Internet adalah medium yang boleh digunakan untuk berbagai-bagai jenis model perniagaan. Perniagaan menjual produk, menjual perkhidmatan, menjual informasi, membuat lelongan (seperti ebay), dan berbagai-bagai model perniagaan lagi.
Salah satu model perniagaan yang amat popular di Malaysia, adalah MLM, ataupun perniagaan berangkai. Namun begitu, sering saya mendengar keluhan daripada mereka yang menyertai perniagaan berangkai mengatakan bahawa ianya amat sukar mendapatkan pelanggan atau downline melalui Internet.
Adakah anda mempunyai masalah-masalah berikut?
- Perniagaan MLM yang anda sertai tidak memberi pulangan seperti yang di harapkan?
- Menyertai perniagaan MLM tetapi menghadapi kesukaran mendapatkan prospek?
- Kesukaran menukarkan prospek menjadi downline anda?
- Tidak mempunyai masa untuk mencari prospek di luar oleh kerana anda masih bekerja secara sepenuh masa di pejabat?
- Sukar untuk menjual PRODUK perniagaan MLM anda?
- Malu dan tidak pandai berhadapan dengan prospek secara bersemuka?
Berbagai-bagai cara telah digunakan, tetapi, amat sukar untuk mendapatkan downline. Mengapa ianya terjadi?

*Antara cara yang salah adalah dengan melakukan SPAM. Baca artikel Irfan Khairi mengenai SPAM dalam perniagaan MLM di sini di blog Irfan Khairi dalam minggu MLM.
Masalahnya, tidak ramai yang tahu kaedah sebenar mendapatkan downline melalui Internet.Empat perkara penting dalam menjayakan perniagaan MLM melalui Internet adalah:
1. Cara membina kredibiliti
2. Strategi membina keyakinan prospek
3. Promosi yang paling efektif dan terbaik khas untuk menambahkan downline
4. Sistem yang terbukti berjaya yang boleh diduplikasikan oleh downline dengan mudah
Sekiranya anda menjalankan perniagaan MLM atau perniagaan berangkai, dan keputusan yang anda perolehi tidak seperti yang anda harapkan, berhenti! oleh kerana anda membuangkan masa, wang dan tenaga anda pada kaedah dan strategi yang tidak efektif.
Irfan Khairi
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment