Tip hari ini: Jangan pandang rendah pesaing
Ramai usahawan melakukan kesilapan memandang rendah pesaing mereka. Mereka mengabaikan pesaing-pesaing utama dengan alasan dalam hati mengatakan "Ahh.. strategi dia pastinya tak menjadi!"
Ini adalah satu kesilapan yang besar kerana memandang rendah pesaing hanya mengaburkan mata kita daripada strategi sebenar yang dilakukan oleh pesaing. Jangan lupa pesaing juga mempunyai strategi tersendiri untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar.
Apa yang terbaik anda boleh lakukan adalah hormati pesaing anda yang berjaya. Jangan pandang rendah pesaing terbaik anda. Pelajari strategi yang dilakukan dan perbaiki perniagaan sendiri berdasarkan kekuatan yang ditunjukkan.
PS: Sekiranya anda menjalankan perniagaan dan belum lagi membawanya ke Internet untuk mendapat pasaran yang lebih besar, anda sebenarnya dalam kerugian pasaran yang lebih besar.
Seorang pemilik kedai kecil telah menghadiri Workshop Jutawan Internet dan kini menjual produk dan perkhidmatannya sehingga ke luar negara! Kisahnya akan dikongsikan di Workshop Jutawan Internet. Jadikan perniagaan anda lebioh hebat dari perniagaan pesaing anda dengan menggunakan Internet!
No comments:
Post a Comment