Wednesday, April 23, 2014

Harta pastinya tidak akan berkurangan... caranya?‏

[2 September 2010]

Walaupun melalui newsletter ini dan blog, sering menyebut tentang cara menjana pendapatan dan menambhakan kekayaan, tetapi, apa yang amat penting untuk kita ketahui juga maksud hadis mengatakan bahawa harta dan kekayaan kita tidak akan berkurangan sekiranya berzakat dan bersedekah.
 
Kita lihat sahaja ramai yang berjaya dan bergelar jutawan seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, bumiputra terkaya di Malaysia  dan tokoh Maal Hijrah yang sentiasa memberi balik melalui zakat dan sedekah termasuk kompleks Al Bukhary yang bernilai RM400 juta untuk menempatkan anak-anak yatim serta warga emas dan pusat perubatan yang diberikan secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan. Begitu juga dengan University Antarabangsa Al Bukhary bernilai RM500 juta yang dibina khas untuk mereka yang cerdik, tetapi tidak berkemampuan.
 
Adakah hartanya berkurangan apabila lebih daripada satu billion disedekahkan? Sudah tentunya tidak!
 
Mungkin kita tidak mampu menderma berjuta seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, tetapi, dengan apa yang kita ada, tak semestinya wang tunai, mungkin pakaian-pakaian lama, peralatan rumah yang masih berfungsi tetapi kita ingin tukar, barangan elektrik, peralatan kanak-kanak atau baby, apa sahaja yang kita miliki yang boleh kita sedekahkan pada mereka yang kurang bernasib baik.
 
Teringat juga saya pasa satu kajian di USA, oleh Dr Thomas Stanley yang mengkaji prinsip-prinsip jutawan,prinsip seseorang jutawan adalah, banyak memberi. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan menerima apabila kita akan rasa dalam hati kita bahawa harta di dunia adalah abundance (berlebihan).
 
Sering fikirkan bahawa harta tidak akan berkurangan sekiranya bersedekah dan berzakat. Rezeki kita juga akan bertambah berkat. 
 
Salam hormat !
 
 
-Irfan Khairi
Kuala Lumpur
 

No comments: