Monday, April 07, 2014

Mesti baca - Minda yang positif PASTI membawa kepada KEJAYAAN!‏

[8 Julai 2010]

Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita.

Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.

Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif.

Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!

Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?

Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).

Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.

Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.

Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.

Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!
 
 
-Dr Irfan Khairi
Kuala Lumpur
 

Saturday, April 05, 2014

Mampukah kita membina generasi yang luar biasa dan mampu menggoncang dunia jika minda dan jiwa kita sekecil kuman?

[7 Julai 2010]

Ini Pengalaman Saya Anak Melayu Bersekolah Cina Selama 12 Tahun! (Bhg.1)‏


Itu adalah jawapan yang diberi oleh  saya di dalam wawancara Majalah Sukses edisi Ke-11 yang saya menjadi wajah cover page apabila ditanya berapa pentingnya pembinaan modal insan dengan model reprogramming minda TFA (Thinking, Feeling dan Action) yang saya ajar di dalam program-program saya!

Pak Karno pernah berkata, berikan dia 10 pemuda yang berani untuk dilatih dan dia pasti boleh menggoncang dunia!

Jiwa anak bangsa Melayu kita lemah! Kita pengecut dan takut untuk bertindak merubah nasib diri kita dan generasi kita yang jauh tertinggal ke belakang terutamanya dari segi kuasa serta kekuatan ekonomi dan perniagaan!

Untuk merubah anak bangsa kita menjadi generasi yang hebat, kita perlu fokus kepada reprogram semula minda serta menyuntik semangat berjiwa besar!

Nilai hidup serta pendapatan seseorang bergantung kepada berapa "sen" harga otaknya! Apakah yang boleh dilakukan oleh mindanya?

Kenapa Jepun dan Korea bangkit menjadi kuasa ekonomi dunia? Seterusnya China?

Kerana mereka fokus kepada pembinaan modal insan terlebih dahulu, pembinaan semangat dan proses pemecahan tradisi cara fikir serta berusaha modelling kejayaan orang lain!

Apa yang uniknya berdasarkan pengalaman saya mendapat pendidikan di sekolah cina selama 12 tahun, saya dapati yang :-

1. Bangsa cina amat menekankan yang anak-anak mereka diberikan pendidikan dan latihan yang menyediakan mereka untuk berniaga dan buat duit melalui perniagaan. Mereka menekankan yang perniagaan adalah satu budaya. Mereka telah mengamalkan apa yang Rasulullah saw katakan bahawa perniagaan adalah 9/10 daripada sumber rezeki! Kita? 1/10?

2. Mereka diberi banyak ujian dan latihan serta kerja rumah yang memang lebih daripada biasa. Tiap-tiap minggu ada ujian. Tiap-tiap hari banyak kerja rumah. Jika tidak siap, saya pernah dirotan 100x di punggung kerana tidak menyiapkan kerja rumah lukisan saya ketika saya di darjah 4. Mak ayah saya bukan sahaja tidak backing saya, malah mereka belikan rotan baru untuk cikgu saya. Best bukan? Saya pula bersekolah di Johor dan saya perlu pergi ke sekolah agama Johor di sebelah petang. Masa saya sangat "pack".

3. Setiap pelajar perlu menghafal peribahasa cina dan prinsip-prinsip hidup serta falsafah kejayaan serta formula-formula kejayaan bangsa cina seawal sekolah rendah. Kita bukan sahaja perlu hafal malah perlu mampu menghuraikan maksudnya di dalam kehidupan. Contohnya ada satu peribahasa yang diambil daripada Confucious yang menyebut "Zhe Ji Zhe Pi, bai zhan bai shen!". Maksudnya, kenali tentang kekuatan dan kelemahan diri serta musuh, maka beratus ujian atau peperangan, pasti kita akan dapat atasi! Dan banyak lagi yang membantu memprogram diri seseorang itu dari muda lagi! Di sekolah cina juga ia banyak menekankan tentang hormat kepada ibu bapa serta orang tua serta banyak kisah yang berkisar tentang perkara tersebut!

4. Sistem sekolah cina dan sekolah menengah cina swasta adalah mengikut sistem "O" level dan "A" level dan sekarang ini, pendidikan Islam juga disediakan untuk pelajar Melayu. Yang menariknya ialah, pelajar bukan cina samada Melayu atau India tidak perlu membayar yuran kerana pihak pengurusan sekolah cina swasta amat mengalu-alukan pelajar bukan cina yang belajar di sekolah mereka!

Apa mesej yang ingin saya katakan? Bukan saya nak semua orang menghantar anak-anak mereka bersekolah cina! Tidak! Tetapi saya ingin menekankan betapa pentingnya membina minda anak-anak kita daripada awal lagi dengan pengisian yang betul, tentang kisah-kisah kejayaan dan prinsip-prinsip kejayaan agar ianya boleh membantu generasi yang hebat serta kemudiaannya menjadi ahli perniagaan yang berjaya serta jujur lalu membantu ekonomi negara menjadi lebih berdikari dan berdaya saing!

Itulah yang cuba saya buat apabila saya mengadakan program Seminar Hidup Luar Biasa atau mana-mana program saya! Saya ingin melihat anak bangsa saya hidup berjaya, kaya dan berkat Insya-Allah dengan membuat "Transfer of Knowledge, Skill, Experience" serta memberikan mentor atau coach kepada mereka yang mahu dilatih!

Friday, April 04, 2014

Masalah tidak dapat FOKUS‏

[5 Julai 2010]

Ramai menghadapi masalah tak fokus. Bererti, pada satu masa, macam-macam nak dibuatkan, sampai satu pun tak jalan. Masalah besar juga.

Ada laporan mengatakan manusia mempunyai 50,000 - 60,000 fikiran / thoughts perday. Oleh kerana terlalu banyak yang difikirkan dalam kepala kita, tu yang terjadinya terlalu banyak perkara kita hendak lakukan, kerana apa yang kita fikir, adalah apa yang kita akan buat. Dan bila terlalu banyak difikiran, maka, kita hilang fokus.

So nak buat macam mana?

Permudahkan hidup kita. Simplify your life. Gunakan kertas dan pen untuk menulis apa yang anda perlu lakukan hari ini. Aksi menulis apa yang kita hendak lakukan bagaikan mengeluarkan buah fikiran kita ke kertas- suatu yang berbentuk nyata, dan boleh dipegang.

Fokuskan kepada apa yang anda tulis sahaja. Pada kertas tersebut, sebolehnya hanya mengandungi 3 kerja besar yang perlu anda lakukan hari ini. 3 kerja sederhana dan 3 kerja kecil untuk hari ini.

Rancangkan dan jadualkan hari anda. Kerana 10 minit merancang hari akan menjimat berjam-jam hari anda oleh kerana anda melakukan perancangan untuk lebih fokus.
Ikhlas,
-Dr Irfan Khairi
Kuala Lumpur

Tip Perniagaan Internet: Strategi menjalankan perniagaan Internet Tanpa Modal - BERI FOKUS!

[1 Julai 2010]
Alasan favorite tak dapat mulakan perniagaan yang paling favorite sering saya dengar adalah "Tak ada modal... macam mana nak mulakan perniagaan?"

Jawapan saya adalah, always mulakan secara kecil-kecilan dulu. Jarang saya galakkan menggunakan pinjaman daripada institusi kewangan. Gunakan duit sendiri atau keluarga yang memahami. Bila kita bermula kecil, makin banyak ilmu yang kita akan pelajari dalam membesarkan perniagaan kita.
Satu pilihan memulakan perniagaan tanpa modal (atau modal minima) adalah dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate di Internet.

Perniagaan affiliate adalah apabila kita menjual produk usahawan Internet lain melalui laman web kita dan mendapat komisyen daripada hasil jualan.

Ramai yang beranggapan, atau fikir, perniagaan berbentuk affiliate adalah perniagaan kecil-kecilan dan hanya wujud secara sampingan.

Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan affiliate, anggap perniagaan tersebut adalah perniagaan utama anda!

Berikut adalah 3 contoh laman web yang berkonsepkan menjalankan perniagaan affiliate (perniagaan Internet tanpa modal):
  • http://www.livingroom.org.au/photolog/ Laman ini menjual berbagai-bagai jenis kamera- tanpa mereka menyimpan stok satu kamera pun! Dengan hanya menyertai program affiliate daripada Amazon.com
  • http://www.gatzet.com/ juga adalah peminat gadget-gadget canggih dan menjalankan perniagaan Internet tanpa modal dengan menyertai program affiliate!
  • http://www.thetoyreview.com/blog/ pula adalah usahawan yang berminat menjual permainan kanak-kanak, tetapi tidak menggunakan sebarang modal- hanya dengan menyertai program affiliate perniagaan internet lain yang menjual permianan di Internet!
 
Satu strategi yang amat penting untuk memaksimakan pulangan kita adalah dengan cara memberi FOKUS kepada satu jenis produk atau perkhidmatan sahaja!
 
Maksudnya, sekiranya anda berminat menjual kamera, pastikan fokus pada kamera sahaja yang anda jual di satu laman web. Sekiranya anda minat pada gadget, pastikan fokus pada gadget sahaja. Sekiranya anda minat pada permainan kanak-kanak, fokus pada permainan kanak-kanak sahaja!
 
Jangan di campur! sebagai contoh, menjual kamera DAN jam tangan sekali. Atau menjual gadget DAN peralatan sukan sekali. Atau menjual permainan kanak-kanak DAN produk kesihatan sekali. Ini adalah teknik yang salah. 
 
Dengan cara memberi fokus kepada satu jenis produk sahaja, ia juga menjadikan pelanggan anda FOKUS untuk MEMBELI dari anda! 

So, lepas ni, no more alasan TIADA MODAL dalam menjalankan perniagaan di Internet ;)Daripada menyertai skim-skim cepat kaya di Internet (yang pastinya perlukan wang modal), baik sertai perniagaan program affliate. Tak perlu bayar pun untuk menyertai. Pilihan yang lebih bijak bukan?

Thursday, April 03, 2014

SUDIKAH ANDA WARISKAN KEMISKINAN ANDA?‏

[24 Jun 2010]

Suka tak JIKA kita ada keturunan yang mewarisi kemiskinan kita?

Suka tak JIKA kita ada keturunan yang berjuang mempertahankan hidup papa atau kebocoran wang seperti kita?

Itu adalah 2 soalan andaian yang ditanya kepada saya 12 tahun dahulu oleh Bob Proctor, salah seorang lagenda pakar motivasi dari luar negara. Soalan yang menjadi pemangkin atau "turning point" kepada hidup saya dan ramai lagi yang lain.

Daripada pemerhatian saya bercakap dengan lebih 70,000 peserta sepanjang 2 tahun ini, saya mendapati yang ramai orang especially orang Melayu (Maaf kerana berterus-terang), mereka lebih rela untuk tidak bertindak dan terus hidup pada "tahap kebiasaan" daripada mencuba untuk bertindak serta belajar daripada orang yang berjaya untuk berjaya untuk mengubah dirinya serta keturunannya menjadi orang yang berjaya!

99% orang yang belum berjaya terus hidup "biasa-biasa" bukanlah kerana mereka tidak boleh merubah hidup mereka menjadi kaya dan berjaya tetapi kerana 3 faktor penting :-

1. Mereka melabur ditempat yang salah. Mereka ingin kaya dan berjaya dengan cara "short-cut". Mereka lebih sanggup untuk melabur skim "biawak", "kucing" dan macam-macam lagi projek MLM yang akhirnya duit habis serta perniagaan gagal. Bukan kerana projek itu semua tidak bagus, tetapi mereka ini expect beri duit dan terus kaya tanpa perlu invest masa, tenaga dan wang untuk belajar dapatkan ilmu, mentor dan pelajari sistem yang berkesan! Contohnya ada kawan saya baru-baru ini teruja untuk buat bisnes MLM, dia berkongsi dengan saya betapa ramainya yang buat bisnes tersebut yang mencapai pendapatan RM60,000-80,000 sebulan. Saya cakap itu tidak pelik, malah patutnya boleh capai lebih dari itu, tetapi adakah kawan saya bersedia untuk memberikan komitmen 100% untuk belajar membina perniagaan tersebut dari mereka yang telah berjaya? Ramai yang tidak FOKUS, tidak beri komitmen yang tinggi, hangat-hangat tahi ayam, panas separuh jalan dan akhirnya tidak berjaya
lalu dikatanya atau dikutuknya bisnes tersebut tidak bagus, ada yang lagi busyuk hatinya siap buat forum di internet menjadi tempat untuk memburukkan bisnes tersebut atau individu lain. Sendiri tidak pandai menari dan salahkan lantai yang goyang! Itu melayu yang pernah saya lihat! Bukan semua macam tu!

2. Mereka rasa "selesa" dengan hidup mereka tetapi pada masa yang sama secara sedar atau tidak, kos sara hidup semakin meningkat, kos pendidikan anak-anak semakin meningkat, keinginan semakin banyak tetapi ramai yang tidak sedar gaji anda peningkatannya sangat lambat. Setakat hidup tetapi tidak maksimakan potensi diri, kekayaan dan kejayaan, anda rugi sebenarnya! Bersyukur dengan apa yang ada tetapi jangan rasa cukup. Keluarga anda layak hidup lebih baik daripada sekarang!

3. Mereka tidak pentingkan ilmu. Mereka sanggup belanja bergolok gadai untuk makan, minum, tukar sports rim, beli baju atau tudung baru tetapi ramai yang tidak sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan ilmu, mentor dan sistem. Tetapi bila orang lain berjaya, orang lain buat sesuatu untuk bantu orang lain untuk berjaya, mereka mulalah cari jalan untuk menjatuhkan orang lain.

Itulah orang Melayu. Bukan semua! Bukan semua! Dan masalah ini bukan pada orang melayu sahaja sebenarnya tetapi saya bercakap ini untuk anak bangsa saya!

Ramai yang saya telah saksikan hidup mereka berubah daripada tiada pendapatan tetap bertukar menjadi lebih RM10,000 sebulan.

Ramai jer graduan saya yang meningkat tahap kualiti kehidupan mereka menjadi lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan terasa keberkatannya.

Semuanya bakal berubah sekiranya anda bersedia untuk membina NILAI diri anda dengan mempelajari formula-formula kekayaan dan kejayaan daripada saya melalui program-program yang khas mengajar bagaimama untuk membina kekayaan & kejayaan hidup seperti program Mini Seminar Hidup Luar Biasa, Program 3-hari Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan, Intensif Rahsia Kuasa Minda Jutawan, Program Marketing & U dan banyak lagi pilihan program lain yang telah membantu perubahan hidup ramai yang lain!

Ingin hidup kaya dan berjaya? Anda perlu ilmu kekayaan dan kejayaan yang diajar oleh guru yang telah berjaya serta telah mengajar ramai yang lain sistem kekayaan dan kejayaan!

Masalahnya ialah, adakah anda jenis yang bertindak dengan pantas untuk dapatkan ilmu, mentor dan sistem? Sudahkah anda mendaftar untuk sertai program asas saya atau adakah anda telah ikuti program 3-hari Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan yang terakhir pada bulan Julai nanti?

Jangan wariskan kemiskinan kita!

Fast Action, Fast Result!

It's now or never! Peluang hari ini perlu diambil hari ini!

Dr.Azizan Osman
Jurulatih & Mentor Kekayaan & Kejayaan #1 Malaysia

Perniagaan Internet Tanpa Modal - Program Affiliate

[24 Jun 2010]
 
July 2008, kami melancarkan program affiliate kami pertama, iaitu Mentor Jutawan. Program affiliate ini mendapat sambutan yang amat hebat dengan lebih 500 affiliate menyertai dalam masa kurang dari 1 minggu! Sehingga waktu penulisan ini, terdapat lebih 3,000 ahli afiliate berdaftar.
 Namun begitu, masih ramai yang belum memahami konsep perniagaan Internet tanpa modal ini- Program Affiliate.
 Program affiliate adalah antara cara menjana pendapatan melalui Internet. Bukan sekadar program affiliate Mentor Jutawan sahaja, tetapi terdapat berbagai-bagai program affiliate tak kira apa jua produk dan perkhidmatan, dari pakaian, alat elektronik, peralatan sukan, fesyen, minyak wangi- APA SAHAJA! - yang berjenama ataupun tidak, ditawarkan di Internet untuk anda menjana pendapatan.
 Dengan kaedah dan strategi yang betul, ia boleh memberi pulangan yang tinggi. Tetapi, dengan kaedah dan strategi yang salah, seperti ramai yang menyertai sesuatu program affiliate, pulangannya adalah RM0!
 Program affiliate mula dikesan sejak pertengahan 1990-an dengan beberapa usahawan-usahawan Internet kecil memulakan program yang mengupah pelanggan-pelanggan mereka mengesyorkan perniagaan mereka, dengan memberi pulangan berbentuk wang.
 Sekiranya pelanggan berpuas hati dengan perniagaan tersebut, mereka boleh mengsyorkan perniagaan itu kepada kenalan mereka di samping dapat menerima komisyen dari perniagaan tersebut. Kini, bukan sahaja bekas pelanggan, tetapi sesiapa sahaja boleh menyertai program affiliate secara percuma - Cara mudah menjana wang!
 Tidak sehingga penghujung 1990, program affiliate menjadi semakin popular apabila terlahirnya Amazon.com yang menjalankan program affiliate secara besar-besaran.
 Sesiapa sahaja boleh menyertai program affiliate Amazon.com (secara percuma) dan mempromosikan buku dan produk keluaran Amazon.com. Amazon.com memberi komisyen antara 10% hingga 15% kepada ahli affiliate yang berjaya membuat jualan buku-buku mereka.
 Boleh dikatakan Amazon.com adalah perniagaan yang mempopularkan program affiliate di Internet. Tetapi kini, terdapat beribu-ribu perniagaan lain juga yang menawarkan program affiliate secara percuma dan membolehkan sesiapa sahaja menjana pendapatan dari rumah tanpa sebarang modal!

Apa itu program affiliate?
 Cara mudahnya adalah, program affiliate adalah program di mana ahli affiliate boleh mengeyorkan sesuatu produk atau perkhidmatan di Internet, dan menerima pulangan (berbentuk komisyen) apabila terdapat belian produk atau perkhidmatan tersebut.

Tuesday, April 01, 2014

Gandakan ILMU untuk Gandakan PENDAPATAN!‏

[14 Jun 2010]
Seringkali saya di tanya. "Irfan, saya ada wang simpanan RM 5,000 yang saya boleh laburkan. Dimana boleh saya laburkannya untuk mendapat pulangan tertinggi?"
Jawapan saya adalah : Laburkan pada ilmu.
Pakar kewangan Azizi Ali sering memulakan ceramahnya dengan soalan "Berapa banyakkah anda sanggup melabur untuk memperolehi pendapatan sebanyak RM1 juta?". Pelbagai jawapan yang diterima. Ada yang menjawab RM1,000.00. Ada yang menjawab RM10,000. Ada juga yang menjawab RM100,000!
Walaupun soalannya berbunyi agak simple, namun, jawapan yang diberi menggambarkan sama ada anda serius dalam mencari ilmu untuk menjana pendapatan yang tinggi.
Melihat orang-orang yang berjaya di seluruh dunia,mereka merupakan orang yang suka mencari ilmu untuk memperbaiki diri sendiri. Orang yang berjaya adalah mereka yang sering dahagakan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu untuk mencari idea-idea baru, teknik dan strategi yang mereka boleh gunakan dalam memperbaiki diri sendiri dan menjana lebih banyak pendapatan.
Fikiran adalah anugerah yang paling tinggi nilanya pada setiap manusia. Manusia juga dikatakan tidak pernah menggunakan keseluruhan potensi kuasa fikiran yang mereka ada.
Berapa banyak anda patut melabur pada ilmu?
Di sini terdapat satu formula mudah untuk melabur untuk ilmu. Formulanya berbunyi laburkan 3% daripada pendapatan bulanan anda kepada ilmu yang dapat memperbaiki nilai diri anda.
Ini bermakna sekiranya pendapatan bulanan anda adalah RM2,000 sebulan, laburkan RM60 setiap bulan untuk ilmu memperbaiki diri anda. Mungkin dengan jumlah ini, anda akan dapat membeli 2 atau 3 buah buku yang berkaitan dengan industri anda. Ataupun, simpan 3% selama 4 bulan untuk mengumpul RM240 untuk anda menghadiri kursus yang boeh memperbaiki nilai diri anda.
Sekiranya anda melabur pada ilmu, sebanyak 3% daripada pendapatan anda setiap bulan, ilmu tersebut akan menambahkan pengetahuan dan kepakaran anda dan ia turut akan menambahkan pendapatan bulanan anda.
Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda. Untuk menjadi lebih baik - ilmu diperlukan!

Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana. Sekiranya anda mempunyai kepakaran yang tinggi atas hasil anda mendalami ilmu bidang anda sendiri, anda juga akan mendapat pulangan yang tinggi dalam bidang anda.
Katakan dengan melaburkan wang anda dalam memperbaiki diri anda pada setiap bulan sehingga anda menerima pendapatan RM4,000 sebulan. Dengan hanya menyimpan 10% setiap bulan daripada pandapatan tersebut ke akaun pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, akaun simpanan anda akan mencecah RM1 juta dalam masa 31 tahun sahaja! Anda akan pencen sebagai seorang jutawan!
Ramai yang akan mengeluh. Menjadi jutawan dalam masa 30 tahun adalah waktu yang lama! Bagaimana Irfan melakukan dalam masa 3 tahun?
Di sinilah pelaburan pada ilmu pengetahuan menjadi lebih penting. Sering saya dengar kisah kejayaan di mana seseorang itu mendapat satu idea atau mempelajari satu teknik dari menuntut ilmu yang telah memberi mereka pulangan sehingga RM5,000, RM10,000, RM20,000 atau lebih setiap bulan!
Secara peribadi, diri saya sendiri juga turut menerima pendapatan yang berganda hasil daripada mendapat idea dan teknik daripada sering mencari ilmu. Dalam mencari ilmu, memang perlu kita melabur.
Cara-cara mencari ilmu :
1. Melalui buku-buku. Jangan lupa,tidak semestinya anda membeli buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.
2. Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!
3. Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini!
Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.
 
Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah,  ilmu perniagaan Internet yang sebenar adalah amat penting. Saya sendiri telah gagal dalam perniagaan Internet pada tahun pertama menjalankan perniagaan (10 tahun lalu) oleh kerana kurangnya ilmu, dan yang penting sekali, mempunyai ilmu perniagaan yang SALAH!
 
Pastikan anda memulakan apa sahaja perniagaan, sama ada perniagaan melalui Internet atau perniagaan konvensional dengan ilmu yang betul supaya anda boleh mencapai matlamat kewangan anda dengan lebih cepat dan berkesan.