Oleh : Irfan Khairi [11 Mei 2009]
Saya sudah menulis tip perniagaan sejak 2006, tapi entah kenapa,
for the past 3 years, jarang saya menulis kepentingan mempunyai
logo perniagaan- tu pun tahun 2006! Macam mana lah boleh terlepas
pandang...
Mungkin juga, kerana memiliki logo untuk sesebuah perniagaan adalah
asas membina jenama perniagaan, disebabkan topik yang terlalu asas,
saya pun terlepas pandang. Yang bahayanya, disebabkan ianya asas
perniagaan juga, banyak perniagaan, terutamanya perniagaan
kecil-kecilan mengabaikannya dan tidak mempunyai logo!
Sekiranya anda mempunyai perniagaan kecil-kecilan... adakah anda
mempunyai logo? Sekiranya tidak maka, jenama anda tidak akan
berkembang.
Logo adalah penting kerana ianya adalah antara "first contact"
prospek dengan perniagaan anda. Logo seringkali berbentuk "imej"
atau "gambaran", membolehkan perniagaan anda mudah diingati
pelanggan- berbanding dengan perniagaan yang tidak mempunyai logo.
Bak kata mat salleh, a picture paints a thousand words! Sedikit
gambaran akan memberi impak yang besar.
Cuba fikirkan... ada tak perniagaan yang berkembang maju, tanpa
mempunyai logo? ... tiada bukan?
So, soalan utama...
ADAKAH PERNIAGAAN ANDA MEMPUNYAI LOGO?
Berikut adalah tip-tip dalam menghasilkan logo untuk perniagaan anda:
* Walaupun ramai memahami logo mempunyai "simbol" sering kali, logo
berbentuk teks/tulisan lebih mudah diingati orang ramai. Contoh,
Coca-Cola, Microsoft, Dell, Ebay, Yahoo, Amazon... perlu saya
teruskan? :)
* Pilih warna logo anda berbeza dengan warna yang digunakan oleh
pesaing anda.
* Gunakan font yang mudah dibaca dari jarak jauh, atau apabila logo
anda dikecilkan
* Pastikan warna logo anda digunakan secara konsisten di
bahan-bahan promosi perniagaan anda
* Logo yang efektif berteraskan segi empat atau bulat. Logo
berteraskan tiga segi tidak efektif :)
Salam hormat!
No comments:
Post a Comment