Wednesday, November 20, 2013

WANG untuk ANAK


Image
Oleh Irfan Khairi.[7 Jun 2013]
Sebaiknya, didikan wang perlu diberikan kepada si kecil pada umur yang awal. Lebih awal, lebih baik. Tidak semestinya perlu menunggu mereka memasuki bangku sekolah ataupun apabila mereka bersedia membuka akaun bank sendiri baru soal kewangan dibincangkan. Topik mengenai wang dan kerja boleh disampaikan kepada si kecil dalam pelbagai cara.
Sebagai contoh, aktiviti harian seperti pergi membeli belah adalah peluang mendidik anak kita membandingkan harga.  Mengeluarkan wang dari mesin ATM juga merupakan peluang untuk menjelaskan bahawa wang tidak datang secara otomatik dari sebuah mesin, tetapi perlu bekerja atau berniaga untuk mendapatkannya. Menderma juga merupakan peluang untuk mengajar anak tentang pentingnya memberi wang untuk membantu orang lain. Jadikan aktiviti yang melibatkan wang ketika bersama anak sebagai aktiviti mendidik mereka tentang wang. Ilmu kewangan yang dikutip sedikit demi sedikit ini akan membantu mereka memahami soal wang dengan lebih jelas apabila membesar.
Image
Apabila si kecil membesar, salah satu pengajaran yang amat penting untuk diterapkan adalah perlunya kerja untuk mendapatkan wang. Ini akan mengajar mereka tanggungjawab dan menjelaskan hubungan antara bekerja untuk mendapatkan wang. Bekerja untuk wang boleh bermula dari rumah seperti bantu basuh kereta ayah. Penting juga untuk mereka faham wang upah yang diberikan untuk apa sahaja kerja perlu disimpan sebahagian daripadanya dan bukan dibelanjakan sehingga habis. Satu konsep yang ramai antara orang dewasa masih sukar melakukan mungkin kerana tidak didedahkan sejak kecil.
Sememangnya kita inginkan yang terbaik untuk anak kita ketika membesar namun adakalanya untuk kita biarkan mereka melakukan juga kesilapan dalam kewangan, seperti mana guru yang terbaik adalah melakukan kesilapan. 
Pengalaman itu akan mengajar mereka untuk memperbaiki diri sendiri dalam perihal kewangan. Kesilapan kewangan yang dilakukan ketika kecil akan membantu mereka melakukan kesilapan yang lebih besar apabila mereka layak menggunakan kad kredit kelak!
Sedih apabila melihat berita bahawa ramai antara muda-mudi hari ini perlu diisytiharkan muflis akibat penggunaan kad kredit dan juga pinjaman bank yang tidak bijak. Walaupun umur di awal 20-an pelbagai masalah kewangan melanda. Di manakah puncanya masalah ini? Besar kemungkinan adalah ilmu kewangan yang bijak tidak dipupuk sejak kecil lagi bermula dari rumah.

Umpama Melanggar Dinding!

Having trouble viewing this email? Click here
Company Logo
[11 Jun 2013]


Nama saya Wan Nur Shuhada binti Wan Hasan daripada Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.  Saya merupakan Pengarah Urusan Bintu Abi Enterprise. Kepakaran saya adalah membekalkan tudung labuh kepada para muslimah di luar sana secara online tanpa perlu bersusah payah ke kedai. Bermulanya perjalanan Bintu Abi Enterprise sejak Disember 2010. Tercetusnya idea untuk menjalankan perniagaan bersama seorang lagi rakan kongsi saya ini adalah semasa saya masih bergelar seorang siswazah lagi. 
Sebagai seorang siswazah, masalah kewangan tidak dapat dielak. Biarpun dengan bantuan pinjaman pengajian, masih tidak cukup. Oleh sebab itulah saya dan rakan kongsi memulakan perniagaan tudung labuh Bintu Abi ini. Pada awal-awal hasil jualan kami sangat menyedihkan. Boleh dikatakan dalam sehari, nak dapat RM50 pun susah. Selama 2 tahun perniagaan tudung labuh ini, perniagaan kami biasa-biasa sahaja. Sekadar cukup makan. Sehinggalah pada Julai 2012, saya ternampak iklan mengenai seminar Dr. Azizan Osman anjuran Richworks. Berbekalkan semangat ingin tahu dan ingin berubah, saya dan rakan kongsi terus mendaftar untuk seminar tersebut. 
Setelah menghadiri program Dr. Azizan, kami bagai terbangun dari tidur. Tidak menyedari yang selama ini kami umpama melanggar dinding. Kami baru sedar bahawa persepsi kami tentang perniagaan sebelum ini ternyata salah dan perlu diubah. Perniagaan bukan sekadar berlandaskan modal dan pelanggan semata-mata. Sebaliknya kita perlu mempunyai mentor yang terbukti berjaya, ilmu tentang perniagaan dan pemasaran, sistem yang betul, tindakan yang strategik dan impian untuk masa hadapan. 
Sejurus selepas pulang daripada program tersebut, hanya satu strategi yang kami gunakan daripada beratus teknik dan strategi Dr. Azizan kongsikan namun hasilnya sangat-sangat menakjubkan. Bayangkan, jualan tudung labuh kami mencecah sehingga RM5,000 sehari. Satu angka yang kami sendiri tidak pernah jangkakan. Dr. Azizan ada menerapkan tentang pentingnya impian atau hala tuju kita. Dengan izin Allah, pada tahun 2013 ini kami mensasarkan jualan RM10,000 sehari. Tidak mustahil angka ini dapat dicecah sekiranya kami betul-betul praktikkan apa yang telah diajar oleh Dr. Azizan. 
Yang paling saya ingat adalah apabila Dr. Azizan pernah menyebut jangan terlalu memikirkan tentang masalah. Oleh itu, kita perlu betulkan persepsi kita tentang masalah. Semakin kita fikir, makin tidak menentu kehidupan kita. Terlalu takut akan persepsi orang lain terhadap kita juga boleh menarik aura negatif terhadap kita.‘Just do what you do best’. Masalah diketepikan. Kemudian kita akan nampak hasilnya. 
Pada pandangan saya, program Dr. Azizan bukan hanya perlu dihadiri oleh pemilik-pemilik perniagaan atau yang ingin menaik taraf perniagaan mereka sahaja, bahkan semua orang patut menghadiri program Dr. Azizan. Ini kerana Dr. Azizan bukan hanya mengajar kita bagaimana untuk ‘market’kan perniagaan kita, malahan bagaimana untuk kita sebagai seorang manusia untuk ‘market’kan diri kita sebagai modal insan yang baik untuk kita berjaya di dunia dan di akhirat sana. Hidup memerlukan sesuatu yang lain dari kebiasaan, yang lebih LUAR BIASA, barulah hidup akan berjaya.


Saya was-was dengan program Dr. Azizan!

[17 Jun 2013]
testimoni-hlb4.jpg

Saya Juliazira Jamain daripada Johor Bahru. Saya merupakan Pengarah Urusan Eye-Riz Optometry. Premis utama kami bertempat di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Manakala satu lagi cawangan bertempat di Sg. Besi, Kuala Lumpur. Kepakaran Eye-Riz Optometry adalah membantu menyelesaikan masalah penglihatan mata anda yang rabun, silau serta letih dan memadankan cermin mata atau ‘sunglasses’ berkualiti mengikut kesesuaian wajah masing-masing.

Bak kata pepatah ‘Setiap kejayaan yang besar bermula dengan langkah pertama’. Begitu juga dengan idea penubuhan Riz-Eye Optometry. Selepas tamat pengajian dalam bidang Optometri di UKM, saya, seperti mana kebanyakan graduan lain tidak jelas dengan hala tuju kerjaya sama ada mahu melibatkan diri dalam sektor kerajaan ataupun swasta, dan memang saya langsung tiada hasrat untuk berniaga! Sekadar mengikut arus, saya bekerja sebagai optometris ‘makan gaji’ di beberapa syarikat swasta selama empat tahun dan berasa amat selesa dengan pendapatan yang ‘cukup makan’.

Namun saya berpegang kepada prinsip bahawa jika kita bekerja dengan ikhlas lebih daripada apa yang majikan jangkakan, maka Allah akan tunjukkan jalan yang kita tidak sangka dan memberi peluang kepada kita untuk mencorakkan hidup kita menjadi LUAR BIASA! Akhirnya, pengalaman kerja ini menemukan saya pada satu titik perubahan yang mendesak saya untuk bangkit dan mencorakkan hala tuju saya, iaitu dengan BERANI BERNIAGA.

Cabaran yang dihadapi untuk membuka perniagaan bukan sedikit. Saya dan suami bukanlah berasal daripada keluarga yang mempunyai asas bisnes yang teguh. Tiada mentor untuk dirujuk, tiada garis panduan untuk diikut dan tiada modal untuk memulakan perniagaan. Sehinggalah pada suatu hari, saya terbaca iklan Seminar Dr. Azizan Osman anjuran Richworks. Pada mulanya saya was-was dengan program Dr. Azizan ini.

Bak kata orang, kenal pun tidak. Namun dengan semangat berkobar-kobar ingin menuntut ilmu perniagaan dan tiada apa yang nak dirugikan, saya dan suami menyertai juga program tersebut pada 4 Julai 2009. Ternyata keputusan itu merupakan suatu titik perubahan buat saya dan suami. Bertitik tolak daripada nasihat Dr. Azizan Osman pada program tersebut, percaya atau tidak, kami terus bertindak mendaftar nama Eye-Riz Optometry di SSM kurang 10 hari selepas program iaitu pada 13 Julai 2009.

Kami memulakan operasi tanpa premis tetap, berbekalkan alatan yang minimum dengan sebuah bilik kecil di rumah kami yang diubah menjadi bilik pemeriksaan mata. Pelanggan awal kami adalah adik beradik dan jiran kami sendiri. Seterusnya kami menebalkan muka membuat promosi bergerak untuk mendapatkan pelanggan semasa bulan Ramadhan.

Usaha kami berbaloi apabila mendapat hasil jualan sebanyak RM7000 hanya dalam tempoh dua hari. Hasrat kami beroperasi di premis sendiri termakbul dengan pembukaan Eye-Riz Optometry Bandar Sri Permaisuri pada November 2009. Walaupun hanya ‘kedai separuh’ dan menggunakan perabot ‘second hand’, ia cukup memberikan kepuasan apabila melihat impian membuka kedai menjadi kenyataan.

Saya yakin seperti mana kata-kata Dr. Azizan Osman, setiap usaha gigih yang kita buat bukan semata-mata untuk duit tapi untuk mendapatkan keredhaan Allah. Bukan berapa yang kita dapat tapi apa yang kita buat untuk membantu orang lain. Tanpa dijangka, hasil jualan bulan pertama kami mencecah RM25 000, manakala hasil jualan tahunan bagi tahun pertama (2010) adalah sebanyak RM300 000.

Alhamdulillah pada November 2010, kami berpindah ke premis penuh dan berjaya menjana hasil jualan tahunan 2011 sebanyak RM500 000 dan diikuti dengan pembukaan cawangan pertama kami di Sg. Besi, Kuala Lumpur pada Januari 2012. Hasilnya, jualan kami bagi tahun 2012 pula meningkat kepada RM700 000. Ini semua adalah anugerah Allah S.W.T., hasil daripada usaha dan dorongan daripada suami, emak, bapa, anak-anak, para pekerja, para pelanggan, rakan-rakan dan bimbingan daripada Jurulatih Kejayaan No. 1 Asia, Dr. Azizan Osman.

Menghadiri program-program Dr. Azizan seperti mengajar kami untuk tidak ‘takut’ menjadi kaya. Kami juga dibimbing tentang konsep sebenar perniagaan yang bukan bermotifkan untuk mengaut keuntungan tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan masalah, berkongsi dan menambah nilai kehidupan orang lain. Banyak lagi ilmu-ilmu tentang kehidupan yang dicurahkan oleh Dr. Azizan Osman yang membantu menambah baik hubungan kami suami isteri, mempereratkan hubungan sesama manusia dan yang paling penting meningkatkan hubungan dan kebergantungan kami kepada Allah S.W.T.

Dengan menganggap ilmu adalah pelaburan jangka masa panjang yang tidak akan rugi, kami berazam untuk mengikuti keseluruhan program-program Dr. Azizan Osman dan berharap agar anda juga turut sama menyertainya. Tidak perlu percaya kata-kata saya. Anda cuma perlu hadir, rasai sendiri dan bersedia untuk menjadi KAYA dan BERJAYA. 

Tuesday, November 12, 2013

Tundukkanlah Hatimu....

[21 Jun 2013]


Alhamdulillah hari ini saya masih di USA untuk menuntut ilmu sambil melawat beberapa tempat di San Diego, Los Angeles dan Las Vegas.  

Kelas saya masih belum habis dan meeting tentang buku bersama dengan Jay Abraham mudah-mudahan membuahkan hasil. Saya juga mendapat maklumat menarik tentang saya bakal berpeluang untuk bercakap di hadapan graduan sebuah universiti terkemuka di dunia di sini pada bulan November nanti Insha Allah. Universiti yang berjaya melahirkan beberapa billionnaire yang tidak habis belajar. I Like.  

Sepanjang saya menghadiri pelbagai seminar, kursus dan berguru dengan pelbagai guru bertaraf antarabangsa dengan berbelanja bermula dari beratus dollar ke berpuluh ribu dollar sehingga ke beratus ribu dollar sejak saya muda seawal umur 18 tahun. Dari Bob Proctor ke Brian Tracy, Dari Tony Robbins ke Blair Singer dan Harv Eker, Dari Peter Lau ke James Greeves, Dari Yang terkenal ke yang tidak terkenal.p, dari guru bisnes ke guru kepimpinan, dari guru kerohanian ke guru amalan, dari guru luaran ke guru dalaman. Saya tidak pernah sekali menyalahkan mereka jika saya pernah gagal atau belum berjaya di dalam perjalanan saya mempraktiskan ilmu-ilmu mereka. Saya asalnya bukan berduit dan bukan berasal dari keluarga berduit. Tapi saya sedar, jika saya mahu merubah hidup saya, saya perlu belajar bukan dari mereka yang hanya pandai teori tetapi mereka yang telah terbukti berjaya. Saya perlu invest untuk belajar walaupun ianya tidak murah mengikut kemampuan saya ketika itu.  


Antara apa yang saya belajar akhirnya selama ini adalah, apa yang mereka ajar sebenarnya:-  

1- Kita jangan kurang ajar- 
Ya, bila kita belajar, kita jangan bersikap kurang ajar. Hormati ilmu dan pengalaman mereka Mereka mengajar bukan kerana mereka ada Ph.D dari universiti tertua di dunia tetapi kerana mereka telah lalui jatuh bangun dalam bidang mereka dan mereka terbukti berjaya dan berjaya membantu ramai orang lain berjaya, walaupun ada juga yang belajar ilmu yang sama tetapi belum berjaya, bagi saya, itu sebenarnya masalah mereka sendiri. 

2- Ikhlas menerima ilmu-  
Ya, nak belajar, hati mesti bersedia menerima. Jika kita rasa pandai, then kenapa kita tidak berjaya lagi? Mesti ada sesuatu yang kita belum tahu atau belum lakukan! 
3- Kita kena yakin dengan diri sendiri dan yakin kepada Maha Pencipta-  
Ya, ada yang mengajar saya adalah bukan Islam dan ada yang muslim, tetapi saya dapati mereka mempunyai keyakinan yang tinggi kepada diri mereka sendiri dan mereka yakin dengan kuasa Tuhan! Kadang-kadang saya pun malu melihat segelintir muslim yang tidak yakin dengan kuasa Tuhan merubah hidup mereka dalam masa yang singkat. Apa yang kita percaya, itulah yang kita akan dapat! 
4- Niat & Matlamat yang jelas dari mula-  
Ya, Kuasa Niat dan matlamat di dalam setiap apa yang kita lakukan. Jangan berniaga jika niat kita hanya untuk kaya, tetapi niat kita sepatutnya sentiasa mahu gunakan kerjaya atau perniagaan kita untuk membantu menyelesaikan masalah ramai orang lain dan menambah nilai hidup orang lain. Insha Allah anda "terpaksa" jadi kaya bila masalah orang anda boleh selesaikan. 

5- Positif atau bersangka baik-  
Ya, Mat salleh guru saya semua cakap perkara ini dan guru mursyid saya pun cakap perkara ini. Tuhan mengikut sangkaan kita. Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan lakukan adalah ibarat doa kepada Dia dan Dia Maha Memakbulkan doa hambaNya. 

6-Jangan, Jangan, Jangan berputus ada dengan rahmat Allah swt dan terus berdoa serta ikhtiar.  

7-Bantu orang lain untuk berjaya dan anda juga akan berjaya. 

8-Bersedekah dan meyumbang kepada orang lain akan memudahkan doa anda makbul. Bila kita tunaikan harapan orang, Allah swt akan tunaikan harapan kita Insha Allah.  

9-Perbaiki hubungan kita dengan Allah swt, dengan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara. 

10-Sentiasa muhasabah diri- Sentiasa check & balance di mana kita berada. Hentikanlah menyalahkan orang lain.  

Tundukkan hati di dalam menempuh hari-hari kita di dalam mencapai impian kita. Semakin kita tunduk, semakin banyak ilmu, rezeki akan mengalir kepada kita.  

Semoga sedikit perkongsian ini membuatkan anda berfikir dan berkongsi dengan ramai orang lain. Kejayaan hanya akan hadir kepada yang ada satu perkataan penting dalam hidup mereka iaitu "Yakin Boleh!" dan yakin Allahu Kun Fayakun, walaupun sebenarnya dalam hati tidak pasti bagaimana untuk mencapainya....  


Ilmu tidak menjamin kejayaan tetapi jika tanpa ilmu, adakah anda ada jaminan anda boleh berjaya?

Terpaksa Buka Kedai Demi Penuhi Permintaan

[26 Jun 2013]



Nama saya Herda Nezuantye Johan merupakan Pengarah Urusan kepada Mama Herda Chocolate Cake. Sebelum ini perniagaan kami hanya bergerak daripada rumah selama 5 tahun setengah dan dikenali sebagai Bakes With Love. Sehinggalah pada Januari 2013 saya dan suami mengeluarkan produk kek coklat yang dikenali sebagai Mama Herda Chocolate Cake. Sebelum ini saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan hanya menjalankan perniagaan ini secara online dari rumah. 

Pertama kali menjejakkan kaki ke program percuma Dr. Azizan Osman adalah pada tahun 2011. Namun pada ketika itu, masih tidak ada keberanian dalam diri saya untuk mendaftar untuk program lanjutan beliau. Kemudian pada tahun 2012 saya hadirkan diri sekali lagi ke program percuma beliau. Namun saya menunggu lagi untuk program percuma yang akan datang. Sehinggalah pada November 2012, saya dan suami memberanikan diri untuk mendaftar ke program lanjutan beliau. 

Baru saya tersedar, alangkah ruginya saya kerana tidak mendaftar dengan lebih awal sebelum ini. Begitu banyak masa sebenarnya yang saya sudah terlepas untuk saya menambah nilai dalam hidup saya dan orang lain. Dr. Azizan sebenarnya bukan sahaja mengajar tentang peniagaan dan pemasaran, malah beliau juga mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Tentang bagaimana pentingnya untuk kita menambah nilai kehidupan kita dan orang lain. 

Sebelum ini, saya sebenarnya takut dan tidak yakin dengan kebolehan saya sendiri. Tambahan lagi, suami saya lebih suka jika saya bekerja makan gaji. Lebih terjamin katanya. Pendapatan saya pada ketika itu hanya mencecah RM1000 sebulan. Itu pun kadang-kadang dan hanya berlaku pada musim kenduri kahwin. Ketakutan saya yang paling utama adalah persaingan daripada orang lain. Saya tidak menganggap persaingan itu adalah satu cabaran untuk diri saya untuk menaiktarafkan perniagaan saya ke tahap yang lebih tinggi. Saya juga takut sekiranya saya mengabaikan keluarga terutama anak-anak saya yang masih kecil jika saya terlalu fokus kepada perniagaan. 

Perkara yang betul-betul berubah apabila saya menyertai program Dr. Azizan adalah pemikiran saya. Daripada seorang yang berfikiran negatif, kini saya merupakan seorang yang berfikiran positif. Dahulunya saya suka menyalahkan orang lain sedangkan semuanya adalah berpunca daripada saya sendiri. Suami saya juga sudah menerima hasrat saya untuk berniaga malahan kini dia juga turut sama terlibat dalam urusan perniagaan ini. 

Dengan mempraktikkan apa yang diajar oleh Dr. Azizan Osman, tempahan untuk Mama Herda Chocolate Cake makin bertambah. Alhamdulillah pendapatan kami kini mencecah RM5000 sebulan. Tidak perlu menunggu musim kenduri kahwin lagi. Permintaan semakin bertambah sehinggakan kami terpaksa membuat keputusan untuk membuka premis kami sendiri demi memenuhi permintaan. 

Nasihat-nasihat daripada Dr. Azizan sangat-sangat berguna bagi saya sama ada untuk perniagaan mahu pun kehidupan peribadi saya sendiri. Bagi mereka yang inginkan perubahan luar biasa dan suntikan keberanian untuk mengubah nilai hidup, hadirkan diri ke program HIDUP LUAR BIASA ini. Hadir dan rasai sendiri. Tidak pernah saya sangka, dari seorang suri rumah yang berkain batik sambil menghayun anak dibuaian kini merupakan seorang Pengarah Urusan yang mempunyai produk sendiri. Dr. Azizan sendiri pernah berkata, tidak kira siapa kita, taraf kita atau fizikal kita, kita berhak ke atas diri kita untuk mengubah hidup daripada biasa-biasa ke HIDUP LUAR BIASA. Pilihan terletak di tangan kita sendiri. 

Monday, November 11, 2013

Tiada Ilmu, Ditipu Dan Terus Lingkup!

[27 Jun 2013]

 

Saya Mohammad Mokhriz Abdul Rahim berasal dari Batu Pahat, Johor. Saya merupakan Pengarah Urusan kepada Reezqi Cinematography yang bergerak dibawah naungan syarikat Reezqi Solution. Kepakaran saya adalah dalam menghasilkan foto dan video yang mempunyai impak, cantik dan penuh makna. 

Kali pertama saya menyertai program Dr. Azizan Osman adalah pada September 2011 di Shah Alam, Selangor. Itu pun di atas pelawaan seorang sahabat saya. Tersentap daripada kata-kata Dr. Azizan, saya terus mendaftar untuk program lanjutan Dr. Azizan Osman. 

Kenapa saya mendaftar? Dahulu kehidupan saya bukan begini. Tiada langsung istilah perniagaan dalam hidup saya. Saya merupakan seorang jurutera di dalam industri automotif. Gaji pokok ditambah dengan elaun, dapatlah dalam RM3000 sebulan. Isteri pula bekerja kerajaan. Dicampur tolak, pendapatan kami berdua dalam sebulan RM5000. Rasa macam dah mewah, namun jauh disudut hati, tetap tidak rasa gembira. Manakan tidak, nak bayar bil pun terpaksa bermasam muka sesama sendiri. Siapa yang kena bayar? 

Disebabkan itu, saya mencuba nasib dalam dunia perniagaan. Masih teringat, percubaan pertama saya adalah dengan menjadi penjual aksesori telefon bimbit. Serata ceruk Kuala Lumpur dan Selangor saya redah semata-mata ingin mendapatkan pembekal yang boleh bagi harga murah. Entah di mana yang silap, saya telah ditipu oleh rakan niaga saya sendiri. Terus lingkup. 

Namun saya tidak berputus asa, saya kemudiannya mencuba pula perniagaan MLM (Multi Level Marketing). Disebabkan tiada ilmu, semua yang saya lakukan seolah-olah tidak menjadi. Terasa seperti banyak sangat pancaroba. Saya kemudiannya terpaksa tarik diri daripada MLM. Saya kemudiannya terkesan dengan keadaan ekonomi saya pada waktu itu. Hubungan saya dengan anak-anak sangat teruk. Bila balik kerja dengan keadaan penat, pantang anak salah sikit, terus naik tangan. Saya cepat naik darah. Hujung minggu hanya terperap di rumah dengan alasan nak rehatkan badan. Tiada masa langsung nak habiskan masa yang berkualiti dengan keluarga. 

Saya kemudiannya mendapat idea untuk melibatkan diri dalam bidang fotografi. Perasaan takut memang tidak dapat dielak. Maklum sahaja industri fotografi ini makin meningkat naik seperti cendawan tumbuh selepas hujan terutama di kawasan Lembah Klang. Tambahan pula Reezqi Cinematography masih belum dikenali. Sampaikan saya tidak berani kenakan caj yang tinggi kepada pelanggan. Seringkali saya terfikir mahu bekerja makan gaji semula disebabkan takut tidak dapat menampung keluarga. 

Program Dr. Azizan adalah jawapan kepada persoalan saya selama ini. Dimana saya nak cari ilmu untuk saya kembangkan lagi perniagaan dalam bidang fotografi ini. Alhamdulillah, setelah menghadiri program-program Dr. Azizan, sangat banyak perkara LUAR BIASA telah berlaku dalam kehidupan saya. Sama ada perhubungan dengan keluarga mahupun perniagaan. Reezqi Cinematography juga makin dikenali dan ‘job’ diterima juga makin banyak. Ini semua adalah hasil dari apa yang saya belajar daripada Dr. Azizan dan saya praktikkan. Sampaikan saya dah boleh upah ‘team’ saya sendiri untuk bekerja dengan saya. Hubungan saya dengan isteri dan anak-anak makin rapat dan penuh kasih sayang. Saya punya masa untuk saya luangkan bersama mereka. Saya juga lebih positif dalam apa jua tindakan. 

Kalau dahulu pendapatan saya hanya RM300 sebulan, Alhamdulillah hasil perkongsian ilmu daripada Dr. Azizan Osman, pendapatan saya sekarang sekitar RM3500-RM5000 seminggu. Tidak pernah langsung saya dek fikiran saya. Saya juga diajar erti konsep sebenar untuk berniaga dimana berniaga bukan semata-mata berobjektifkan keuntungan tetapi ia adalah cara kita untuk menyelesaikan masalah, berkongsi dan menambah nilai hidup orang lain. Segala ilmu yang disampaikan Dr. Azizan Osman bukan hanya omong kosong, ianya adalah pengalaman jatuh bangun beliau sendiri. Jangan hadir program Hidup Luar Biasa ini jika anda rasa kehidupan anda sudah cukup kaya, bahagia dan berjaya.

Mindset Berniaga Dari Rumah

Oleh Irfan Khairi.[8 Julai 2013]
Hari ini, menjalankan perniagaan dari rumah bukan lagi perkara yang asing dengan adanya Internet. 

Sebelum memulakan perniagaan, bukan sekadar kita perlu melengkapkan peralatan dan strategi untuk berniaga, kita juga turut perlu melengkapkan mindset kita  untuk berjaya. Berikut adalah antara Mindset yang perlu ada untuk berniaga dari rumah.

1. Ketahui dan fahami sebab musabab anda ingin memulakan perniagaan. Pastinya menjalankan perniagaan, tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan membantu diri dan keluarga. Mungkin bunyinya agak mementingkan diri, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa, memulakan perniagaan perlu bermatlamatkan keuntungan!

90% perniagaan gagal dalam tahun pertama sahaja beroperasi. Sebabnya? Tidak mendapat keuntungan! Fahami bahawa, tujuan anda berniaga adalah untuk mendapat keuntungan, dan keuntungan hanya akan datang apabila anda mengaplikasikan ilmu dan strategi perniagaan dengan betul. Lengkapkan minda anda dengan ilmu perniagaan ini.
Image
2. Kerja dari rumah, ada juga dugaannya. Katil sedang memanggil, sofa sedang memujuk dan TV menyajikan rancangan-rancangan menarik!

Walaupun dari rumah, hasilkan jadual yang terperinci dan tepat untuk anda ikuti- tetapkan masa rehat, makan, minum, solat seperti mana anda lakukan di tempat kerja sebelum ini. Hasilkan jadual seperti di sekolah dulu, di mana waktu tertentu digunakan untuk melakukan aktiviti perniagaan tertentu.
Tanpa disiplin yang tegar, pastinya bekerja dari rumah hanya menjadi mimpi- terutamanya bila katil memanggil!  

3. Ketahui kekuatan dan kelemahan anda! Memang sering saya menyebut, memulakan perniagaan, perlu mengikut minat, kebolehan dan kekuatan kita. Namun, jangan lupa pula dengan KELEMAHAN kita. Pandai bermain gitar, tidak bermakna pandai berniaga gitar. Pandai memasak, tidak bermakna pandai berniaga masakan. Pandai berfesyen, tidak bermakna pandai menjual pakaian.

Dalam apa yang kita lakukan, fikirkan juga kelemahan yang ada pada kita. Berniaga dari rumah, sering kali dilakukan seorang diri. Tiada orang akan menganggu kita. Dalam waktu yang sama juga, tiada siapa yang akan menegur kita tentang kelemahan yang ada.Jangan sahaja melihat kekuatan, tetapi, lihat juga kelemahan.

Berniaga dari rumah bukan sahaja peluang pulangan kalau betul caranya, adalah lumayan. Tetapi, berniaga dari rumah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan oleh kerana masa kita lebih banyak bersama keluarga tercinta!

Artikel ini adalah ekstrak artikel Irfan Khairi di Harian Metro, sisipan Majalah Metro, setiap Jumaat. Jangan lepaskannya!

Thursday, November 07, 2013

RM10,000 sebulan meningkat sehingga 100%.

[15 Ogos 2013]


Nama saya Afiq Fakhri Ayoub merupakan Ketua Pengarah Eksekutif kepada CAUSARTM. Kepakaran saya adalah menghasilkan minuman sarang walit dengan rasa buah sebenar pertama di Asia. Saya juga pakar dalam mencetus citarasa agung ke segenap sel tubuh anda dalam setiap hirupan minuman CAUSARTM. Pengalaman saya dalam bidang yang saya ceburi ini boleh dikatakan baharu setahun jagung, kurang dari satu tahun dan saya masih anak hingusan dalam perniagaan ini.

Secara jujurnya, sebelum menyertai program Dr. Azizan Osman, saya dalam keadaan sesak dan keliru. Tidak tahu apa yang perlu dan patut dilakukan. Sangat banyak perniagaan saya ingin ceburi seperti perniagaan minuman, pelancongan, perkomputeran dan juga sistem SMS. Tidak tahu yang mana saya patut fokus. Sebelum ini, saya pernah menjalankan beberapa jenis perniagaan bersama ayah saya seperti MLM, produksi filem dan juga Oil & Gas, namun kami telah mengalami kerugian sehingga RM300,000. Peristiwa ini hampir menggugat hubungan saya dengan keluarga dan sejak itu saya merasa takut untuk berniaga. 

Terus terang saya katakan persepsi saya terhadap program Dr. Azizan Osman sebelum ini adalah program Multilevel. Saya langsung tidak percaya kerana sebelum ini saya pernah sertai lebih daripada 5 kali seminar keusahawan Multilevel yang menjanjikan pulangan mewah tapi langsung tidak mengajar bagaimana cara yang betul untuk melakukannya. 

Program Dr. Azizan betul-betul menakjubkan dan memberi kesan yang sangat luar biasa kepada diri saya. Ilmu yang dikongsi bukan sahaja membantu perniagaan saya , malahan ianya mengubah cara pemikiran dan jiwa saya untuk menjadi seorang jutawan yang kaya dan berjaya di dunia serta akhirat. Alhamdulillah, jualan perniagaan minuman CAUSARTM saya berjaya menigkat sehingga lebih 100%. Jualan saya yang sebelum ini RM1000 sebulan kini mencecah RM10,000 sebulan. 

Antara perkongsian ilmu perniagaan dari Dr. Azizan Osman yang memberi impak luar biasa kepada diri saya adalah M.E.S.T.I. Saya mula mengetahui M.E.S.T.I ini apabila saya menghadiri Seminar Jutawan Industri pada tahun 2012. Saya amat terkejut, hanya dengan ilmu semudah ini, saya mula memahami dan mendalami dunia perniagaan. Persoalan saya selama ini mengenai perniagaan terjawab dengan hanya formula M.E.S.T.I. 

Dalam tempoh tidak sampai satu tahun, perniagaan CAUSARTM saya mula menampakkan hasil. Dalam tempoh tersebut, saya sentiasa mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari dari Dr. Azizan. Syukur Alhamdulillah, bermula dari kejayaan kecil, saya kini mampu menarik kejayaan yang lebih besar dalam hidup saya. Tidak pernah saya bayangkan dari seorang ejen jualan biasa kini bergelar seorang pengarah urusan di syarikat milik saya sendiri. Hal ini tidak mungkin terjadi sekiranya saya tidak menghadiri seminar anjuran Richworks ini.

Nasihat saya kepada anda diluar sana, cipta legasi anda sendiri. Sesuatu legasi itu tidak akan wujud sekiranya tiada tindakan luar biasa dari diri kita sendiri. Jadi, bertindaklah secara luar biasa dengan mendaftar danhadir ke Seminar Jutawan Industri Edisi Khas 2013. ‘Dare to dream it, dare to do it’.

Wednesday, November 06, 2013

Dari RM 80,000 Sebulan Kini Mencecah RM 210,000 Sebulan

[19 Ogos 2013]





















Nama saya Kala Vathy a/p Rasalingam merupakan pengasas dan pengarah urusan
AYUR-V Ayurvedic Hair & Beauty Care. Fokus perniagaan saya adalah rawatan
rambut dan kecantikan Ayurveda. Saya sudah berkecimpung dalam bidang ini
sejak 7 tahun lepas selepas meletakkan jawatan sebagai pensyarah di sebuah kolej.
Keluarga saya sememangnya memiliki beberapa buah kedai gunting rambut dan
dari situlah timbul minat saya untuk mencuba kaedah Ayurveda apabila pelanggan
kami sering mengadu masalah rambut seperti kelemumur, botak, botak bertompok,
masalah kulit kepala dan masalah kutu. Disebabkan minat, saya sanggup ke India
semata-mata ingin mempelajari kaedah Ayurveda ini. Dalam tempoh 2 tahun sahaja,
kami sudah memiliki 3 cawangan di Setapak, Sri Gombak dan Seremban. Kami turut
meningkatkan servis kami kami dengan menawarkan rawatan muka, badan dan
'relaxation' mengikut kaedah Ayurveda.
Permintaan semakin tinggi dan penghasilan produk rawatan rambut sendiri mula
memberi tekanan kepada diri saya khususnya apabila saya sedar seolah-olah apa
sahaja yang saya sentuh boleh menjadi wang. Saya menjadi semakin tamak, tidak
teratur, terasa kosong dan menjadi semakin tidak tentu hala. Semua peluang yang
asal menampakkan wang, saya tidak pernah tolak walhal perkara yang sebelumnya
masih belum selesai. Umpama si kudung mendapat cincin. Perumpamaan yang
paling tepat menggambarkan diri saya pada ketika itu. Perniagaan huru-hara. Saya
betul-betul tertekan dan tidak mengerti mengapa semuanya menjadi serba tidak
kena walaupun sudah banyak usaha dan wang saya curahkan.
Detik pertemuan saya dengan Dr. Azizan Osman adalah pada Seminar Jutawan Industri
pada Ogos 2012. Sebelum ini saya hanya mendengar dan membaca mengenai kepakaran
beliau mengadakan kursus secara besar-besaran untuk para usahawan. Syukur kepada
Tuhan. Teka-teki saya terjawab sejurus mengikuti seminar tersebut. Saya sebenarnya
memerlukan MENTOR untuk dijadikan panduan dan memberi tunjuk ajar dalam bidang
yang saya ceburi. Saya kemudiannya tidak berlengah lagi untuk mendaftar program lanjutan.
Melalui program Dr. Azizan, barulah saya sedar bahawa tujuan saya berniaga adalah
untuk membantu dan menambah nilai kepada sesiapa yang memerlukan bukannya
berdasarkan keuntungan semata-mata. Saya juga belajar tentang fokus. Ramai usahawan
yang gagal dalam perniagaan kerana tiada fokus. Kita mungkin mahir dalam pelbagai bidang,
namun untuk berjaya, kita perlu fokus pada satu bidang sahaja pada satu-satu masa.
Syukur, selepas beberapa bulan menyertai program Dr. Azizan Osman, perniagaan saya
kembali meningkat. Saya mula memberanikan diri untuk mengambil lebih ramai staf
dalam usaha untuk menjadi lebih produktif. Kini AYUR-V bukan sahaja memiliki spa
dan salun, bahkan kini kami melangkah setapak lagi kehadapan dengan menjual dan
mengeksport Produk Rawatan Rambut kami sendiri. Produk kami kini sudah mula
mendapat tempat di Brunei, Perancis, Singapura dan Indonesia. Menerusi MATRADE,
AYUR-V mendapat peluang melebarkan sayap ke Qatar dan Singapura dalam bentuk
perlesenan, eksport produk rawatan rambut dan latihan kemahiran.
Dahulunya ibu pejabat kami hanya beroperasi di satu tingkat sahaja iaitu khusus
untuk spa, kini AYUR-V telah mengambil keseluruhan bangunan 3 tingkat untuk tujuan
operasi lengkap, 'cross selling', pejabat pengurusan dalam dan luar negara serta pusat
latihan kemahiran. Dari pendapatan hanya RM80,000 sebulan sebelum ini, kini
perniagaan kami mencecah sehingga RM210,000 sebulan. Itupun tidak termasuk
hasil dari luar negara.
Saya hanya memerlukan 4 jam sahaja untuk kenal pasti kesilapan saya sewaktu
menghadiri Seminar Jutawan Industri. Saya tidak berlengah untuk mengaplikasi apa
yang telah saya pelajari dan hanya dalam tempoh setahun, saya sudah tahu ke mana
arah tuju perniagaan saya. Saya tahu saya terpaksa BERJAYA kerana minat yang
mendalam terhadap dunia rawatan rambut dan saya ikhlas membantu orang yang
memerlukan bantuan kami. Kita tidak perlu gentar terhadap pesaing jika kita tahu
apakah keunikan yang ada pada produk atau servis kita.
Saya sarankan pada sesiapa di luar sana yang masih was-was dan ragu-ragu dengan
program keusahawan Dr. Azizan Osman, keluarlah dari kotak ego anda. Anda
mungkin jauh lebih tua dan berpengalaman daripada Dr. Azizan, namun percayalah,
jika ada tanda-tanda kekosongan dalam diri dan perniagaan anda, anda masih
perlukan MENTOR untuk membantu anda sama ada dalam perniagaan atau hidup
anda sendiri. Dr Azizan Osman mempunyai pengalaman jatuh bangun perniagaan
yang sangat luar biasa dan beliau berjaya menjadikan pengalamannya sebagai
formula kejayaan untuk ramai usahawan lain. Saya sudah merasainya, anda bila lagi?

Monday, November 04, 2013

Soalan Seseorang Menentukan Tahap Saiz Fikiran?

[21 Ogos 2013]

Ada orang cakap: Beb, kau ni asyik masuk seminar je ni nak belajar jadi jutawan, kau ni dah jutawan belum?

Jawapan : Itulah silapnya niat ramai orang di dalam menuntut ilmu.

1. Menuntut ilmu itu wajib apatah lagi ilmu yang boleh memakmurkan dunia untuk akhirat, contoh ilmu berniaga, jangan menuntut ilmu berniaga hanya sebab nak kaya, tapi niatkan untuk cari redha Allah swt serta mahu belajar membina kekayaan agar dapat berzakat, bersedekah dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang lain. Imam Shafiee pernah berkata, jika kamu mahukan dunia, Hendaklah dengan ilmu, jika kamu mahukan akhirat, Hendaklah dengan ilmu. Dan jika kamu mahukan dunia akhirat, hendaklah dengan ilmu. Tanpa ilmu berniaga, bagaimana Islam mahu menguasai ekonomi? Hari tu ada isu pasal video oleh bangsa lain berbaur menghina Islam, ramai marah, tapi bila musim perayaan macam sekarang, anda beli barang dari siapa? Fikir-fikirkan. Kerana itu kita perlu belajar ilmu berniaga, belum jadi jutawan tidak mengapa kerana....

2. Ramai jadi jutawan kerana mereka ini rajin bekerja? Ya dan Tidak. Ya mereka rajin usaha luar biasa. Tidak, kerana mereka bijak di dalam satu aspek iaitu mencari ilmu dari mereka yang pakar dalam bidang mereka supaya mereka dapat capai sesuatu dengan lebih pantas. Dan kemudian, mereka pakar menggajikan mereka yang pakar dalam bidang mereka untuk berkhidmat untuk membantu perniagaan mereka. Saya kenal ramai jutawan yang bermula dari kosong, rajin hadir seminar setiap tahun sampailah mereka capai jutawan dan masih hadir banyak seminar peringkat lebih tinggi setiap tahun. Janganlah rasa ego sangat rasa dah pandai dan tak perlu hadir majlis ilmu, apa yang kita tahu banyak sebenarnya bila kita belajar dari mereka yang lebih pakar dalam bidang mereka, kita akan dapati yang kita sebenarnya banyak lagi tak tahu.

3. Manusia mudah lupa, mudah lalai dan leka. Sebab itu hadir kelas atau seminar akan sentiasa mengingatkan kita untuk mempunyai momentum yang tinggi. Anak murid saya memang ramai yang rajin masuk kelas saya untuk ulangkaji dan review diri mereka. Sebab mereka tahu, the more they learn, the more they will earn.

Last sekali, anda tidak terus jadi nenek jutawan bila hadir seminar saya (walaupun ramai yang telah menjadi jutawan), tetapi anda seperti hadir untuk "menyedut" ingatan-ingatan baru serta dapatkan idea-idea baru yang relevan dengan anda.

So, jangan risau jika ada orang kutuk anda "Kaki Seminar" atau "Asyik buang duit masuk seminar" kerana hasilnya nanti anda yang tuai.

Hidup saya hari ini berubah berjuta kali ganda Alhamdulillah dan salah satu faktornya adalah kerana saya rajin mengisi kepala hotak saya ini dengan ilmu, ilmu, ilmu sebelum ianya saya gunakan dan menjadi PENGALAMAN. Banyak bezanya soalan dan tahap pemikiran orang yang ada ilmu dengan tidak ada, contohnya. Cara mereka berhari raya! Orang ada ilmu, mereka raya selalu. (Siapa anak murid saya tahu maksud ini).

Bajet Lari Selepas Raya?

Oleh Irfan Khairi.[10 September 2013]

Hari Raya datang setahun sekali sahaja. Dan sering kali waktu inilah pelbagai perbelanjaan tidak diduga perlu dikeluarkan ataupun telah dikeluarkan. Mungkin tertewas dengan segala jualan murah pakaian dan perkakasan rumah. Ataupun, perbelanjaan lebih untuk makanan dan minuman ketika berbuka puasa di luar. Tak lupa juga kos ekstra yang perlu untuk balik kampung dan memeberi duit raya kepada anak-anak buah.

Mungkin selepas raya, terasa sakit sedikit akibat bajet telah lari. Artikel kali ini saya ingin kongsikan 4 perkara yang anda boleh lakukan untuk memperkemaskan kembali bajet anda selepas musim perayaan:

1. Mulakan satu kalendar perbelanjaan dan bakal perbelanjaan anda. Yang dimaksudkan bukan kalendar poket kecil ataupun kalendar di smartphone dan telefon bimbit anda, tetapi kalendar yang besar sedikit untuk membolehkan anda menulis dan mencatatkan segala perbelanjaan anda. Di Internet juga anda boleh muat turun template-template kalendar sebegini di mana terdapat ruang yang cukup untuk catatan perbelanjaan anda untuk setiap hari.



Ia amat penting untuk anda mula menjejak perbelanjaan harian anda serta menulis lebih awal perbelanjaan yang bakal anda perlu keluarkan seperti bayaran bil, rumah, kereta, dan sebagainya untuk bulan-bulan yang akan datang. Bila menulis setiap transaksi yang berlaku dan transaksi yang akan datang pada kalendar, anda akan nampak dengan lebih jelas bagaimana anda boleh mengawal kewangan anda untuk  menampung perbelanjaan yang sudah lari bajet pada musim perayaan.



2. Mula kurangkan perbelanjaan harian. Ubah rutin anda sekiranya rutin anda memerlukan perbelanjaan yang boleh dielakkan. Dari pergi keluar menonton wayang bersama keluarga yang memakan kos pengangkutan, makan minum serta bayaran panggung, luangkan masa di rumah di mana anda boleh jimatkan berpuluh hingga beratus ringgit sekali keluar. Sekiranya anda mempunyai keahlian kelab, gym atau apa sahaja yang boleh dihentikan, maka hentikan untuk sementara. Lagipun, sekiranya hendak bersenam, di rumah pun boleh bukan?



Kesan perbelanjaan-perbelanjaan rutin anda yang boleh dikurangkan, dan kurangkannya untuk sementara waktu sehingga kewangan kembali stabil.

 Image
3. Untuk menambahkan kewangan kita, hanya dua cara sahaja. Iaitu, mengurangkan perbelanjaan dan menambahkan pendapatan. Mungkin rezeki bulan Ramadhan ini yang meriah dengan pelbagai perniagaan bermusim membuka mata anda untuk anda sendiri cuba mulakan perniagaan juga.



9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan, mungkin tiba masanya untuk anda menuntut rezeki ini. Terdapat pelbagai perniagaan yang boleh dimulakan, nasihat saya, diperingkat awal cuba lakukan perniagaan yang tidak memakan kos atau mempunyai risiko yang tinggi. Jangan pula waktu kesempitan wang, bertambah pula tekanan kepada anda. Lakukan penyelidikan dan bacaan untuk mendalami perniagaan separuh masa yang anda boleh mulakan seperti perniagaan di Internet .



4. Bulan Ramadhan, penuh dengan pelbagai jualan murah, tawaran istemewa, dan sebagainya di pusat membeli belah. Mungkin ini antara sebabnya bajet kita lari. Jangan lupa selepas Hari Raya ni, jualan sebegini akan terus bersambung juga seperti jualan penghabisan stok, tawaran Aidilfitri dan sebagainya!



Jangan seperti pisang berbuah dua kali. Sudah lah lari bajet, akibat tawaran yang serupa, semakin tenat jadinya kewangan anda.



Musim perayaan sering membuatkan bajet kita lari. Mudahan dengan 4 tip mudah ini dapat menstabilkan bajet anda kembali untuk bulan-bulan yang akan datang kepada mereka yang memerlukan.