Oleh: Irfan Khairi
Bagaimana anda boleh mengubahkan hobi anda
menjadi perniagaan di Internet. Banyak idea dan contoh menjadikan
hobi kepada perniagaan Internet. Oleh itu, saya mengambil
peluang ini di sini untuk beri lebih banyak lagi contoh-contoh ;)
Rakaman MHI Bahagian 1 dan Bahagian 2 di:
http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/hobi/
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, ramai yang bertanya
pada saya, bagaimana cara terbaik untuk menambahkan pendapatan
secara sampingan?
Jawapannya adalah mengubah kan apa yang anda tahu, apa yang anda
minat, atau apa sahaja hobi anda menjadi perniagaan Internet!
Setiap kali saya sebutkan itu, ramai yang akan berkerut dahi dan
bertanya, "Boleh ke?"
Sudah tentu boleh! Sekiranya hobi anda adalah cross-stitch, mengapa
tidak menjadikan ianya sebagai perniagaan di Internet? Sekiranya
anda minat memancing, jadikan topik memancing sebagai perniagaan
anda. Sekiranya anda minat bersukan badminton katakan, mengapa
tidak menulis ebook berkaitan dengan badminton- pastinya ramai
peminat badminton seluruh dunia mencari maklumat atau tips-tips
bermain badminton di Internet!
Sememangnya terlalu banyak lagi hobi yang boleh diubah menjadikan
idea perniagaan- anda berpengalaman dalam bidang seni
memepertahankan diri, silat? Sudah tentu ramai peminat seni
mempertahankan diri di seluruh dunia ingin mempelajari silat. Anda
suka memasak? Mengapa tidak jual resepi masakan Melayu kepada
mereka di negara barat? Resepi masakan melayu sememangnya amat
sukar untuk didapati di negara-negara luar, tetapi, Internet
membolehkan ini dilakukan... hanya kepada mereka yang bijak dan cepat
mengambil tindakan!
Berminat dalam bidang kewangan? Anda boleh menjual buku-buku
kewangan sedia ada di Internet. hanya perlu hubungi penerbit, dan
beli buku-buku tersebut pada harga diskaun untuk dijual semula.
Amat passionate dengan topik keagamaan, anda juga boleh pergi ke
pemborong, dan membeli ukiran-ukiran Al-Quran dan menjualnya semula
di Internet ke pasaran global. Atau anda seorang agen jualan langsung
yang mempunyai banyak stok dalam simpanan? Mengapa tidak menjualnya
di Internet?
Tidak kira apa sahaja hobi, minat, pengalaman, pengetahuan,
pekerjaan anda kini dan sebelum ini, ada caranya untuk anda
ubahkannya menjadi perniagaan di Internet dan mendapat pendapatan
sampingan untuk menampung waktu keadaan ekonomi yang meruncing.
17 November 2008
No comments:
Post a Comment