TIP JUTAWAN
===========
Beberapa minggu lepas saya berkesempatan bertemu dengan salah seorang pakar motivasi yang saya hormati, Dr HM Tuah- first time berjumpa secara tidak sengaja oleh kerana beliau ditemuramah sebelum segmen saya di Wanita & Wang Astro Awani. Soalan first saya kepada Dr Tuah adalah, bagaimana beliau cari masa untuk menulis berpuluh-puluh buah buku (sehingga 5 buku setahun) disamping menulis lebih 20 artikel setiap bulan untuk majalah? Rahsianya adalah, beliau menggunakan kuasa mindanya. Beliau gambarkan seperti mindanya adalah folder-folder dalam PC. Ketika sedang melakukan satu kerja, secara sub-concious (bawah sedar),folder yang lain juga turut dibuka dan memproseskan kerja-kerja lain. Cara melatih minda untuk berfungsi sebegini memang rumit untuk jadi master. Sedikit sebanyak, saya juga sering menggunakan teknik ini. Sekiranya anda ingin cuba adalah, fikirkan 6-7 kerja yang anda ingin siapkan esok sejurus sebelum tidur. Ulangkan kerja-kerjatersebut dalam kepala anda, dan apabila bangun tidur esok hari,sambung apa yang dimainkan dalam kepala sebelum mulakan hari anda. Secara bawah sedar, kerja-kerja tersebut akan diproseskan dalam minda anda. Pada mulanya, ia agak sukar, tetapi, with practice,anda juga dapat melakukannya.
ps: Ramai jutawan menguasai teknik sub-concious ini untuk menyiapkan lebih banyak kerja dalam waktu yang sangat singkat!
========================Sesuatu untuk difikirkan======================== Kini, adakah anda "bekerja" atau menjalankan "karier" anda?
KERJA - bersifat sementara
KARIER - apa yang anda ingin lakukan seumur hidup Ramai yang terperangkap dalam "KERJA" dan bukan "KARIER"...
http://www.irfankhairi.com
No comments:
Post a Comment