Wednesday, May 26, 2010

3 Tip Kejayaan BERJANGKIT

Flock with the Turkeys

Sekiranya peribahasa berbunyi "If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys", maka, pastinya kita perlu cuba jauhkan daripada kumpulan yang sering gagal. Jauhkan diri kita daripada mereka yang sering berfikir negatif kerana ianya juga berjangkit.

Sekiranya di kalanagn teman-teman kita, terdapat mereka yang sering berfikir negatif dan sering menjatuhkan semangat kita- ia adalah satu racun yang amat berbahaya.

Perasaan negatif adalah lebih mudah untuk berjangkit berbanding dengan perasaan positif. Ianya tidak memerlukan usaha yang banyak untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang itu. Tetapi, memerlukan usaha yang amat besar untuk membina keyakinan.

Dengan sering mendampingi mereka yang sering berfikiran negatif, sering menjatuhkan semangat kita, pastinya kegagalan pula akan terjangkit kepada kita!

Sudah jatuh, ditimpa tangga pula

Kejayaan, akan membuahkan lagi kejayaan. Kegagalan juga sering di susuli dengan kegagalan. Mengapa pula ini terjadi?

Sering kali sesuatu kegagalan akan menjatuh kan semangat dan juga keyakinan diri seseorang. Perasaan ragu-ragu dan fikiran negatif mula menular dalam diri sendiri. Rasa tidak yakin akan menghantui dan momentum juga akan terganggu.

Dengan ini, apa sahaja yang dibuat pastinya tidak menjadi. Sudah jatuh ditimpa tangga pula, adalah tanda tanda mendapat jangkitan daripada kegagalan!

Silap memilih role-model!

Dalam memilih role model juga perlu berhati-hati. Sekiranya tersilap pilih, maka, kita juga akan mengikut contoh yang silap. Sebagai contoh, mempunyai role model yang berjaya dalam perniagaan, tetapi, dalam hidup sering berfoya-foya dan hidup terumbang ambing bersama keluarga, hanya akan memberi gambaran negatif kepada kita. Mempunyai role-model yang berjaya dalam hidup, tetapi seorang kaki minum dan kaki perempuan juga memberi tanggapan negatif kepada kita tentang erti sebenar kejayaan.

Seperti yang dikatakan, kita akan menjadi seperti role model kita. Tersalah pilih role model, pastinya kesilapan tersebut akan terjangkit pada kita pula.

Salah seorang role model saya ketika muda dahulu adalah Curt Cobain (penyanyi kumpulan Nirvana). Pasti anda pernah dengar namanya. Saya menyukai nya kerana passion dan usaha yang dimiliki dalam bidang muzik. Namun begitu, apabila mendalami hidupnya yang terumbang-ambing dan sering dalam tekanan mengambil dadah, maka, Curt Cobain menjadi role-model yang tidak baik.

Ramai remaja zaman ini terjerat dalam pelbagai masalah sosial kerana mempunyai role-model yang salah. Ini adalah contoh jangkitan kegagalan yang paling ketara.

Sememangnya kejayaan berjangkit, tetapi hukum alam, apa sahaja di dunia ini adalah berpasangan. Kegagalan juga berjangkit. Pilihannya di tangan kita sendiri sama ada kita ingin memilih jangkitan kejayaan, ataupun kegagalan. Harapan saya, pilih lah yang pertama!

Thursday, November 19, 2009

4 Cara membuang tabiat "buang masa"

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung kepada kita untuk melayarinya". Setiap insan mempunyai jumlah waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam seharinya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai"procrastination" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buangmasa ini:

"Matlamat dikecilkan"

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10 ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

"Tingkatkan kekuatan tenaga"

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dantubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif pada keesokan harinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka dibarat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja! Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

"Suara positif"

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negatif seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita gembira!

Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa keadaan sekali pun- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya memperbesarkan suatu masalah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka sering bercerita tentang masa depan dan bukan mengungkit masa silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

"Prinsip 80-20"

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80% daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

Thursday, November 12, 2009

Jangan pandang rendah pesaing

Tip hari ini: Jangan pandang rendah pesaing

Ramai usahawan melakukan kesilapan memandang rendah pesaing mereka. Mereka mengabaikan pesaing-pesaing utama dengan alasan dalam hati mengatakan "Ahh.. strategi dia pastinya tak menjadi!"



Ini adalah satu kesilapan yang besar kerana memandang rendah pesaing hanya mengaburkan mata kita daripada strategi sebenar yang dilakukan oleh pesaing. Jangan lupa pesaing juga mempunyai strategi tersendiri untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar.

Apa yang terbaik anda boleh lakukan adalah hormati pesaing anda yang berjaya. Jangan pandang rendah pesaing terbaik anda. Pelajari strategi yang dilakukan dan perbaiki perniagaan sendiri berdasarkan kekuatan yang ditunjukkan.

PS: Sekiranya anda menjalankan perniagaan dan belum lagi membawanya ke Internet untuk mendapat pasaran yang lebih besar, anda sebenarnya dalam kerugian pasaran yang lebih besar.

Seorang pemilik kedai kecil telah menghadiri Workshop Jutawan Internet dan kini menjual produk dan perkhidmatannya sehingga ke luar negara! Kisahnya akan dikongsikan di Workshop Jutawan Internet. Jadikan perniagaan anda lebioh hebat dari perniagaan pesaing anda dengan menggunakan Internet!

Thursday, May 21, 2009

LOGO PERNIAGAAN ANDA...

Saya sudah menulis tip perniagaan sejak 2006, tapi entah kenapa,for the past 3 years, jarang saya menulis kepentingan mempunyailogo perniagaan- tu pun tahun 2006! Macam mana lah boleh terlepaspandang...

Mungkin juga, kerana memiliki logo untuk sesebuah perniagaan adalahasas membina jenama perniagaan, disebabkan topik yang terlalu asas,saya pun terlepas pandang. Yang bahayanya, disebabkan ianya asasperniagaan juga, banyak perniagaan, terutamanya perniagaankecil-kecilan mengabaikannya dan tidak mempunyai logo!

Sekiranya anda mempunyai perniagaan kecil-kecilan... adakah andamempunyai logo? Sekiranya tidak maka, jenama anda tidak akanberkembang.

Logo adalah penting kerana ianya adalah antara "first contact"prospek dengan perniagaan anda. Logo seringkali berbentuk "imej"atau "gambaran", membolehkan perniagaan anda mudah diingatipelanggan- berbanding dengan perniagaan yang tidak mempunyai logo.

Bak kata mat salleh, a picture paints a thousand words! Sedikitgambaran akan memberi impak yang besar.

Cuba fikirkan... ada tak perniagaan yang berkembang maju, tanpamempunyai logo? ... tiada bukan?

So, soalan utama...

ADAKAH PERNIAGAAN ANDA MEMPUNYAI LOGO?

Berikut adalah tip-tip dalam menghasilkan logo untuk perniagaan anda:

* Walaupun ramai memahami logo mempunyai "simbol" sering kali, logoberbentuk teks/tulisan lebih mudah diingati orang ramai. Contoh,Coca-Cola, Microsoft, Dell, Ebay, Yahoo, Amazon... perlu sayateruskan? :)

* Pilih warna logo anda berbeza dengan warna yang digunakan olehpesaing anda.

* Gunakan font yang mudah dibaca dari jarak jauh, atau apabila logoanda dikecilkan

* Pastikan warna logo anda digunakan secara konsisten dibahan-bahan promosi perniagaan anda

* Logo yang efektif berteraskan segi empat atau bulat. Logoberteraskan tiga segi tidak efektif :)

Salam hormat!

Tuesday, February 03, 2009

Tak Perfect Lagi ! ?

Ramai antara kita yang menunggu sesuatu itu sempurna sebelummelakukannya atau memulakannya. Mereka ini digelar "perfectionist".Tak kurang juga yang langsung tidak memulakan sesuatu kerana iabelum sempurna. Contoh: Tidak memulakan perniagaan kerana perancangan belum sempurna Nasihat saya, lakukan sahaja, walaupun sesuatu itu belum lagisempurna. Perbaiki kelemahan dan jadikannya sempurna secaraberansur-ansur. Diri saya sendiri bukanlah seorang yang "perfectionist". Tetapi,saya sering ambil peluang yang ada dan fix things along the way!

Thursday, November 20, 2008

MIBO ~ "Malaysian Independent Business Ownership"

Apa itu MIBO?
=============

MIBO bermaksud "Malaysian Independent Business Ownership" atau"Program Keusahawanan Berdikari Malaysia" Dengan menyertai MIBO, anda akan menjadi PEMILIK PERNIAGAAN dananda boleh menjalankan perniagaan tersebut secara kecil-kecilandari rumah anda atau dari sebuah kedai- pilihannya ditangan anda.

Apakah perniagaan MIBO?
=======================

Perniagaan MIBO membolehkan anda menjual semula produk-produk ICTdan kewangan berjenama hebat di Malaysia,buat masa ini termasuk:

-ASTRO
-STREAMYX
-MAXIS
-IZZI 4G
-TM SMART CALL
-J & C PACIFIC VOIP
-MBF CREDIT CARD

Bagaimana MIBO berbeza dengan program keusahawan ICT yang lain?===============================================================

Kekuatan MIBO terletak pada ssstem komisyen dimana ia membayarkomisyen PENUH kepada pemilik perniagaan- iaitu ANDA. Tidak seperti agen-agen produk dan perkhidmatan ICT secara konvensional di mana komisyen dipotong untuk bayaran pengedar dan agen. Melalui MIBO,anda adalah pemilik perniagaan dan bukan pengedar atau agen- olehsebab itu anda menerima komisyen penuh. Contoh: secara konvensional, agen Streamyx menerima 150% komisyen.Tetapi, pemilik perniagaan MIBO menerima 240% komisyen. (100%komisyen diberi terus kepada anda tanpa dibahagikan kepada orangtengah lain).

Apakah manfaat kepada saya?
===========================

-Produk dan perkhidmatan di bawah MIBO adalah berjenama hebat diMalaysia dan sedia mempunyai permintaan yang tinggi. Menjualsesuatu yang sedia dikenali adalah jauh lebih mudah berbandingdengan menjual sesuatu yang tidak popular. -Tidak seperti program keusahawanan ICT lain, sistem komisyen penuhakan memberi komisyen yang tertinggi kepada pemilik perniagaanMIBO. Ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan perniagaan anda. -Dengan MIBO, perniagaan anda mempunyai bukan satu sahaja, tetapiberbagai-bagai produk dan perkhidmatan jenama utama Malaysia. Inimemberi anda aliran pendapatan berganda. (Multiple streams ofincome) -Antara produk dan perkhidmatan MIBO memberi pulangan berulang.Pulangan berulang memberi anda keuntungan setiap bulan dengan hanyamelakukan kerja satu kali sahaja. (Residual income) -Untuk mendapat hak reseller secara individu kesemua produk danperkhidmatan di atas, modal yang diperlukan adalah beratus riburinggit. Melalui MIBO, anda boleh memulakan perniagaan ICT dengan modal yang amat rendah.




http://www.irfankhairi.com

Tuesday, September 16, 2008

TIPS CHOICE: ALREADY WORK HARD... NOT SUCCEED ALSO !

Often I heard the sigh this:

"I dah toil per annum two... but unto the day ni not succeed also!"

To answer this situation if you pertain in these circumstances, I want like work as "stone breaker".

Times once, if want break stone, must doing manually.Nowadays use machine... but, we see particle suffixed to the emphatic word in sentence olden times ye.

So, olden times, to split stone, must doing manually. With sledges, employee must continuous knock stated stone.Knock 10 river... like tu also stone appearance tu. Knock 50 river, like tujuga stone appearance tu. Unbroken broken...knock 100 river even, unbroken also...

But, knock river do not know how many, on stated stone shattered!

Although, all stated knock is on the strength that same,his purpose, not the last knock powerful than other all equivalent strength only. Sooner or later, stated stone would split up apart with a tap only- do not know how many.But, there will impossible broken without prior lashes!

Your success should also am being likened such. All effort andaakan taken into account- although do not see is seen his success or his return outwardly, but, it must continue by consistent until you meet "blow" last stated! Stated final cut will show revenue from all your efforts previously.



http://www.irfankhairi.com