==================================
RENCANA UTAMA KOSMO: 11 APRIL 2008
==================================
TIGA TAHUN RM 1 JUTA
Bekerja hanya dari rumah dan berupaya mendapat pulangan yang besar sehingga mampu bergelar jutawan, begitulah yang dapat digambarkan tentang kerjaya seorang usahawan Internet. Benarkah ia semudah yangdisangka? Kepada wartawan ADHAM SHADAN dan jurufoto ZAKARIA IDRIS,jutawan Internet muda, Irfan Khairi, 32, berkongsi cerita.
DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja setiap hari. Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan meski dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar jutawan, satu gelaran yang diidami ramai. Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia awal30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet.
Menurut Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran tersebut ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu. Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur,tetapi juga medan untuk 'membuat duit'.
**********************
Bukan 'membuat duit' seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan.Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet. Mula melangsungkan perniagaan Internet pada tahun 1999 ketika masih menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang rekabentuk multimedia, Irfan Khairi mengusahakan perkhidmatan mereka bentuk kulit buku, laman web, logo, banner dan produk seperti buku dan peta Malaysia. "Alhamdulillah, selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan Internet, saya berjaya meraih RM1 juta menerusinya sahaja," kataIrfan, 32, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Damansara,Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Irfan mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain setelah melihat dia mampu memiliki pendapatan yang jauh lebih baik menerusi perniagaan Internet. "Sebenarnya, ketika memulakannya lagi saya sudah yakin yang cara ini akan berjaya. Semakin mengujakan apabila saya lihat tempahan datang dari merata tempat di dunia. Misalnya dari Amerika Syarikat,Jepun dan Australia," kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini.
Tambahnya lagi, kini dia, komputer dan Internet ibarat tidak boleh dipisahkan. Dalam milikannya sahaja, ada lima buah komputer. Bunyi kerjanya seakan mudah. Sebahagian besar masa di rumah dan hanya menghadap komputer untuk mengakses Internet. Adakah ia sesenang yang disangka? Irfan menegaskan: "Saya bekerja keras untuk dapatkan ini. Bukan goyang kaki sahaja." Ceritanya, dia bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu terutamanya,dia selalunya cuma tidur tiga hingga empat jam, selebih masanya bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-tempahan grafik dan sebagainya.
**********************
"Malahan, pada tahun pertama saya memulakannya, saya sekadar dapat tiga orang pelanggan! Tapi saya tidak berputus asa dan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet. "Hasilnya, mulai tahun kedua saya mampu mendapatkan RM2,000 ke atas sehari." Pengalamannya itu sendiri boleh menjadi ukuran akan potensi perniagaan Internet pada masa ini. "Bayangkan, yang saya boleh dapat RM2,000 sehari itu ketika perniagaan melalui Internet belum berkembang.
Pada masa itu,pengguna Internet hanya 500 juta orang. "Tetapi kini pengguna Internet adalah 1.3 bilion dan sudah tentu perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang besar buat pengusahanya. "Lagi pula, sekarang perniagaan atau urusan juga sudah semakin sebati dengan Internet. Bayar saman pun sudah boleh secara dalam talian," katanya sekali gus berbicara soal potensi perniagaanInternet. Jelas Irfan lagi, kelebihan perniagaan Internet adalah dari segibekerja di rumah dan kos yang rendah. "Kalau kita meniaga di kedai, paling kurang hendak kena bayar sewatapak, mungkin RM1,000 sebulan. Namun untuk perniagaan Internetanda cuma perlu memperuntukkan RM15 sebulan untuk sewa letak laman web atau web hosting. Selebihnya mungkin bayaran penggunaan Internet, telefon dan elektrik. "Masa di rumah juga lebih banyak, dan dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Saya pun tidak ada orang gaji," kata lelaki yang sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata ini.
Menyentuh sedikit tentang personalitinya, apa yang boleh dikatakan,dia nampak begitu bersederhana. Pendek kata, gelaran jutawan tidak mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu. Dia selesa berbaju T ketika ditemui tempoh hari dan kenderaan mewah seperti BMW atau Mercedes bukan dalam senarai milikannya. "Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu membantu kita dalam kehidupan. Contohnya, membantu kita untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak," katanya.
**********************
Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin bisa terjadi tanpa minat yang mendalam dan dorongan motivasi yang ampuh. Irfan telah menanam dalam diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun ketika berumur18 tahun lagi. Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku motivasi sejak usia remaja lagi. Buku seperti Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill adalah antara buku yang telah memberinya inspirasi. Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak disumbangkan oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang terpupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila melanjutkan pengajian multimedia di Britain.
"Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat duit," katanya yang telah menulis beberapa buku, mengadakan ceramah perniagaan Internet, mempunyai program di radio dan televisyen. "Berniaga sememangnya kunci untuk menjadi kaya dan dianggarkan 74 peratus jutawan dunia datang daripada bidang perniagaan. Perniagaan Internet pula mempunyai potensi yang amat besar untuk berjaya. "Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita meyakinkan khalayak tentang produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka dengan mereka dan mereka tidak boleh memegang atau merasa produkkita. Mereka hanya boleh melihat fotonya di monitor komputer,"ujarnya.
-Kosmo 11 April
Thursday, August 28, 2008
Tuesday, August 26, 2008
Biodata Jutawan Internet Irfan Khairi
Irfan Khairi graduated with a B.A. Hons in Multimedia Design from Staffordshire University, United Kingdom.
Soon after, Irfan was offered to work with one of the largest IT companies in Birmingham, Netmedia (UK) Ltd.
As a multimedia system developer and a multimedia consultant, Irfan was responsible to create an Internet learning system for the schools in United Kingdom called the Learning Grid. Currently there are more than 5,000 schools across the United Kingdom using the Learning Grid system.
However, with the background and knowledge as well as his passion in Internet and business, he decided to start a part-time Internet business back in 1999.
He then decided to pursue his Internet business fulltime after 1 year of operation as he was getting more income from the Internet than his 9-5 job.
Since then, Irfan has been working fulltime from home using his laptop through the Internet. Within 3 years of operation, one of his Internet businesses has generated RM1,000,000 nett profit - without workers and state-of-the-art computers. And his start up costs was.... only RM500.
He was 25 years old then!
At 2005, he started his own company in Malaysia, Irfan Khairi Sdn Bhd specializing in Internet Business Training- public seminars and corporate training.
Irfan Khairi was awarded Young Achievers Innovation Award and a Certificate of Doctorate in Business Administration this year.

Tip Hari Ini (Irfan Khairi)
TIP JUTAWAN
===========
Beberapa minggu lepas saya berkesempatan bertemu dengan salah seorang pakar motivasi yang saya hormati, Dr HM Tuah- first time berjumpa secara tidak sengaja oleh kerana beliau ditemuramah sebelum segmen saya di Wanita & Wang Astro Awani. Soalan first saya kepada Dr Tuah adalah, bagaimana beliau cari masa untuk menulis berpuluh-puluh buah buku (sehingga 5 buku setahun) disamping menulis lebih 20 artikel setiap bulan untuk majalah? Rahsianya adalah, beliau menggunakan kuasa mindanya. Beliau gambarkan seperti mindanya adalah folder-folder dalam PC. Ketika sedang melakukan satu kerja, secara sub-concious (bawah sedar),folder yang lain juga turut dibuka dan memproseskan kerja-kerja lain. Cara melatih minda untuk berfungsi sebegini memang rumit untuk jadi master. Sedikit sebanyak, saya juga sering menggunakan teknik ini. Sekiranya anda ingin cuba adalah, fikirkan 6-7 kerja yang anda ingin siapkan esok sejurus sebelum tidur. Ulangkan kerja-kerjatersebut dalam kepala anda, dan apabila bangun tidur esok hari,sambung apa yang dimainkan dalam kepala sebelum mulakan hari anda. Secara bawah sedar, kerja-kerja tersebut akan diproseskan dalam minda anda. Pada mulanya, ia agak sukar, tetapi, with practice,anda juga dapat melakukannya.
ps: Ramai jutawan menguasai teknik sub-concious ini untuk menyiapkan lebih banyak kerja dalam waktu yang sangat singkat!
========================Sesuatu untuk difikirkan======================== Kini, adakah anda "bekerja" atau menjalankan "karier" anda?
KERJA - bersifat sementara
KARIER - apa yang anda ingin lakukan seumur hidup Ramai yang terperangkap dalam "KERJA" dan bukan "KARIER"...
http://www.irfankhairi.com

Monday, August 25, 2008
Tip Hari Ini (IrfanKhairi)
TIP HARI INI: Perniagaan Internet Yang Mudah============================================ Ramai yang fikir, untuk memulakan perniagaanInternet, kita perlu ciptakan produk sendiri seperti ebook, atau menulis buku, atau membuat kraftangan sendiri, atau menjahit baju sendiri dan sebagainya. Pada asasnya, perniagaan Internet adalah seperti perniagaan bukan Internet. Tidak semestinya anda perlu ciptakan produk sendiri fromscratch. Berikut adalah 2 idea mudah * Pergi ke kedai buku, dan lihat senarai best seller. Dapatkan buku-buku best seller daripada penerbit (maklumat penerbit terdapat di muka pertama buku) pada harga diskaun (biasanya 40% diskaun).Jual di Internet pada harga kedai, iaitu 40% keuntungan. PerniagaanInternet anda fokus pada menjual buku-buku best seller sahaja-sudah semestinya mempunyai permintaan! * Pergi ke pusat pemborong dan beli beberapa ukiran ayatAl-Quran- di Malaysia harga ukiran kayu adalah amat rendah berbanding luar Malaysia. Bina satu laman web bernama QuranCarves.com- laman web yang fokus kepada ukiran-ukiran Al-Quran dan menjual ukiran-ukiran tersebut ke pasaran global yang sediamembeli pada US dollar (harga lebih tinggi). Teringat saya tentang Ray Croc- pemilik McDonalds. Satu masa dulu, beliau melihat burger-burger yang dihasilkan oleh adik beradik McDonalds, membeli burger dan sistem yang dicipta oleh mereka, dan menjual semula kepada pelanggan! Bukan Ray Croc yang mencipta burger tersebut, tetapi beliau melihat peluang, beli dan menjualkannya semula! Seperti perniagaan bukan Internet, tidak semestinya anda menjual produk yang anda ciptakan sendiri. Anda boleh beli daripada A dan jual kepada B. Model perniagaan yang amat mudah, tetapi mereka yang masih baru lagi di Internet tidak nampak. http://www.irfankhairi.com
Subscribe to:
Posts (Atom)