Oleh : Irfan Khairi [4 Mei 2009]
Semalam saya berada di Radio24 93.9fm berkongsikan mengenai tip-tip
menjalankan perniagaan dari rumah (tak semestinya perniagaan
Internet sahaja). Sempat juga Abang Abu join on air secara telefon
berkongsi bersama. Berikut adalah antara tip-tip yang dikongsikan
bagi yang terlepas :)
Kalau anda menjalankan perniagaan dari rumah...
Jangan curi keuntungan perniagaan anda. maksudnya, untung dari
perniagaan, elok-elok dikira sebagai "untung perniagaan" bukan
masuk dalam poket anda dan membeli belah. Anda sebagai usahawan
perlu ibaratkan mengambil "gaji tetap" dari perniagaan tersebut.
Bukan untung extra, belanja extra...
Laburkan kembali keuntungan perniagaan untuk mengembangkan lagi
perniagaan, promosi, menambah prospek, menambah kredibiliti dan
sebagainya. Keuntungan perniagaan, adalah milik perniagaan... jangan
dicuri!
Kalau anda menjalankan perniagaan dari rumah...
Perlu mempunyai disiplin. Anggap perniagaan dari rumah seperti
bekerja 9-5. Perlu mempunyai disiplin. Bila kerja dari rumah,
memang katil dekat, TV dekat, DVD dekat, dapur dekat... semuanya
dekat sampai mengujakan kita untuk relax. Nasihat saya... perlu
mempunyai jadual seperti jadual di sekolah dulu. Waktu
sekian-sekian... untuk melakukan sekian kerja... :)
Kalau anda menjalankan perniagaan dari rumah...
Perlu mempunyai fokus. Jangan lakukan banyak perkara serentak.
Sememangnya kerja dari rumah memberi kita masa & fleksibiliti. Ini
pun akan menguja kita untuk mencuba berbagai-bagai perkara...
berbagai bagai bisnes serentak.
Fokus kepada perniagaan kita yang satu supaya dapat membina
kredibiliti dan kepakaran dalam satu bidang itu. Mat Salleh kata,
don't be jack of all trades and master of none. Fokus-fokus &
fokus. Tumpukan usaha, tenaga dan juga modal kita pada satu
perniagaan sehingga berjaya.
No comments:
Post a Comment