Monday, September 01, 2014

3 Kunci Menjadi KAYA!

Oleh: Irfan Khairi.[12 Mei 2014]

Alhamdulillah rezeki saya dalam perniagaan Internet sejak 13 tahun dahulu. Jauh juga perjalanannya dan seperti apa sahaja pencapaian yang berbaloi, pasti ada cabarannya. Artikel kali ini saya ingin kongsikan 3 kunci kejayaan dan kekayaan yang perlu dimiliki.

1.      Jangan putus asa bila gagal

Untuk mencapai apa sahaja yang berbaloi, pasti ada kesusahannya dan cabarannya. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Kegagalan adalah sesuatu yang biasa ditemui apabila mengejar kekayaan. Sekiranya ingin berjaya, kalau jatuh 9 kali, anda tetap perlu bangun 10 kali. Baca sahaja kisah-kisah orang yang berjaya dari serata dunia, pastinya terdapat kisah kegagalan dan kesusahan yang diceritakan.

Ketika tahun 2000 saya memulakan perniagaan Internet saya yang pertama, bukanlah terus berjaya. Malah, perniagaan Internet pertama saya melalui kegagalan. Dalam jangka masa setahun menjalankan perniagaan Internet, saya cuma berjaya mendapatkan 3 pelanggan sahaja. Saya tahu apa yang diperlukan untuk berjaya ketika itu oleh kerana saya amat suka membaca biografi kisah orang-orang berjaya. Kesemuanya pernah mengalami kegagalan.

Walaupun mendapat hanya 3 pelanggan dalam masa setahun, saya tetap meneruskan perniagaan Internet saya. Bayangkan sekiranya saya berputus asa pada tahun 2000 kerana hanya mendapat 3 pelanggan sahaja, tidaklah rasanya saya dapat bersama anda hari ini berkongsikan kisah saya. Pesanan saya kepada anda, JANGAN-JANGAN-JANGAN putus asa!

2.      Tambahkan ilmu untuk berjaya

Usaha tanpa ilmu adalah sia-sia. Apakah sebab utama kegagalan? Sudah tentunya kurangnya ilmu. Bagaimana untuk berjaya? Pastinya perlu tambahkan ilmu! Mengapa perniagaan saya pertama gagal sehingga hanya mendapat 3 pelanggan sahaja? 

Jawapanya adalah saya menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul.

Cari jalan dan peluang untuk meningkatkan ilmu dan kepakaran anda. Saya pernah menulis sebelum ini bahawa pelaburan yang terbaik adalah pelaburan kepada meningkatkan ilmu kita sendiri tidak kira dalam apa jua bidang. Ianya dikatakan terdapat persamaan antara ilmu dan pendapatan. Lebih tinggi ilmu yang dimiliki, lebih tinggi peluang untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Banyakkan membaca dalam bidang anda untuk meningkatkan ilmu. Pelajari dari mereka yang mengetahui dalam bidang anda dan jangan henti dalam mencari ilmu. Saya sendiri juga sering mencari ilmu dan pengalaman diserata dunia selagi mampu badan untuk meningkatkan ilmu dan kejayaan.

Apabila mendapat ilmu, pastikan anda mengaplikasikannya untuk mendapat keputusan terbaik!
Image
3.      Kemahuan untuk berubah

Melakukan perkara yang sama, pastinya akan memberi keputusan yang sama. Untuk berjaya perlukan perubahan sama ada dari cara kita melakukan sesuatu, cara pemikiran dan juga perubahan tabiat.

Fikirkan dan gambarkan keadaan kewangan kita hari ini. Adakah kita berpuas hati dengan dengan keadaan kewangan kini? Fikirkan juga keadaan keluarga, suami, isteri, ibu, bapa atau anak-anak. Bagaimana keadaan kewangan kita hari ini akan menjadi sama sahaja 2, 5 atau 10 tahun akan datang sekiranya kita tidak berubah. Malah, mungkin akan menjadi teruk lagi oleh kerana makin lama, kos sara hidup semakin meningkat dan sekiranya kita tidak berubah untuk menampung kenaikan kos sara hidup, pastinya keadaan kewangan dan kekayaan kita akan menjadi lebih teruk lagi 2, 5 atau 10 tahun akan datang.

Mereka yang berjaya adalah mereka yang mengambil tanggungjawab untuk berubah kearah kebaikan dan sentiasa memperbaiki diri untuk mencapai sesuatu yang lebih baik lagi. Segalanya tidak akan menjadi sekiranya tiada kemahuan di dalam diri sendiri.

Lihat sahaja dikeliling, pastinya ramai yang mempunyai ilmu. Ramai juga yang berpendidikan tinggi. Tetapi, adakah ianya mencukupi? Pastinya anda mengenali mereka yang mempunyai penidikan dan ilmu yang tinggi, tetapi kekayaan tetap pada takuk lama. Sebabnya adalah, tiada kemahuan untuk berubah. Ilmu sahaja tidak mencukupi. Ilmu yang diaplikasikan dengan betul adalah lebih penting lagi.

Bagaimana pula mereka yang kurang ilmu pula? Pastinya peluang untuk berjaya dan menjadi kaya adalah kurang. Tetapi, dengan kemahuan untuk berubah disitu yang kita sering lihat kisah usahawan berjaya walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.

Kesimpulan

Natijahnya, semua orang berpeluang untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Tidak kira jantina, umur, latar belakang, kekayaan adalah milik semua yang terus berusaha tanpa putus asa. Ilmu merupakan kunci mencapai apa sahaja kejayaan yang ingin dikecapi dan yang pentingnya adalah diri anda sendiri. Adakah anda bersedia untuk berubah untuk mencapai kekayaan yang anda impi-impikan? 

Lagi Tinggi Pendapatan... lagi tinggi belanja

Oleh: Irfan Khairi.[16 Mei 2014]

Masalah kewangan bukan sahaja hadir pada mereka yang kekurangan wang. Mereka yang banyak wang juga mempunyai masalah wang. Bak pepatah yang berbunyi. "Lebih besar periuk, lebih besar keraknya". Bila pendapatan bertambah, perbelanjaan juga turut bertambah. Prinsip ini dikenali sebagai undang-undang Parkinson, dihasil oleh penulis C. Northcote Parkinson bertahun-tahun dulu. Prinsip ini juga menjelaskan mengapa mereka yang berpendapatan tinggi juga boleh menghadapi masalah kewangan.

Pendapatan naik, perbelanjaan naik

Bukan satu keadaan yang luar biasa bila pendapatan kita hari ini, mungkin sudah lebih daripada pendapatan kita ketika baru mendapat kerja bertahun-tahun lalu.  Pada ketika itu, rasa seperti kewangan tidak cukup sekadar cukup-cukup makan sahaja. Hari ini, bila pendapatan sudah berganda, pelik apabila mungkin dirasakan kewangan tidak mencukupi menanggung gaya hidup hari ini.

Tabiat manusia sering mahu berbelanja apa yang dimiliki, dan lebih lagi. Tidak kira berapa banyak pendapatan, tetap merasakan ianya tidak mencukupi.

Melawan arus

Untuk keluar daripada keadaan ini, secara sedar seseorang itu perlu melawan arus undang-undang Parkinson. Anda perlu bertekad untuk melawan kehedak untuk berbelanja lebih apabila mendapat pendapatan yang lebih.

Sememangnya kita merasakan apabila pendapatan bertambah, kita mampu membeli lebih banyak barangan untuk kepuasan diri. Namun sekiranya kenaikan perbelanjaan adalah selari dengan kenaikan pendapatan, maka keadaan kita adalah sama sahaja ketika berpendapatan rendah.

Teringat saya pada satu perjumpaan bersama suami dan isteri yang berpendapatan agak tinggi. Gabungan pendapatan bulanan suami dan isteri itu adalah tinggi sehingga mencecah RM30,000. Tetapi, dengan memiliki 4 buah kereta mewah, dan rumah bungalow yang bernilai RM3juta yang masih berhutang. Dihujung bulan  baki wang yang ada ditangan adaah kurang dari RM2,000 sahaja bulanan apabila telah ditolak dengan perbelanjaan-perbelanjaan mewah yang lain. Maklumlah, apabila memiliki rumah mewah dan kereta mewah, pastinya perlu keluar makan-makan pun di tempat yang mewah juga.

Baki sebulan dalam lingkungan RM2,000 mungkin dilihat adalah besar. Tetapi jangan lupa pula, bila gaya hidup mewah selain daripada perbelanjaan rutin yang mewah, perbelanjaan kecemasan juga adalah mewah!

Bayangkan sekiranya kereta mewah perlu di hantar servis kerana  ada kerosakan. Tak akan pula belanja bengkel kereta mewah beratus ringgit. Pastinya beribu ringgit dan jangan lupa gandakan dengan 4 biji kereta. Ataupun kos baik pulih sebarang kerosakan dirumah. Pastinya rumah mewah menggunakan lekapan mewah. Harga gantinya? Anda sendiri tahu jawapan bukan?

Apa yang berlaku disini adalah keadaan keluarga yang tewas dengan undang-undang Parkinson. Walaupun berpendapatan tinggi, tetapi tidak mampu mengelakkan diri  dari masalah kewangann

Mampukah anda...

Kemampuan kewangan bukan hanya dilihat pada sama ada anda mampu mendapatkan sesuatu itu pada pendapatan anda kini. Tetapi, sama ada anda mampu mengekalkan gaya hidup anda. Bukan untuk sebulan dua atau setahun dua, tetapi untuk berpuluh tahun akan datang. Tidak semestinya apabila anda berpendapatan tinggi, anda akan hidup selesa bebas masalah kewangan. Anda akan bebas kewangan apabila secara sedar dengan tekad anda melawan undang-undang Parkinson ini. 

Pakai simple, tapi kaya. Pakai smart tapi miskin.

Oleh Irfan Khairi.[29 Ogos 2014]

Adakalanya ketika di pusat membeli belah, saya perasan keadaan di mana seorang makcik berpakaian serba sederhana sedang meninjau-ninjau barangan, tidak dilayan. Tetapi, seorang lelaki yang berpakaian serba segak berkot dan tali leher, amat pantas dilayani 2 orang jurujual.

Memang menjadi lumrah, yang cantik dan bergaya akan diberi perhatian. Kata orang putih Don't judge a book by it's cover, yang bermaksud jangan sesekali melihat pada luaran sahaja kerana dalaman tiada siapa yang tahu.

Siapa tahu, mungkin makcik yang sedang meninjau-ninjau barangan berpakaian serba sederhana itu adalah seorang usahawan jutawan? Tidak siapa tahu juga, lelaki segak yang berpakaian hebat mungkin hutang keliling pinggang dan terkejar-kejar membayar bayaran kereta setiap bulan.

Pada hakikatnya, ramai yang berpegang pada pepatah "Biar papa asal bergaya". Hujung bulan, tidak hirau bank berbaki negatif asalkan bergaya dengan kereta mewah dan pakaian segak.

Konsep sebegini semestinya adalah salah. Namun tulisan saya kali ini bukan untuk memberi teknik dan strategi berjimat dan menyimpan, tetapi, lebih kepada hubungan antara wang dan cara kita melihat diri kita sendiri.

Selalunya, apabila memilikki wang, ia memberi keyakinan diri yang tinggi pada seseorang, berbanding dengan seseorang yang tidak mempunyai wang. Wang seolah-olah mempunyai kaitan dengan keyakinan diri kita sendiri. Adakalanya juga wang akan membuat kita rasa gembira apabila sedang bersedihan bila kita keluar melakukan terapi membeli belah. Tetapi, ada kalanya juga, boleh membuatkan kita marah dan sedih bila kekurangan wang untuk belanja pada isi rumah dan keluarga.
Image
Berbalik kita kepada persoalan seseorang yang memakai pakaian yang kemas, berkot dan bertali leher dibandingkan dengan seseorang yang berpakaian agak ringkas mungkin hanya baju T dan berseluar jeans. Pastinya juga, seseorang yang memakai pakaian kemas akan dapat merasakan keyakinan diri pada diri sendiri meningkat. Sebagai tambahan, orang sekeliling juga mungkin melayan mereka dengan lebih baik juga akan menambahkan lagi keyakinan.

Namun tidak bermakna juga seseorang yang memakai baju T dan jeans tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Saya teringat beberapa ikon keusahawanan yang saya minati seperti Richard Branson dan Steve Jobs yang merupakan bilionair, sering mengenakan pakaian ringkas walaupun di majlis rasmi. Ini kerana, bagi mereka, keyakinan diri tidak datang daripada cara pemakaian.

Ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Keyakinan diri tidak semestinya datang daripada wang sahaja. Ianya dikatakan rezeki datang dalam pelbagai cara. Bukan hanya wang. Kesihatan, keluarga bahagia, ilmu pendidikan, kenalan, saudara mara dan sebagainya juga adalah rezeki seseorang itu. Dengan melihat positif semua rezekki yang kita miliki dan menjadikannya picu untuk meningkatkan keyakinan diri, seseorang itu tetap dapat merasakan keyakinan diri meningkat.

Apa yang perlu diingat adalah, seperti pepatah don't judge a book by it's cover. Orang yang pakai simple, jangan disangka tidak berduit. Orang pakai kot, kemeja, tali leher dan slack, tak semestinya kaya. Apa yang penting adalah, untuk melayan semua insan dengan baik tidak kira gaya dan penampilan. Tidak kira kaya ataupun miskin.

Tuesday, August 19, 2014

Berapakah nilai RM diri anda sendiri?

Oleh: Irfan Khairi.[23 Mei 2014]

Apakah nilai yang anda letakkan pada diri anda sendiri? Dengan meletakkan nilai pada diri kita sendiri, bukan sahaja kita akan lebih menghargai  masa, tetapi juga memudahkan kita membuat sesuatu keputusan.

Nilai yang saya maksudkan ini adalah nilai dalam bentuk wang- ringgit Malaysia. Sekadar contoh,bayangkan seorang konsultan yang berpendapatan RM300 satu jam apabila mengendalikan pelanggan. Masanya adalah lebih berharga untuk mengendalikan pelanggan berbanding dengan mungkin keluar membeli peralatan pejabat yang boleh diagihkan kepada orang lain.

Seperti contoh di atas, usahawan tersebut dapat meluangkan masa kepada perkara yang lebih penting dan menjimatkan masanya. Dalam waktu yang sama dapat membuat keputusan sama ada perlu bersama pelanggan atau keluar membeli peralatan pejabat mengikut nilai aktiviti tersebut.

Sebagai usahawan, ianya  peting untuk meletakkan nilai pada diri sendiri. Tetapi ia juga tidak bermakna mereka yang bukan usahawan tidak perlu meletakkan nilai pada diri.

Memberi nilai kepada diri kita sendiri akan membuatkan kita lebih menghargai diri, dari segi masa yang diluangkan, kerja yang dihasilkan, juga usaha yang ditaburkan. Bila kita merasakan nilai kita tinggi, maka, pastinya  kita tidak mahu membuang masa. Kerana setiap waktu yang beredar, akan digunakan dengan sebaiknya seperti nilai yang diletakkan.

Bayangkan kita meletakkan nilai kita kini satu jam, bernilai RM1. Pastinya, kita umpama tidak perlu menghagai masa kerana nilai satu jam atau dua jam yang berlalu hanya RM1-RM2. Tetapi bayangkan sekiranya nilai kita satu jam adalah RM100 untuk satu jam. Apa yang akan dirasa adalah, setiap jam tersebut  adalah amat berharga kerana nilai kita tinggi. Bagaimana perasaan sekiranya 2 jam berlalu pada tahap nilai kita RM100 sejam? Pastinya kita akan rugi RM200! Besar tu.

Keadaan yang sama juga untuk menjelaskan konsep ini, pada hasil kerja dan usaha. Sekiranya kita meletakkan nilai wang pada hasil kerja dan usaha kita rendah, pastinya ia tidak dihargai dan mungkin kualiti kerja dan usaha juga adalah rendah.

Tetapi bayangkan anda seperti seorang doktor pakar bedah di mana nilai anda adalah amat tinggi. Pastinya setiap pembedahan yang anda lakukan adalah dengan amat teliti dan berkualiti- setaraf dengan nilai sendiri.

Berita baiknya adalah, anda tidak perlu menjadi pakar bedah, untuk mempunyai nilai yang tinggi. Oleh kerana, nilai anda, anda yang tetapkan dalam diri anda sendiri. Ianya bukan berdasarkan gaji anda ataupun keuntungan perniagaan anda. Nilai, anda anda yang tetapkan 100% oleh  kerana tujuannya adalah untuk menjadikan anda sendiri lebih produktif apabila meletakkan nilai wang pada waktu anda.

Manusia mempunyai otak yang amat hebat berbandingkan dengan komputer yang paling hebat di dunia. Tubuh badan kita juga adalah jauh lebih  maju dari apa sahaja robot yang pernah dicipta. Deria kita adalah amat canggih berbanding dengan apa sahaja ciptaan manusia yang lain. Di sini sahaja, nilai kita adalah terlalu besar untuk diletakkan.

Sekiranya kita yakin bahawa nilai kita adalah jauh lebih tinggi dari apa yang kita rasakan kini, ini akan meningkatkan lagi keyakinan diri kita dan membuatkan kita lebih menghargai diri, masa dan hasil kerja.
Soalannya, berapakah nilai RM yang anda letakkan pada diri anda sendiri? Lakukan aksi harian anda berdasarkan nilai tersebut. 

Monday, August 18, 2014

Lindungi Duit Anda!

Oleh: Irfan Khairi.[5 Jun 2014]

Pastinya anda pernah dengar ataupun mungkin pernah alami keadaan ini, apabila pendapatan bertambah, perbelanjaan juga bertambah. Mana tidaknya, kita akan rasakan desakan untuk membelanja lebih banyak lagi apabila pendapatan turut meningkat. Mungkin pada rumah yang lebih besar dan selesa, kereta yang lebih mewah dan laju, handphone yang lebih canggih dan terkini dan sebagainya.

Adakalanya juga tambahan wang yang kita perolehi membawa kita kurang berhati-hati dalam perihal kewangan seperti membuat keputusan kewangan tanpa pertimbangan yang wajar oleh kerana alasannya, "tidak mengapa, ada lebihan wang". Begitu juga adakalanya lebihan wang yang kita perolehi membuatkan kita sasaran sebagai tempat bantuan kewangan dari keluarga, kenalan dan juga mereka yang tidak dikenali.

Untuk menjadi bebas kewangan, sebagai permulaan anda perlu lindungi wang anda daripada diri anda sendiri, dari orang lain dan juga dari sebarang kecemasan.

Lindungi wang dari diri anda sendiri

Wang anda, tanggungjawab anda. Penghalang  utama dalam mencapai kebebasan kewangan adalah diri kita sendiri. Bila ada lebihan wang, terasa desakan untuk lebihkan perbelanjaan. Sesuatu yang amat biasa terjadi  oleh kerana kita merasakan perlunya mengupah diri sendiri atas setiap tambahan kewangan yang kita perolehi. Tiada salahnya melakukan ini, malah ia juga merupakan satu motivasi untuk kita menjadi lebih berjaya dalam usaha bila melihat hasil daripada penat usaha kita menjana pendapatan.

Apa yang penting adalah keseimbangan. Lindungi wang kita dengan mengimbangkan pendapatan dan juga perbelanjaan. Ramai yang gagal melindungi wang apabila lebihan wang yang diperolehi digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan diri sendiri untuk kepuasan. 

Lindungi wang dari orang lain

Sememangnya menjadi orang yang baik hati dan banyak membatu adalah sesuatu yang bagus. Bila ada lebihan wang, pastinya kita suka membantu, atau diminta membantu, kenalan dan keluarga yang memerlukan. Ada yang minta pinjam, ada yang minta di belanja. 

Sekali lagi, keseimbangan diperlukan. Mungkin pengalaman anda berbeza dengan pengalaman saya, kerana wang yang dipinjam jarang sekali dapat kembali. Ianya semakin sukar juga apabila yang meminta pinjam atau belanja dari keluarga sendiri dan keadaan kewangan lebihan juga sukar untuk menampung.

Dalam soal kewangan peribadi, perlu sentiasa utamakan diri sendri. Bunyi agak mementingkan diri sendiri, tetapi perlu difikir juga soal diri, anak-anak, suami atau isteri. Sekiranya mempunyai wang lebihan yang boleh diberi tanpa mengganggu kewangan diri, tidak mengapa. Tetapi sekiranya wang lebihan diberi kesemuanya sehingga diri dan keluarga sendiri terjejas, maka ia adalah masa untuk lindungi wang anda dari orang lain.

Lindungi wang untuk kecemasan

Siapa akan membantu anda sekiranya terdapat sebarang kecemasan yang memerlukan wang? Sekiranya sedia dilahirkan dalam keluarga berada yang mempunyai ibu, ayah atau ahli keluarga yang kaya raya yang sedia membantu apa sahaja, mungkin ada tempat mengadu dalam membantu kewangan. Tetapi tidak ramai begitu.

Anda perlu lindungi wang untuk kecemasan seperti hilang punca pendapatan tiba-tiba, perbelanjaan kecemasan yang tidak diduga, dan apa sahaja kecemasan yang diri sendiri tidak terfikir akan terjadi.

Kewangan adalah tanggung jawab sendiri oleh itu, tanggungjawab diri juga melindungi wang untuk sebarang kecemasan. Jangan pula sehingga diri kita pula yang menjadi mangsa meminjam wang sana sini akibat kecuaian kewangan diri- oleh kerana orang lain juga perlu melindungi wang mereka!

Dengan melindungi duit kita sendiri, bukan sahaja kita akan sentiasa berada dalam keadaan kewangan yang sihat, malah ia juga akan memberi satu keyakinan kewangan pada diri kita sendiri. Ini kerana kita akan merasakan duit kita yang dilindugi adalah dalam kawalan dan tanggungjawab diri kita sendiri- dan ini amat penting dalam mencapai kebebasan kewangan.

Masalah Tiada WANG!

Oleh: Irfan Khairi.[2 Julai 2014]

Sememangnya keadaan yang amat menekankan sekiranya dalam keadaan tiada wang, tambahan lagi sekiranya tanggungjawab adalah besar mungkin membayar rumah, kereta dan makan minum keluarga. Ketika bujang dulu, kalau tiada duit, mungkin boleh mengikat perut tetapi bagi yang berkeluarga, agak berat apabila ahli keluarga yang lain pula terpaksa memikul bebannya.

Berbagai-bagai alasan akibat tiada wang. Mungkin gaji kita rendah, ataupun bisnes yang dijalankan kurang mendapat sambutan. Ada juga alasan harga barangan semakin meningkat dan kos sara hidup juga turut meningkat. Ataupun sesuatu yang tidak diingin berlaku yang menyebabkan kurangnya wang di poket atau bank seperti ahli keluarga jatuh sakit ataupun berlakunya kemalangan.

Tidak kira apa sahaja alasan yang menyebabkan tiada wang, tanggungjawab tetap pada diri sendiri untuk keluar dari keadaan itu. Dengan hanya memberi fokus pada alasan dan masalah yang dihadapi, pastinya lebih banyak lagi bebanan dan tekanan yang akan dialami. Sementara hati dan minda gusar memikirkan masalah hendak membayar bil, tiba-tiba kereta pula buat hal dan perlu hantar ke bengkel - bertambah masalah!

Sememangnya tiada siapa yang mahu terjerumus dalam keadaan ini. Tetapi, sekiranya ia terjadi, langkah pertama adalah untuk mengakui keadaan ini. Tiada guna untuk memejamkan mata dan cuba mengabaikan sindrom tiada wang oleh kerana pastinya makin lama makin teruk. Sekiranya kini sudah teruk, bulan hadapan atau tahun hadapan pastinya lagi berganda-ganda teruk jika tidak diambil langkah. Mengakui ianya terjadi adalah langkah pertama untuk menerima hakikat bahawa masalah itu wujud.

Langkah kedua adalah untuk menyalahkan seseorang. Pastinya apabila dalam keadaa tiada wang, terdapat pihak yang bersalah. Adakah hendak menyalahkan majikan kerana memberi gaji ciput? Menyalahkan kedai-kedai kerana menaikkan harga barang? Atau menyalahkan ahli keluarga kerana jatuh sakit?
Image
Pastinya tidak. Seseorang yang perlu disalahkan adalah diri sendiri. 

Selagi kita tidak melihat kesilapan kita dalam menguruskan kewangan, selagi itu kita tidak akan berjaya memperbaiki keadaan kewangan diri dan keluarga. Mungkin sesuatu terjadi adalah di luar kawalan anda yang mengakibatkan anda dalam masalah kewangan. Tidak kira apa pun, letak diri sendiri sebagai puncanya oleh kerana tiba masanya untuk anda perbaiki diri sendiri. Kalau tidak melihat kesilapan, pastinya kita tidak akan perbaiki diri.

Langkah seterusnya, adalah untuk lihat kembali perjalanan hidup anda. Apakah yang menyebabkan anda terjatuh dalam keadaan tiada wang? Inilah waktunya untuk muhasabah diri sendiri. Sama ada mungkin dulu anda tidak menguruskan wang dengan cekap, atau anda sering membazirkan wang. Mungkin juga anda tidak membazirkan wang, tetapi ahli keluarga yang lain tidak mempunyai matlamat yang sama dengan anda dan membelanjakan wang dengan boros. Sering juga saya dengar masalah terlalu percayakan kawan dengan wang, tetapi kepercayaan tersebut disiakan dan kawan hilang, wang pun hilang. Ada juga keadaan di mana kita hidup diluar kemampuan pendapatan diri yang membuatkan masalah kewangan.
Apabila telah dikenalpasti di mana kesilapan diri, tiba masanya untuk berjanji untuk tidak mengulangi benda yang sama. 

Langkah terakhir adalah untuk anda ubahkan hidup anda. Sekiranya melakukan perkara yang sama sahaja, pastinya keputusan juga sama. Maksudnya di sini adalah, sekiranya tiada duit, sememangnya perlu ubah gaya hidup anda. 
Untuk bejaya dalam kewangan, hanya ada dua perkara sahaja yang perlu dilakukan. Sama ada kurangkan perbelanjaan atau tambahkan pendapatan. Oleh kerana tiada wang, pastinya perbelanjaan pun kurang. Oleh itu, pilihan kedua adalah tambahkan pendapatan.

Lakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mengubah pendapatan anda, sama ada menambah kerja kedua, atau lakukan lebih banyak over-time. Ataupun berbincang dengan majikan untuk menambahkan gaji. Mungkin juga perlu mencari tempat kerja yang lain yang memberi pendapatan lebih lagi mengikut kepakaran anda. Tiada guna berdiam sahaja sekiranya anda fikirkan anda layak menerima gaji yang lebih mengikut kemampuan anda.

Ada juga pilihan untuk memulakan perniagaan. Namun, pastikan perniagaan yang dijalankan tidak menggunakan modal yang besar oleh kerana ia hanya akan mendedahkan anda kepada risiko perniagaan pula. Tetapi, terdapat juga perniagaan-perniagaan yang hanya menggunakan skil diri sendiri seperti perkhidmatan yang tidak menggunakan modal, tetapi kebolehan dan masa anda.

Sekiranya tiada wang, tanggungjawab anda untuk mengubahkan keadaan itu. Tiada siapa yang akan membantu anda. Anda perlu membantu diri sendiri oleh kerana tanggungjawab untuk berubah perlu datang dalam diri sendiri.

Sunday, August 17, 2014

Masalah Tiada WANG!

Oleh: Irfan Khairi.[9 Julai 2014]

Berkemungkinan, anda yang sedang membaca artikel ini mempunyai akaun Facebook. Setidaknya anda pasti pernah dengar mengenai gergasi media sosial ini. Kini, terdapat lebih 13 juta pengguna Facebook di Malaysia, yang merangkumi hampir separuh penduduk Malaysia secara keseluruhan. Jumlah ini juga meletakkan Malaysia di tempat ke 8 jumlah pengguna Facebook di Asia. Penggunaan Facebook yang tinggi di Malaysia menjadikannya salah satu platform perniagaan yang tidak boleh diabaikan.

Saya sendiri merupakan pensyarah program Diploma Eksekutif Perniagaan Internet dan Pemasaran Media Sosial di Asia eUniversity,dan antara modul yang disampaikan adalah cara menggunakan Facebook dalam menarik pelanggan. Sekiranya anda menjalankan perniagaan, pastikan anda menggunakan Facebook untuk mendapat lebih ramai pelanggan dan menjana pendapatan.

Namun, ramai usahawan menggunakan Facebook dalam mempromosikna perniagaan mereka dengan cara yang salah. Bayangkan sebagai pengguna Facebook, dan sering pengguna Facebook lain meletakkan iklan mereka di Facebook anda. Apakah perasaan anda?

Pastinya anda sendiri tidak selesa dengan perbuatan sebegitu bukan? Tetapi, ini yang terjadi selalu di Facebook. Usahawan sering melakukan promosi membuta tanpa memikirkan impak keatas perniagaan mereka.
Image
Satu perkara penting yang perlu di ingat adalah, mindset pengguna Facebook bukanlah untuk membeli sesuatu. Tidak seperti di laman web e-dagang, pelawat sememangnya mempunyai mindset untuk membeli.

Orang ramai menggunakan Facebook untuk mendapatkan informasi dan berkomunikasi dengan kenalan.Oleh sebab itu, sebagai usahawan yang ingin mempromosikan perniagaan mereka di Facebook, perlu menggunakan strategi berkongsi informasi dan berkomunikasi dengan bakal pelaggan.

Sebagai contoh, sekiranya menjual produk fesyen, gunakan Facebook untuk kongsikan maklumat terkini industry fesyen. Ini akan menambahkan lagi mereka yang gemar dengan fesyen untuk menyertai Facebook anda. Satu lagi contoh, sekiranya anda menjual produk fotografi, gunakan Facebook untuk kongsikan gambar foto yang menarik, teknik dan tips fotografi, ini akan menarik penggemar fotografi untuk menyertai Facebook anda.

Apa yang terjadi adalah, usahawan dapat menarik sasaran pasaran yang paling tepat dengan apa yang dijual. Sebagai tambahan, sasaran ini merupakan prospek-prospek terbaik untuk membeli produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh kerana usahawan dapat berkomunikasi terus dengan mereka.

Kekuatan media sosial adalah dalam bersosial, iaitu berkomunikasi. Sekiranya dilihat zaman dahulu, kita di dalam era pertanian. Selepas era pertanian, bermula era perindustrian. Selepas itu, muncul era informasi. Hari ini, kita di dalam era komunikasi. Era beredar, begitu juga dengan teknik dan strategi perniagaan perlu berubah. Sekiranya sebelum ini, pengiklanan secara menerus melalui media adalah amat efektif, kini, pengiklanan secara tidak langsung menggunakan media komunikasi dan interaktiviti memberi impak yang lebih baik. 

Gunakan Facebook untuk membina kesedaran, jenama dan juga interativiti bersama prospek anda. Jualan dan promosi boleh dilakukan kemudian, dan bukan  secara membuta dan melulu. Apabila mendapat ramai prospek, ini akan memberi anda lebih banyak jualan dan lebih mudah menjana pendapatan perniagaan anda melalui Facebook.

Thursday, August 14, 2014

Alamak... bajet lari selepas RAYA!

Oleh: Irfan Khairi.[11 Ogos 2014]



Mungkin selepas raya, terasa sakit sedikit akibat bajet telah lari. Artikel kali ini saya ingin kongsikan 4 perkara yang anda boleh lakukan untuk memperkemaskan kembali bajet anda selepas musim perayaan:



1. Mulakan satu kalander perbelanjaan dan bakal perbelanjaan anda. Yang dimaksudkan bukan kalender poket kecil ataupun kalender di smartphone dan telefon bimbit anda, tetapi kalender yang besar sedikit untuk membolehkan anda menulis dan mencatatkan segala perbelanjaan anda. Di Internet juga anda boleh muat turun template-template kalender sebegini di mana terdapat ruang yang cukup untuk catatan perbelanjaan anda untuk setiap hari.



Ia amat penting untuk anda mula menjejak perbelanjaan harian anda serta menulis lebih awal perbelanjaan yang bakal anda perlu keluarkan seperti bayaran bil, rumah, kereta, dan sebagainya untuk bulan-bulan yang akan datang. Bila menulis setiap transaksi yang berlaku dan transaksi yang akan datang pada kalender, anda akan nampak dengan lebih jelas bagaimana anda boleh mengawal kewangan anda untuk  menampung perbelanjaan yang sudah lari bajet pada musim perayaan.



2. Mula kurangkan perbelanjaan harian. Ubah rutin anda sekiranya rutin anda memerlukan perbelanjaan yang boleh dielakkan. Dari pergi keluar menonton wayang bersama keluarga yang memakan kos pengangkutan, makan minum serta bayaran panggung, luangkan masa di rumah di amna anda boleh jimatkan berpuluh hingga beratus ringgit sekali keluar. Sekiranya anda mempunyai keahlian kelab, gym atau apa sahaja yang boleh dihentikan, maka hentikan untuk sementara. Lagipun, sekiranya hendak bersenam, di rumah pun boleh bukan?



Kesan perbelanjaan-perbelanjaan rutin anda yang boleh dikurangkan, dan kurangkannya untuk sementara waktu sehingga kewangan kembali stabil.

 Image
3. Untuk menambahkan kewangan kita, hanya dua cara sahaja. Iaitu, mengurangkan perbelanjaan dan menambahkan pendapatan. Mungkin rezeki bulan Ramadhan ini yang meriah dengan pelbagai perniagaan bermusim membuka mata anda untuk anda sendiri cuba mulakan perniagaan juga.



9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan, mungkin tiba masanya untuk anda menuntut rezeki ini. Terdapat pelbagai perniagaan yang boleh dimulakan, nasihat saya, diperingkat awal cuba lakukan perniagaan yang tidak memakan kos atau mempunyai risiko yang tinggi. Jangan pula waktu kesempitan wang, bertambah pula tekanan kepada anda. Lakukan penyelidikan dan bacaan untuk mendalami perniagaan separuh masa yang anda boleh mulakan seperti perniagaan di Internet . Sekiranya anda merancag memulakan perniagaan Internet daru rumah, klik di sini.



4. Bulan Ramadhan, penuh dengan pelbagai jualan murah, tawaran istemewa, dan sebagainya di pusat membeli belah. Mungkin ini antara sebabnya bajet kita lari. Jangan lupa selepas Hari Raya nanti, jualan sebegini akan terus bersambung juga seperti jualan penghabisan stok, tawaran Aidilfitri dan sebagainya!



Jangan seperti pisang berbuah dua kali. Sudah lah lari bajet, akibat tawaran yang serupa, semakin tenat jadinya kewangan anda.



Musim perayaan sering membuatkan bajet kita lari. Mudahan dengan 4 tip mudah ini dapat menstabilkan bajet anda kembali untuk bulan-bulan yang akan datang kepada mereka yang memerlulan.

Thursday, April 24, 2014

"UFUN"



Carilah maklumat tambahan dalam internet tentang "UFUN"
PM @ Whatsapp : 019-9584808.

Terokailah peluang bersama "UFUN".

Kenali UFUN.
PLAN INI BUKAN INVESTMENT... BUKAN MONEY GAME DAN BUKAN MLM...
UFUNCLUB MENAMBAH SATU LAGI PELUANG TRADING BERGABUNG DENGAN KEBANYAKKAN COMPANY PRODUK JENAMA MULTI-LEVEL MLM ATAU TRADING UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN KONSEP TERBARU 4 DALAM 1 (E-SHARE PASIF, TRADING PRODUK JENAMA, JARINGAN NETWORK DAN STOKIST)

IAITU BUKAN HANYA SEKADAR MENDAPAT PASIF INCOME E-SHARES, MALAH ANDA BERPELUANG MENJADI VVIP MEMBERSHIP UFUN CLUB SEUMUR HIDUP YANG MENGHUBUNGKAN (AUTO MEMBERSHIP) KITA DENGAN SEMUA PRODUK BERJENAMA DUNIA, PRODUK KESIHATAN KEGUNAAN HARIAN, ELECTRONICS DAN BANYAK LAGI SEKALIGUS MEMBOLEHKAN KITA MENDAPAT POTONGAN HARGA YANG CUKUP MURAH DI ufunstore.com (STOKIST @ PEMBORONG)

MANAKALA KITA JUGA BOLEH MENDAPAT TAWARAN POTONGAN HARGA BAGI HARTANAH, KERETA, BOAT DAN BANYAK LAGI YANG AKAN DI KETENGAH KAN TIDAK LAMA LAGI....
MUSTAHAK...!!

**bagi yang nak tahu bagaimana cara nya syarikat membayar kita keuntungan,,,,,,,
ok mudah saja ....
duit kita diniagakan di dalam properties 50% dan di dalam http://ufunstore.com/50% lagi....
kita sebagai ahli club member akan mendapat potongan harga dari ufun store sehingga 50% bagi produk yang diniagakan, di samping itu akan mendapat pulangan share yang diniagakan tadi..
HARAP DAH FAHAM YE...........

Plan Kami Adalah Private Equiti Share...
➘ Pelaburan Yang Selamat & Terjamin.. http://www.ubonuss.com/
➘ Pulangan Yg Berganda... Insentive
➘ Shopping ONLINE (discount 10%-50% at http://ufunstore.com/
➘ Peluang Utk Mengandakan Properties ..

Contoh Kiraan Dividen :
Harga semasa Unit U-Token (UBonus) = 0.101sen
PAKEJ USD1,000 x 85%
= 850 / 0.101 sen = 8,415 unit U-Token

Apabila belaku....
DIVIDEN 1 = 8,415 x 2 = 16,840 unit U-Token
DIVIDEN 2 = 16,830 x 2 = 33,660 unit U-Token
DIVIDEN 3 = 33,660 x 2 = 67,320 unit U-Token
DIVIDEN 4 = 67,320 x 2 = 134,640 unit U-Token

Contoh untuk jual balik unit U-Token:-
Nilai Harga Jualan semasa unit usd0.20sen
134,640 X Usd0.20sen
= usd26,928.00 x 30% = usd8,078.40
Contoh Cara Pengiraan : USD26,928.00 x 30% = usd8,074.40
Baki 70% =USD18,849.60
Tersimpan Untuk pengeluaran akan datang dan akan bertambah lagi apabila berlaku DIVIDEN kelima dan seterusnya ...
- 30% Pengeluaran pertama = USD8,078.40
- Tolak Yuran Pengurusan 10% – USD807.84 baki = USD7,270.56
- Pengeluaran 70% = USD5,089.39 Baki 30% = usd2,181.17
(unit akan dimasukan ke U-Trade untuk anda beli semula U-Token)
- Pengeluaran 70% = USD5,089.39
- Yuran ke Bank 5%: USD -254.46
Jumlah = USD4,834.93
USD4,834.93 x RM3.00 = RM14,504.79 Tunai ke Bank
( Hanya Anda bermula RM3,800 /usd1000 sahaja )


Jika berminat PM @ Whatsapp 019-9584808.

http://ufunstore.com/
ufunstore.com
Bonex has developed and launched a series of throw-type fire extinguishers in fighting initial fires. SAT119 is a patented product suitable for Class A fire (combustibles such as papers, wood and plastics etc)...
http://www.ufunstore.com/
www.ufunstore.com
Bonex has developed and launched a series of throw-type fire extinguishers in fighting initial fires. SAT119 is a patented product suitable for Class A fire (combustibles such as papers, wood and plastics etc)...

Wednesday, April 23, 2014

ketahui masalah yang dihadapi usahawan MLM dan cara mengelakkannya‏

[15 September 2010]

Internet adalah medium yang boleh digunakan untuk berbagai-bagai jenis model perniagaan. Perniagaan menjual produk, menjual perkhidmatan, menjual informasi, membuat lelongan (seperti ebay), dan berbagai-bagai model perniagaan lagi.
 
Salah satu model perniagaan yang amat popular di Malaysia, adalah MLM, ataupun perniagaan berangkai. Namun begitu, sering saya mendengar keluhan daripada mereka yang menyertai perniagaan berangkai mengatakan bahawa ianya amat sukar mendapatkan pelanggan atau downline melalui Internet.
Adakah anda mempunyai masalah-masalah berikut?
  • Perniagaan MLM yang anda sertai tidak memberi pulangan seperti yang di harapkan?
  • Menyertai perniagaan MLM tetapi menghadapi kesukaran mendapatkan prospek?
  • Kesukaran menukarkan prospek menjadi downline anda?
  • Tidak mempunyai masa untuk mencari prospek di luar oleh kerana anda masih bekerja secara sepenuh masa di pejabat?
  • Sukar untuk menjual PRODUK perniagaan MLM anda?
  • Malu dan tidak pandai berhadapan dengan prospek secara bersemuka?
 
Berbagai-bagai cara telah digunakan, tetapi, amat sukar untuk mendapatkan downline. Mengapa ianya terjadi?
 
Jawapannya adalah, kebanyakan, 99% mereka yang menjalankan perniagaan MLM melalui Internet (tidak kira menyertai syarikat jualan langsung apa pun) melakukannya dengan cara yang SALAH! Apabila melakukanya (terutamanya promosi) dengan cara yang salah, maka, pastinya ia menjadi tidak efektif dan tiada (atau amat kurang) downline yang anda dapat.
 

 
 Masalahnya, tidak ramai yang tahu kaedah sebenar mendapatkan downline melalui Internet.Empat perkara penting dalam menjayakan perniagaan MLM melalui Internet adalah:
 
1. Cara membina kredibiliti
2. Strategi membina keyakinan prospek
3. Promosi yang paling efektif dan terbaik khas untuk menambahkan downline
4. Sistem yang terbukti berjaya yang boleh diduplikasikan oleh downline dengan mudah
 
Sekiranya anda menjalankan perniagaan MLM atau perniagaan berangkai, dan keputusan yang anda perolehi tidak seperti yang anda harapkan, berhenti! oleh kerana anda membuangkan masa, wang dan tenaga anda pada kaedah dan strategi yang tidak efektif.

 
Irfan Khairi
Kuala Lumpur

Formula untuk perbetulkan kewangan kita selepas raya‏

[14 September 2010]

Mudahan hari raya anda di sambut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Bulan ini masih lagi bulan raya, dan open house sana-sini masih dijalankan walaupun kebanyakan dari kita sudah mula bekerja ;)
 
 
Hanya 2 cara sahaja yang kita boleh lakukan untuk stabilkan kewangan kita. iaitu:
  • Tambahkan simpanan (berjimat)
  • Tambahkan pendapatan
Untuk tambahkan simpanan atau berjimat, satu formula yang dikenali sebagai "Solusi 60%" boleh digunakan. Solusi 60% bermaksud:
  1. 60% dari pendapatan kita adalah untuk keperluan bulanan seperti membayar kereta, rumah, bill, makan minum dan sebagainya. 
  2. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka panjang
  3. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka pendek
  4. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan hari tua/pencen.
  5. 10% dari pendapatan adalah untuk hiburan / perbelanjaan am
Selepas raya, sekiranya terdapat masalah yang sering dialami seperti penggunaan kad kredit meningkat, maka, perlu dilakukan simpanan kecemasan.Iaitu, masih menggunakan formula di atas, tetapi, ubahkan (3) & (4) iaitu simpanan jangka pendek  dan simpanan hari tua kepada pembayaran kad kredit buat sementara waktu.
 
 
Dengan menggunakan solusi 60% ini, ia menjadi satu panduan untuk kita tambahkan simpanan kita dan kurangkan perbelanjaan secara terancang.
 
Sekiranya tiada ruang untuk kita menggunakan Solusi 60%, dan tiada ruang untuk kita menambahkan simpanan kita, maka, pilihan seterusnya adalah menambahkan pendapatan kita.
 
Semoga panduan ini dapat membantu kewangan anda,
 
Salam Syawal,
 
-Irfan Khairi
Damansara, Kuala Lumpur
 

Harta pastinya tidak akan berkurangan... caranya?‏

[2 September 2010]

Walaupun melalui newsletter ini dan blog, sering menyebut tentang cara menjana pendapatan dan menambhakan kekayaan, tetapi, apa yang amat penting untuk kita ketahui juga maksud hadis mengatakan bahawa harta dan kekayaan kita tidak akan berkurangan sekiranya berzakat dan bersedekah.
 
Kita lihat sahaja ramai yang berjaya dan bergelar jutawan seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, bumiputra terkaya di Malaysia  dan tokoh Maal Hijrah yang sentiasa memberi balik melalui zakat dan sedekah termasuk kompleks Al Bukhary yang bernilai RM400 juta untuk menempatkan anak-anak yatim serta warga emas dan pusat perubatan yang diberikan secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan. Begitu juga dengan University Antarabangsa Al Bukhary bernilai RM500 juta yang dibina khas untuk mereka yang cerdik, tetapi tidak berkemampuan.
 
Adakah hartanya berkurangan apabila lebih daripada satu billion disedekahkan? Sudah tentunya tidak!
 
Mungkin kita tidak mampu menderma berjuta seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, tetapi, dengan apa yang kita ada, tak semestinya wang tunai, mungkin pakaian-pakaian lama, peralatan rumah yang masih berfungsi tetapi kita ingin tukar, barangan elektrik, peralatan kanak-kanak atau baby, apa sahaja yang kita miliki yang boleh kita sedekahkan pada mereka yang kurang bernasib baik.
 
Teringat juga saya pasa satu kajian di USA, oleh Dr Thomas Stanley yang mengkaji prinsip-prinsip jutawan,prinsip seseorang jutawan adalah, banyak memberi. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan menerima apabila kita akan rasa dalam hati kita bahawa harta di dunia adalah abundance (berlebihan).
 
Sering fikirkan bahawa harta tidak akan berkurangan sekiranya bersedekah dan berzakat. Rezeki kita juga akan bertambah berkat. 
 
Salam hormat !
 
 
-Irfan Khairi
Kuala Lumpur
 

Monday, April 21, 2014

Menjana pendapatan dengan hobi dan minat‏

[25 Ogos 2010]

 
Peluang perniagaan di ambil bukan sahaja di pasar-pasar , kedai-kedai serta shopping complex sahaja. Malah, melalui Internet juga, kemeriahan dirasai dengan berbagai bagai peluang perniagaan di ambil oleh orang ramai, dari menjual kuih-kuih, menjual pakaian, serta aksesori.
 
Suka saya melihat ramai antara peserta seminar yang saya jalankan juga meraih pendapatan melalui Internet dengan  menjalankan perniagaan seperti menjual muffin, menjual peralatan baby, menjual tudung, menjual informasi, menjual aksesori wanita, menjual produk kesihatan dan sebagainya. Klik di sini untuk melihat antara contoh perniagaan Internet peserta-peserta.
 
Sering saya nasihatkan, sekiranya menjalankan perniagaan melalui Internet, terbaiknya adalah lakukan apa yang kita minat. Ini kerana, kebanyakan kita menjalankan perniagaan Internet akan menjalankannya secara  part time- di rumah ketika mempunyai masa terluang.
 
Apabila mempunyai masa terluang, pastinya sebaiknya kita mahu lakukan sesuatu yang menggembirakan kita, seperti hobi kita sendiri. Oleh sebab itulah, tidak terkejut ramai yang berjaya dalam perniagaan Internet menjalankan hobi atau perkara yang mereka minat seperti membuat kuih, minat pada kanak-kanak, minat pada aksesori dan sebagainya.Bayangkan menjalankan hobby sambil menjana pendapatan!
 
Apabila membuat perkara yang kita minat:
 
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita takkan rasa cepat sangat nak give-up. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari!
 
Semoga ianya memberi manfaat kepada anda menjana idea perniagaan Internet anda sendiri.
 
 
 
-Irfan Khairi
Kuala Lumpur
 
 
ps: Sudahkah anda menyertai saya di FACEBOOK anda? Sertai saya di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

Bilakah waktu terbaik untuk memulakan perniagaan?‏

[19 Ogos 2010]

Ada yang tanya pada saya, bilakah waktu terbaik untuk memulakan perniagaan dan berhenti kerja makan gaji? (pertanyaan dari mereka yang masih makan gaji dan berminat untuk mulakan perniagaan).

Jawapannya, sebaiknya:

* Bila kita dah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 bulan hidup kita tanpa sebarang income masuk. Terbaik adalah simpanan 6 bulan. Sebabnya, bila mulakan perniagaan, bukannya terus start perniagaan terus akan dapat income sering kali, ia mengambil masa sedikit untuk melihat income yang baik. Oleh itu, terbaik, sebelum berhenti kerja makan gaji dan punca pendapatan utama anda terhenti, pastikan anda mempunyai simpanan secukupnya untuk menampung 3-6 bulan hidup anda!
 
* Bila sudah ada pengalaman perniagaan. Sekiranya belum ada pengalaman langsung dalam sesuatu perniagaan itu, jangan terus quit kerja makan gaji dan lakukan perniagaan pula. Sebaiknya, test market dulu sambil kerja, lakukan sedikit part time dalam perniagaan yang ingin di ceburi. Dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya sebelum berhenti kerja makan gaji, dapatkan pengalaman walaupun part time perniagaan yang akan diceburi!
 
* Bila kita ada banyak ilmu dalam bidang tersebut. Jangan terus quit kerja dan memulakan perniagaan sekiranya kita masih lagi cetek dalam ilmu perniagaan tersebut. Banyak membaca buku2 ilmiah yang berkaitan dengan perniagaan tersebut, lakukan research online, bertanya pakar-pakar industri sekiranya ada yang tak faham, dapatkan mentor, hadiri majlis ilmu berkaitan dengan perniagaan tersebit dan sewaktu dengannya. Ilmu adalah amat penting dalam apa jua bidang. Termasuk bidang perniagaan yang anda ingin ceburi. Sememangnya ilmu kita dalam sesuatu bidang itu tidak akan lengkap, tetapi sekurang-kurangnya banyak ilmu mengenai sesuatu perniagaan itu kita telah pelajari.

Sering saya dengar kisah seseorang quit kerja makan gaji untuk memulakan perniagaan, tetapi tidak melakukan perkara-perkara di atas jawabnya, perniagaan pun bungkus, hidup semakin stress. Harapnya dijauhkan dari kita.

Play safe persediakan diri kita terlebih dahulu sebelum quit day job kita. Pengalaman saya sendiri pun 2 tahun saya menjalankan perniagaan Internet sambil menambahkan ilmu di dada sebelum saya quit day job saya satu ketika dulu!

 

-Irfan Khairi
 Damansara, Kuala Lumpur
 

Mengapa laman web tidak dapat menarik pelanggan!‏

[16 Ogos 2010]

Zaman ini, ramai yang telah memulakan perniagaan Internet. Namun, ada sebilangan yang sudah mempunyai laman web perniagaan Internet, tetapi masih sukar untuk mendapatkan pelanggan.
 
Sebab utama pelawat tidak membeli daripada sesebuah laman web adalah kerana isu "kepercayaan" atau "trust". Sekiranya  pelawat apabila tiba di sesuatu laman web, tetapi mendapati laman web tersebut tidak meyakinkan, maka mereka akan beredar dari laman web itu tanpa membuat sebarang belian!
 
Cara utama untuk membina kepercayaan pelawat anda untuk menjadi pelanggan adalah pada rupa dan gaya sesebuah laman web itu. Laman web yang kelihatan profesional akan mendapat kepercayaan instantlydaripada pelawat. Manakala laman web yang tidak kelihatan profesional, atau hasil reka grafiknya adalah daripada mereka yang tidak berpengalaman grafik, tidak akan berjaya menarik pelawat menjadi pembeli. Saya tahu kerana ijazah saya adalah dalam bidang grafik ketika di Staffordshire University, United Kindom ;)
 
Tahukah anda bahawa 8 saat pertama adalah amat penting untuk untuk menarik perhatian pelawat laman web anda. Sekiranya dalam masa 8 saat, anda tidak berjaya menarik perhatian mereka, mereka akan beredar. Pastinya anda juga pernah mengalami ini, di mana anda memasuki sesebuah laman web, dan tidak sampai 8 saat, anda telah beredar darinya.
 
Ini adalah kerana dalam masa 8 saat tersebut, apa yang anda nampak tidak menarik minat anda, dan mengakibatkan anda beredar.
 
Hal ini sering terjadi di Internet dan banyak merugikan usahawan Internet yang memiliki laman web yang tidak profesional. 
 
 

-Irfan Khairi
 Damansara, Kuala Lumpur