Wednesday, November 06, 2013

Dari RM 80,000 Sebulan Kini Mencecah RM 210,000 Sebulan

[19 Ogos 2013]





















Nama saya Kala Vathy a/p Rasalingam merupakan pengasas dan pengarah urusan
AYUR-V Ayurvedic Hair & Beauty Care. Fokus perniagaan saya adalah rawatan
rambut dan kecantikan Ayurveda. Saya sudah berkecimpung dalam bidang ini
sejak 7 tahun lepas selepas meletakkan jawatan sebagai pensyarah di sebuah kolej.
Keluarga saya sememangnya memiliki beberapa buah kedai gunting rambut dan
dari situlah timbul minat saya untuk mencuba kaedah Ayurveda apabila pelanggan
kami sering mengadu masalah rambut seperti kelemumur, botak, botak bertompok,
masalah kulit kepala dan masalah kutu. Disebabkan minat, saya sanggup ke India
semata-mata ingin mempelajari kaedah Ayurveda ini. Dalam tempoh 2 tahun sahaja,
kami sudah memiliki 3 cawangan di Setapak, Sri Gombak dan Seremban. Kami turut
meningkatkan servis kami kami dengan menawarkan rawatan muka, badan dan
'relaxation' mengikut kaedah Ayurveda.
Permintaan semakin tinggi dan penghasilan produk rawatan rambut sendiri mula
memberi tekanan kepada diri saya khususnya apabila saya sedar seolah-olah apa
sahaja yang saya sentuh boleh menjadi wang. Saya menjadi semakin tamak, tidak
teratur, terasa kosong dan menjadi semakin tidak tentu hala. Semua peluang yang
asal menampakkan wang, saya tidak pernah tolak walhal perkara yang sebelumnya
masih belum selesai. Umpama si kudung mendapat cincin. Perumpamaan yang
paling tepat menggambarkan diri saya pada ketika itu. Perniagaan huru-hara. Saya
betul-betul tertekan dan tidak mengerti mengapa semuanya menjadi serba tidak
kena walaupun sudah banyak usaha dan wang saya curahkan.
Detik pertemuan saya dengan Dr. Azizan Osman adalah pada Seminar Jutawan Industri
pada Ogos 2012. Sebelum ini saya hanya mendengar dan membaca mengenai kepakaran
beliau mengadakan kursus secara besar-besaran untuk para usahawan. Syukur kepada
Tuhan. Teka-teki saya terjawab sejurus mengikuti seminar tersebut. Saya sebenarnya
memerlukan MENTOR untuk dijadikan panduan dan memberi tunjuk ajar dalam bidang
yang saya ceburi. Saya kemudiannya tidak berlengah lagi untuk mendaftar program lanjutan.
Melalui program Dr. Azizan, barulah saya sedar bahawa tujuan saya berniaga adalah
untuk membantu dan menambah nilai kepada sesiapa yang memerlukan bukannya
berdasarkan keuntungan semata-mata. Saya juga belajar tentang fokus. Ramai usahawan
yang gagal dalam perniagaan kerana tiada fokus. Kita mungkin mahir dalam pelbagai bidang,
namun untuk berjaya, kita perlu fokus pada satu bidang sahaja pada satu-satu masa.
Syukur, selepas beberapa bulan menyertai program Dr. Azizan Osman, perniagaan saya
kembali meningkat. Saya mula memberanikan diri untuk mengambil lebih ramai staf
dalam usaha untuk menjadi lebih produktif. Kini AYUR-V bukan sahaja memiliki spa
dan salun, bahkan kini kami melangkah setapak lagi kehadapan dengan menjual dan
mengeksport Produk Rawatan Rambut kami sendiri. Produk kami kini sudah mula
mendapat tempat di Brunei, Perancis, Singapura dan Indonesia. Menerusi MATRADE,
AYUR-V mendapat peluang melebarkan sayap ke Qatar dan Singapura dalam bentuk
perlesenan, eksport produk rawatan rambut dan latihan kemahiran.
Dahulunya ibu pejabat kami hanya beroperasi di satu tingkat sahaja iaitu khusus
untuk spa, kini AYUR-V telah mengambil keseluruhan bangunan 3 tingkat untuk tujuan
operasi lengkap, 'cross selling', pejabat pengurusan dalam dan luar negara serta pusat
latihan kemahiran. Dari pendapatan hanya RM80,000 sebulan sebelum ini, kini
perniagaan kami mencecah sehingga RM210,000 sebulan. Itupun tidak termasuk
hasil dari luar negara.
Saya hanya memerlukan 4 jam sahaja untuk kenal pasti kesilapan saya sewaktu
menghadiri Seminar Jutawan Industri. Saya tidak berlengah untuk mengaplikasi apa
yang telah saya pelajari dan hanya dalam tempoh setahun, saya sudah tahu ke mana
arah tuju perniagaan saya. Saya tahu saya terpaksa BERJAYA kerana minat yang
mendalam terhadap dunia rawatan rambut dan saya ikhlas membantu orang yang
memerlukan bantuan kami. Kita tidak perlu gentar terhadap pesaing jika kita tahu
apakah keunikan yang ada pada produk atau servis kita.
Saya sarankan pada sesiapa di luar sana yang masih was-was dan ragu-ragu dengan
program keusahawan Dr. Azizan Osman, keluarlah dari kotak ego anda. Anda
mungkin jauh lebih tua dan berpengalaman daripada Dr. Azizan, namun percayalah,
jika ada tanda-tanda kekosongan dalam diri dan perniagaan anda, anda masih
perlukan MENTOR untuk membantu anda sama ada dalam perniagaan atau hidup
anda sendiri. Dr Azizan Osman mempunyai pengalaman jatuh bangun perniagaan
yang sangat luar biasa dan beliau berjaya menjadikan pengalamannya sebagai
formula kejayaan untuk ramai usahawan lain. Saya sudah merasainya, anda bila lagi?

No comments: