Oleh : Irfan Khairi [30 Oktober 2015]
Cara SME (Perniagaan Kecil-kecilan dan sederhana) dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka ke tahap global. Suka saya sampaikan 3 poin yang amat penting yang dikongsikan ketika persidangan semalam:
1. Perniagaan kecil-kecilan dan sederhana perlu menggunakan media sosial seperti Facebook sebaik mungkin untuk mendapat pasaran yang lebih besar. Zaman ini, berapa ramai "followers" anda di Facebook tidak penting. Apa yang penting adalah berapa ramai antara followers anda yang berinteraksi atau 'engage' dengan perniagaan anda.
2. Wakil daripada Google menyampaikan kepentingan membina jenama menggunakan YouTube. Google melaburkan jumlah wang yang amat besar dalam menjadikan YouTube lebih efisyen untuk perniagaan kecil-kecilan. Perniagaan yang tidak menggunakan YouTube akan ketinggalan.
3. Sememangnya SME mengalami cabaran seperti kekurangan modal, bantuan, dan masa dalam mengembangkan perniagaan. Namun strategi Internet terkini membolehkan usahawan mengautomasikan 80% daripada kerja perniagaan harian yang akan menjimatkan kos serta masa!
Amat penting untuk perniagaan kecil-kecilan dan sederhana besar menggunakan Internet dan media sosial dalam bersaing ketika ini. Bukan sahaja untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan, tetapi juga supaya tidak tertewas oleh pesaing yang begitu ramai dalam dunia perniagaan hari ini.
No comments:
Post a Comment