersebut, percaya atau tidak, kami terus bertindak mendaftar nama Eye-Riz Optometry di SSM kurang 10 hari selepas program iaitu pada 13 Julai 2009.

Kami memulakan operasi tanpa premis tetap, berbekalkan alatan yang minimum dengan sebuah bilik kecil di rumah kami yang diubah menjadi bilik pemeriksaan mata. Pelanggan awal kami adalah adik beradik dan jiran kami sendiri. Seterusnya kami menebalkan muka membuat promosi bergerak untuk mendapatkan pelanggan semasa bulan Ramadhan.

Usaha kami berbaloi apabila mendapat hasil jualan sebanyak RM7000 hanya dalam tempoh dua hari. Hasrat kami beroperasi di premis sendiri termakbul dengan pembukaan Eye-Riz Optometry Bandar Sri Permaisuri pada November 2009. Walaupun hanya ‘kedai separuh’ dan menggunakan perabot ‘second hand’, ia cukup memberikan kepuasan apabila melihat impian membuka kedai menjadi kenyataan.

Saya yakin seperti mana kata-kata Dr. Azizan Osman, setiap usaha gigih yang kita buat bukan semata-mata untuk duit tapi untuk mendapatkan keredhaan Allah. Bukan berapa yang kita dapat tapi apa yang kita buat untuk membantu orang lain. Tanpa dijangka, hasil jualan bulan pertama kami mencecah RM25 000, manakala hasil jualan tahunan bagi tahun pertama (2010) adalah sebanyak RM300 000.

Alhamdulillah pada November 2010, kami berpindah ke premis penuh dan berjaya menjana hasil jualan tahunan 2011 sebanyak RM500 000 dan diikuti dengan pembukaan cawangan pertama kami di Sg. Besi, Kuala Lumpur pada Januari 2012. Hasilnya, jualan kami bagi tahun 2012 pula meningkat kepada RM700 000. Ini semua adalah anugerah Allah S.W.T., hasil daripada usaha dan dorongan daripada suami, emak, bapa, anak-anak, para pekerja, para pelanggan, rakan-rakan dan bimbingan daripada Jurulatih Kejayaan No. 1 Asia, Dr. Azizan Osman.

Menghadiri program-program Dr. Azizan seperti mengajar kami untuk tidak ‘takut’ menjadi kaya. Kami juga dibimbing tentang konsep sebenar perniagaan yang bukan bermotifkan untuk mengaut keuntungan tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan masalah, berkongsi dan menambah nilai kehidupan orang lain. Banyak lagi ilmu-ilmu tentang kehidupan yang dicurahkan oleh Dr. Azizan Osman yang membantu menambah baik hubungan kami suami isteri, mempereratkan hubungan sesama manusia dan yang paling penting meningkatkan hubungan dan kebergantungan kami kepada Allah S.W.T.

Dengan menganggap ilmu adalah pelaburan jangka masa panjang yang tidak akan rugi, kami berazam untuk mengikuti keseluruhan program-program Dr. Azizan Osman dan berharap agar anda juga turut sama menyertainya. Tidak perlu percaya kata-kata saya. Anda cuma perlu hadir, rasai sendiri dan bersedia untuk menjadi KAYA dan BERJAYA. 

No comments: