Tuesday, April 08, 2014

Kembangkan network dan gandakan perniagaan!‏

[21 Julai 2010]

Kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang satu kaedah yang pastinya akan dapat mencapai matlamat perniagaan anda- iaitu kaedah networking, atau membina jaringan kenalan perniagaan anda. Dalam perniagaan, bak kata pepatah mat salleh, "No man is an Island". Bererti, dalam perniagaan, kita harus berkenal dan menjalinkan persahabatan dengan perniagaan-perniagaan lain juga untuk mengembangkan idea dan perniagaan kita ke tahap yang lebih tinggi.
 
Sekiranya anda menjalankan perniagaan dan masih lagi di takuk lama, besar kemungkinan adalah sebab perniagaan anda tidak berkembang dari segi network anda. Tambahkan network dan kenalan dalam perniagaan anda untuk sama-sama berkembang oleh kerana rezeki adalah milik bersama.
 
 
Tambahkan kenalan dalam perniagaan dapat mengembangkan perniagaan anda!
 
Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan, nasihat saya adalah untuk berkenal dengan usahawan-usahawan yang lain. Bina jaringan dan bertukar fikiran. 86% daripada kejayaan seseorang itu bergantung kepada mereka disekelilingnya. Associate diri anda dengan usahawan-usahawan yang berjaya.
 
Sering cari peluang untuk mendapat kenalan-kenalan baru dalam perniagaan. Tidak kira di mana anda berada menunggu di pejabat pos, shopping complex, hospital, dalam lift atau di mana sahaja, ambil peluang untuk mengenali sesiapa sahaja di situ, mana tahu, networking yang amat berharga menunggu juga anda di situ!
 
 
Saya juga akan memberikan talk bertajuk "Kuasa Networking" yang akan mendedahkan strategi-strategi mudah dan praktikal untuk menggandakan network dan kenalan untuk mengembangkan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi.
 

 
Salam hormat!
 
-Dr Irfan Khairi
Kuala Lumpur

No comments: