Saturday, April 05, 2014

Mampukah kita membina generasi yang luar biasa dan mampu menggoncang dunia jika minda dan jiwa kita sekecil kuman?

[7 Julai 2010]

Ini Pengalaman Saya Anak Melayu Bersekolah Cina Selama 12 Tahun! (Bhg.1)‏


Itu adalah jawapan yang diberi oleh  saya di dalam wawancara Majalah Sukses edisi Ke-11 yang saya menjadi wajah cover page apabila ditanya berapa pentingnya pembinaan modal insan dengan model reprogramming minda TFA (Thinking, Feeling dan Action) yang saya ajar di dalam program-program saya!

Pak Karno pernah berkata, berikan dia 10 pemuda yang berani untuk dilatih dan dia pasti boleh menggoncang dunia!

Jiwa anak bangsa Melayu kita lemah! Kita pengecut dan takut untuk bertindak merubah nasib diri kita dan generasi kita yang jauh tertinggal ke belakang terutamanya dari segi kuasa serta kekuatan ekonomi dan perniagaan!

Untuk merubah anak bangsa kita menjadi generasi yang hebat, kita perlu fokus kepada reprogram semula minda serta menyuntik semangat berjiwa besar!

Nilai hidup serta pendapatan seseorang bergantung kepada berapa "sen" harga otaknya! Apakah yang boleh dilakukan oleh mindanya?

Kenapa Jepun dan Korea bangkit menjadi kuasa ekonomi dunia? Seterusnya China?

Kerana mereka fokus kepada pembinaan modal insan terlebih dahulu, pembinaan semangat dan proses pemecahan tradisi cara fikir serta berusaha modelling kejayaan orang lain!

Apa yang uniknya berdasarkan pengalaman saya mendapat pendidikan di sekolah cina selama 12 tahun, saya dapati yang :-

1. Bangsa cina amat menekankan yang anak-anak mereka diberikan pendidikan dan latihan yang menyediakan mereka untuk berniaga dan buat duit melalui perniagaan. Mereka menekankan yang perniagaan adalah satu budaya. Mereka telah mengamalkan apa yang Rasulullah saw katakan bahawa perniagaan adalah 9/10 daripada sumber rezeki! Kita? 1/10?

2. Mereka diberi banyak ujian dan latihan serta kerja rumah yang memang lebih daripada biasa. Tiap-tiap minggu ada ujian. Tiap-tiap hari banyak kerja rumah. Jika tidak siap, saya pernah dirotan 100x di punggung kerana tidak menyiapkan kerja rumah lukisan saya ketika saya di darjah 4. Mak ayah saya bukan sahaja tidak backing saya, malah mereka belikan rotan baru untuk cikgu saya. Best bukan? Saya pula bersekolah di Johor dan saya perlu pergi ke sekolah agama Johor di sebelah petang. Masa saya sangat "pack".

3. Setiap pelajar perlu menghafal peribahasa cina dan prinsip-prinsip hidup serta falsafah kejayaan serta formula-formula kejayaan bangsa cina seawal sekolah rendah. Kita bukan sahaja perlu hafal malah perlu mampu menghuraikan maksudnya di dalam kehidupan. Contohnya ada satu peribahasa yang diambil daripada Confucious yang menyebut "Zhe Ji Zhe Pi, bai zhan bai shen!". Maksudnya, kenali tentang kekuatan dan kelemahan diri serta musuh, maka beratus ujian atau peperangan, pasti kita akan dapat atasi! Dan banyak lagi yang membantu memprogram diri seseorang itu dari muda lagi! Di sekolah cina juga ia banyak menekankan tentang hormat kepada ibu bapa serta orang tua serta banyak kisah yang berkisar tentang perkara tersebut!

4. Sistem sekolah cina dan sekolah menengah cina swasta adalah mengikut sistem "O" level dan "A" level dan sekarang ini, pendidikan Islam juga disediakan untuk pelajar Melayu. Yang menariknya ialah, pelajar bukan cina samada Melayu atau India tidak perlu membayar yuran kerana pihak pengurusan sekolah cina swasta amat mengalu-alukan pelajar bukan cina yang belajar di sekolah mereka!

Apa mesej yang ingin saya katakan? Bukan saya nak semua orang menghantar anak-anak mereka bersekolah cina! Tidak! Tetapi saya ingin menekankan betapa pentingnya membina minda anak-anak kita daripada awal lagi dengan pengisian yang betul, tentang kisah-kisah kejayaan dan prinsip-prinsip kejayaan agar ianya boleh membantu generasi yang hebat serta kemudiaannya menjadi ahli perniagaan yang berjaya serta jujur lalu membantu ekonomi negara menjadi lebih berdikari dan berdaya saing!

Itulah yang cuba saya buat apabila saya mengadakan program Seminar Hidup Luar Biasa atau mana-mana program saya! Saya ingin melihat anak bangsa saya hidup berjaya, kaya dan berkat Insya-Allah dengan membuat "Transfer of Knowledge, Skill, Experience" serta memberikan mentor atau coach kepada mereka yang mahu dilatih!

No comments: