Sebelum May 6, 1954, tiada pelari dapat berlari sejauh 1 batu dalam
masa kurang dari 4 minit. Berlari 1 batu dalam masa kurang 4 minit
difikirkan mustahil!
Sehingga Roger Bannister mencabar dan memecahkan fikiran mustahil
tersebut dengan berlari sejauh 1 batu dalam masa 3 minit 59 saat!
Apa yang terjadi selepas itu, pada tahun yang sama, beberapa pelari
lain berjaya melepasi benteng 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit.
Tahun-tahun yang seterusnya juga menyaksikan lebih ramai pelari
berjaya memecahkan benteng 4 minit tersebut!
Apa yang telah terjadi?
Kisah Roger Bannister ini sering diceritakan dalam buku-buku
motivasi barat. Ia menunjukkan bahawa benteng pertama yang perlu
dilalui adalah benteng di minda. Apabila ia kelihatan mustahil,
maka, ia sememangnya mustahil.
Tetapi, sekiranya ia terbukti boleh dilakukan, maka, benteng di
minda sudah tiada lagi dan lebih ramai atlit dapat melakukan larian
tersebut.
Buka mata anda kepada kisah-kisah disekeliling kita yang umpama
"The 4-minute Mile". Ia merupakan satu titik sebuah anjakan
paradigma (Paradigme shift) yang boleh mengubahkan haluan hidup
kita.
-IK Irfan Khairi-
3 November 2008
No comments:
Post a Comment