Monday, August 25, 2008

Tip Hari Ini (IrfanKhairi)

TIP HARI INI: Perniagaan Internet Yang Mudah============================================ Ramai yang fikir, untuk memulakan perniagaanInternet, kita perlu ciptakan produk sendiri seperti ebook, atau menulis buku, atau membuat kraftangan sendiri, atau menjahit baju sendiri dan sebagainya. Pada asasnya, perniagaan Internet adalah seperti perniagaan bukan Internet. Tidak semestinya anda perlu ciptakan produk sendiri fromscratch. Berikut adalah 2 idea mudah * Pergi ke kedai buku, dan lihat senarai best seller. Dapatkan buku-buku best seller daripada penerbit (maklumat penerbit terdapat di muka pertama buku) pada harga diskaun (biasanya 40% diskaun).Jual di Internet pada harga kedai, iaitu 40% keuntungan. PerniagaanInternet anda fokus pada menjual buku-buku best seller sahaja-sudah semestinya mempunyai permintaan! * Pergi ke pusat pemborong dan beli beberapa ukiran ayatAl-Quran- di Malaysia harga ukiran kayu adalah amat rendah berbanding luar Malaysia. Bina satu laman web bernama QuranCarves.com- laman web yang fokus kepada ukiran-ukiran Al-Quran dan menjual ukiran-ukiran tersebut ke pasaran global yang sediamembeli pada US dollar (harga lebih tinggi). Teringat saya tentang Ray Croc- pemilik McDonalds. Satu masa dulu, beliau melihat burger-burger yang dihasilkan oleh adik beradik McDonalds, membeli burger dan sistem yang dicipta oleh mereka, dan menjual semula kepada pelanggan! Bukan Ray Croc yang mencipta burger tersebut, tetapi beliau melihat peluang, beli dan menjualkannya semula! Seperti perniagaan bukan Internet, tidak semestinya anda menjual produk yang anda ciptakan sendiri. Anda boleh beli daripada A dan jual kepada B. Model perniagaan yang amat mudah, tetapi mereka yang masih baru lagi di Internet tidak nampak. http://www.irfankhairi.com

No comments: