[24 Julai 2010]
Salam Semoga sihat sejahtera bersama keluarga.
Minggu ini saya ingin berkongsi tentang salah faham yang disebarkan sekumpulan mangkuk yang tidak pernah masuk kelas saya dan sekadar "meramal" apa yang diajar di dalam kelas adalah menilik nasib atau meramal nasib. Sebenarnya sehingga kini saya tidak tahu bagaimana untuk meramal nasib menggunakan kajian sains tingkah laku dan watak seseorang menggunakan kajian tarikh lahir.
Saya rasa ramai daripada anda yang belum pernah menyertai kelas saya dan anda patut mencontohi salah seorang imam masjid negara ustaz Azhar mewakili Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang telah mendengar sendiri selama 2 hari di dalam kelas saya untuk menilai program saya. Sila baca komennya seperti yang dilampirkan. Janganlah jadi katak bawah tempurung dan jangan menilai sesuatu tanpa melihat sendiri apa yang saya Saya ingin melihat lebih ramai anak bangsa saya keluar daripada hidup biasa-biasa dan berubah menjadi hidup luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati.
Bagaimana ianya boleh berlaku jika kita sendiri tidak mengenal potensi diri kita yang sebenar? Tanpa kita memahami kekuatan, kelemahan, bakat serta watak kita untuk kita memperbaikinya? Anda sebenarnya ciptaan Allah swt yang hebat tetapi menjadi "potensi terhad" apabila anda tidak mempunyai ilmu, mentor dan sistem yang dapat membantu anda memulakan perubahan hidup. Anda berhak untuk hidup lebih baik dari sekarang tetapi hanya satu sahaja penghalangnya....... Ego diri. Rasa dah pandai. Bodoh sombong.
Maafkan saya, maksud saya bukan anda tetapi ramai di luar sana. Sebarkanlah kepada rakan-rakan anda.
Tak kenal, maka tak kaya!
Azizan Osman
Mentor Kekayaan & Kejayaan
"Saya manusia biasa yang menjadi luar biasa setelah mengenalpasti potensi diri dan membuat keputusan untuk berkongsi dengan lebih ramai lagi orang lain untuk menjadi luar biasa!" - Azizan Osman
No comments:
Post a Comment