Wednesday, December 30, 2015

Pernah Lingkup RM50,000 Dalam Masa Sebulan?‏

Oleh : Dr Azizan Osman.[24 Ogos 2015]
Ramai yang tahu, berniaga adalah salah satu cara untuk meningkatkan tahap ekonomi. Namun, ramai juga yang yakin mereka boleh berniaga tanpa ilmu. Akibatnya, empayar perniagaan yang diidamkan runtuh di pertengahan jalan. Begitulah kisah Amiru Mat Rawi dari Besut, Terengganu.
Beliau merupakan Pengarah Urusan untuk Syarikat Richman Vision Sdn Bhd iaitu pengeluar kepada penawar bagi penyakit kencing manis dan gout di bawah jenama CYPREME. Kepakaran beliau adalah membantu mereka yang langsung tiada ilmu perniagaan, tetapi mempunyai bakat terpendam dalam diri untuk menjadi usahawan beriman yang berdaya saing melalui platform pemasaran online. Ikuti temuramah perjalanan hidup Amiru dalam membina perniagaannya.
Soalan: Boleh ceritakan bagaimana saudara mengembangkan perniagaan dan apakah pencapaian peribadi saudara sehingga hari ini?
Alhamdulillah, saya telah capai apa yang saya mahu dalam hidup. Perniagaan yang dibangunkan sejak tiga tahun lalu sudah berjalan dengan sendiri tanpa perlu saya menguruskannya 24 jam.
Kini saya juga dapat bercuti ke mana-mana yang saya mahu, saya dapat menambah nilai kepada hidup orang lain. Saya mempunyai pasukan yang sangat positif dan mempunyai disiplin yang tinggi setaraf dengan syarikat-syarikat besar di Malaysia. Hasil jualan syarikat saya pada bulan Julai mencecah RM660,000 dan majoriti hanya melalui online. Sasaran jualan kami adalah menghasilkan jualan mencecah RM1 juta sebulan sebelum akhir tahun ini, InsyaAllah.
Apapun, perkara yang paling saya sangat bersyukur adalah kerana saya dapat membanggakan ibu dan ayah walaupun saya berkelulusan bidang syariah. Saya mampu berjaya menjadi seorang usahawan dan satu sebab terbesar mengapa saya perlu berjaya adalah untuk menggembirakan mereka.
Soalan: Boleh saudara kongsikan pengalaman memulakan perniagaan?
Saya berasal dari keluarga yang biasa. Ibu seorang guru dan ayah pula seorang pesara. Semasa musim raya, saya masih ingat lagi, ayah pernah berniaga kuih raya untuk mencari duit lebih, tapi selalunya rugi. Apabila saya lebih dewasa, saya pun menceburi perniagaan pertama saya dengan menyertai satu skim cepat kaya. Malangnya, duit tersebut tidak tahu ke mana. Saya juga pernah melabur dalam pelaburan emas tapi rugi berpuluh ribu ringgit. Semuanya hangus begitu sahaja.
Akhirnya, saya dapat memulakan satu perniagaan yang mengaut keuntungan. Tapi sebelum ini, banyak masalah dalam perniagaan kami. Kakitangan tidak berdisiplin dan tiada hala tuju dalam hidup. Banyak yang kami rancang berakhir dengan tidak berjaya. Ketika itu hasil jualan tidak sampai RM50,000 sebulan.
Soalan: Apakah tindakan saudara seterusnya dalam menangani masalah dan cabaran perniagaan?
Saya mula hadir ke program Dr Azizan Osman. Saya sebenarnya dah lama kenal Dr Azizan, cuma belum ada rasa mahu pergi sebab terlalu banyak mendengar cerita negatif tentang beliau. Kalau pergi program dia, mesti kena menari, itu yang banyak saya dengar. Sehinggalah seorang sahabat saya memberitahu bahawa hidupnya telah berubah 360? selepas menghadiri Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) hasil daripada ilmu yang dipelajarinya.
Tanpa berfikir panjang, saya terus membeli 20 tiket dan membawa seluruh pasukan saya ke sana. Umpama baju yang kotor dimasukkan ke dalam mesin basuh dengan sabun yang berkualiti tinggi. Maka begitulah yang terjadi kepada kami. Selepas seminar itu, pasukan saya berubah 500% daripada seorang yang berfikiran negatif kepada positif.
Semangat bekerja meningkat berkali-kali ganda. Mereka mula nampak apa yang mereka mahu capai dalam hidup. Saya sendiri, kalau dahulunya saya takut bercakap di hadapan orang ramai dan tiada disiplin, kini saya sudah berubah dan mampu membesarkan pasukan saya dan membantu mereka berjaya.
Soalan: Apa hasilnya selepas kembali daripada Program Dr Azizan Osman?
Alhamdulillah, hasil jualan meningkat dari RM50,000 ke RM100,000 dengan pantas. Enam bulan selepas menghadiri program, hasil jualan kami naik 13 kali ganda mencecah RM660,000.
Soalan: Apa saranan saudara kepada pembaca?
Nasihat saya, bagi sesiapa yang mahu ubah hidup dari hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa, jangan berfikir panjang dan hadirlah seminar yang dianjurkan oleh Dr Azizan. Tak perlu pergi sampai ke luar negara, yang ada di hadapan mata pun sudah terlampau cukup untuk bantu anda capai segala impian dan matlamat anda. Makin cepat anda bertindak, makin cepat anda rasai hasilnya.

Monday, December 28, 2015

“Mengapa orang kaya tetap kaya atau bertambah kekayaannya?”

Oleh : Dr.Azizan Osman.[9 September 2015]

Rahsianya adalah dalam cara mereka menggunakan wang yang mereka ada untuk meningkatkan lagi kekayaan mereka melalui pelaburan. 

Orang kaya bila dapat duit, mereka akan fikirkan apa yang mereka boleh buat dengan duit itu supaya ia semakin hari meningkat atau dapat digandakan dengan pulangan yang baik di masa hadapan. Tapi kebanyakan orang, bila dapat duit sahaja mereka fikirkan bagaimana nak belanja duit itu, contohnya nak makan kat restoran yang mahal, nak shopping beli baju baru, handphone baru dan pelbagai lagi perbelanjaan yang bukannya berunsur pelaburan. 

Ini perbezaan ketara orang biasa dengan orang kaya. Orang kaya sering melabur wang mereka dalam hartanah, aset, perniagaan, saham dan pelbagai lagi jenis pelaburan yang boleh memberi pulangan yang baik. 

“Pelaburan hanya untuk orang kaya?” 

Ramai juga yang berpendapat pelaburan hanya untuk golongan kaya. Ini kerana orang kaya mempunyai satu sistem rangkaian sosial dan akses kepada banyak jenis peluang pelaburan yang tidak diketahui ramai kerana mereka bijak bertindak dan bergaul dengan rangkaian sosial yang betul serta mereka sentiasa ingin mempelajari sesuatu walaupun perkara itu baru. 

Adakah anda juga memiliki sikap ingin tahu dan ingin pelajari bagaimana untuk meningkatkan dan menggandakan tahap kewangan anda dengan ilmu pelaburan? 

Pelaburan bermaksud menjadikan wang anda bekerja keras untuk anda dengan mendapatkan wang anda untuk menjana lebih banyak wang. Kata orang putih, “Money Makes Money”. Contohnya melabur dalam pelaburan saham telah dibuktikan secara konsisten sebagai salah satu bentuk pelaburan yang paling menguntungkan berbanding pelaburan yang lain. 

Antara faedah pelaburan saham adalah:
1.    Anda memiliki kebebasan untuk bekerja  dan melabur dari rumah mengikut kelapangan anda sendiri 
2.    Anda boleh memantau pelaburan saham anda dari mana sahaja anda berada secara online 
3.    Anda mampu membeli atau menjual pelaburan saham anda pada bila-bila masa 
4.    Anda mampu memaksimumkan pulangan dan menguruskan risiko anda jika anda tahu ilmu pelaburan saham yang betul 

Tapi anda juga perlu berhati-hati dan awasi pelaburan saham anda dari pasaran yang tidak menentu dan anda kena belajar berdisiplin untuk keluar masuk pasaran pada masa-masa tertentu. Semua ini hanya akan memberi pulangan yang baik kepada anda sekiranya anda memperolehi ilmu dan pengetahuan dalam pelaburan saham. 

Ramai juga mengatakan “Saya berminat untuk melabur saham jika saya mempunyai lebih banyak wang, tetapi siapa nak ajar saya cara melabur dengan betul?” 

Ramai yang gerun dan takut untuk melabur dalam pelaburan saham. Pelabur kecil-kecilan yang baru berjinak-jinak dalam pelaburan saham juga tidak arif dalam soal memilih saham yang betul dan masa tepat membeli atau menjual saham. 

Atas sebab itulah, Richworks kini ingin menawarkan program Siri Klinik Pelaburan Saham – Seminar Melabur atau Melebur dengan lebih giat untuk mendekati orang ramai bagi meningkatkan pengetahuan mereka mengenai pelaburan saham. 

Walaupun wujud ketidaktentuan dalam kedudukan pasaran semasa, tetapi masih ada banyak peluang untuk anda melabur dan jika anda menggunakan strategi pelaburan yang betul, anda masih boleh mendapatkan pulangan yang baik. 

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa pelaburan saham ini adalah salah satu bentuk pelaburan yang baik untuk meningkatkan tahap kewangan anda walaupun setiap pelaburan saham ada risikonya dan adakalanya mungkin mengalami kerugian. Kita mungkin tidak dapat memastikan nasib pelaburan saham kita akan memberi pulangan atau kerugian kerana pelbagai faktor keadaan, tetapi yang penting dengan ilmu pelaburan saham kita akan dapat mengawal dan mengurangkan risiko pelaburan kita. 

Di atas sebab inilah, kami di Richworks International Sdn Bhd bakal menganjurkan seminar pelaburan yang akan dikendalikan oleh Mentor Pelaburan Saham No.1 Malaysia, Tn Hj Mohd Asri Ahmad, rakan seperjuangan saya yang ingin membantu lebih ramai lagi usahawan terutamanya bangsa kami untuk lebih cenderung dalam pelaburan saham untuk meningkatkan lagi tahap kewangan dan kekayaan mereka. 

Hj Asri merupakan salah seorang protégé saya dan graduan kumpulan pertama University of Life Dr Azizan Osman. Beliau sebenarnya seorang kontraktor Kelas A dan beberapa tahun yang lalu, beliau hadir ke program saya dan saya mengajak Hj Asri untuk berkongsi ilmu tentang strategi yang betul dalam pelaburan saham dan bagaimana kita boleh meningkatkan kewangan dan kekayaan kita melalui pelaburan ini. 

Hj Asri seorang yang bertauliah dalam bidang ini, berpengalaman dan sudah bergiat aktif melabur dalam saham selama 18 tahun. Beliau juga merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal selama 15 tahun dan beliau pasti telah melalui selok belok pasaran terutamanya di Bursa Malaysia. Hj Asri juga merupakan Best-Selling Author untuk 4 buah buku pelaburan saham keluaran Azizan Osman Publications. 

Sehingga ke hari ini, beribu-ribu peserta telah hadir menuntut ilmu dengan Hj Asri untuk pelajari ilmu pelaburan saham yang betul dan bagaimana mengaplikasi ilmu itu kerana terdapat banyak sangat skim cepat kaya yang merugikan di luar sana. Kerana sebab ini dan kerana kami ingin membantu anda mendapatkan ilmu pelaburan saham yang betul, Richworks telah menjemput Hj Asri untuk berkongsi ilmu tentang strategi pelaburan saham yang betul dan bagaimana anda boleh memahami potensi pelaburan saham sebelum anda terjebak dalam bidang ini. Dan sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk anda mempelajari ilmu bagaimana menggandakan kewangan anda dengan strategi yang betul dalam pasaran saham. 

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini, anda boleh klik di link iniwww.klinikpelaburan.com/ebook. Di link ini juga anda akan mendapat e-book percuma“32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham.” 
  
Saya sarankan anda merebut peluang ini untuk belajar daripada mentor pelaburan saham, Tn Hj Mohd Asri. Beliau akan mengajar anda bagaimana untuk tingkatkan peluang pelaburan anda walaupun dalam ketidaktentuan pasaran kerana masih ada banyak lagi peluang dan ruang untuk menjana pulangan yang baik di dalam pelaburan saham dengan menggunakan teknik dan strategi yang betul. 

Tuntut ilmu melabur saham sekarang! Jangan tunggu lagi. 


Salam Kejayaan. 

Dr Hj Azizan Osman 
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia 

Tuesday, December 22, 2015

Cara SME berkembang tahap global.

Oleh : Irfan Khairi [30 Oktober 2015]

Cara SME (Perniagaan Kecil-kecilan dan sederhana) dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka ke tahap global. Suka saya sampaikan 3 poin yang amat penting yang dikongsikan ketika persidangan semalam:

1. Perniagaan kecil-kecilan dan sederhana perlu menggunakan media sosial seperti Facebook sebaik mungkin untuk mendapat pasaran yang lebih besar. Zaman ini, berapa ramai "followers" anda di Facebook tidak penting. Apa yang penting adalah berapa ramai antara followers anda yang berinteraksi atau 'engage' dengan perniagaan anda. 

2. Wakil daripada Google menyampaikan kepentingan membina jenama menggunakan YouTube. Google melaburkan jumlah wang yang amat besar dalam menjadikan YouTube lebih efisyen untuk perniagaan kecil-kecilan. Perniagaan yang tidak menggunakan YouTube akan ketinggalan.

3. Sememangnya SME mengalami cabaran seperti kekurangan modal, bantuan, dan masa dalam mengembangkan perniagaan. Namun strategi Internet terkini membolehkan usahawan mengautomasikan 80% daripada kerja perniagaan harian yang akan menjimatkan kos serta masa!
Image
Amat penting untuk perniagaan kecil-kecilan dan sederhana besar menggunakan Internet dan media sosial dalam bersaing ketika ini. Bukan sahaja untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan, tetapi juga supaya tidak tertewas oleh pesaing yang begitu ramai dalam dunia perniagaan hari ini.

Monday, December 21, 2015

Mengapa ANDA perlu memulakan perniagaan?‏

Oleh : Irfan Khairi [13 November 2015]

Alhamdulillah, masuk tahun ini, genap 15 tahun saya menjalankan perniagaan melalui Internet. Dari dulu hingga kini sering saya memberi motivasi kepada masyarakat untuk memulakan perniagaan lebih-lebih lagi untuk menampung kos hidup yang semakin tinggi kini.

Di bawah, adalah artikel yang saya kingsikan di blog saya beberapa hari lepas bertajuk"Mengapa perlu memulakan perniagaan" dan suka untuk saya kongsikan dengan anda di sini.

Berikut adalah sebab-sebabnya…

1. Mulakan perniagaan sebab…

Jadi boss! Anda sendiri dapat mengawal perjalanan perniagaan anda. Anda in control. Bagi mereka yang ingin mengawal dan membuat keputusan sendiri setiap hari, memulakan perniagaan adalah caranya. Bukan sahaja keputusan untuk diri sendiri tetapi juga membina budaya kerja sepertimana yang diinginkan.

2. Mulakan perniagaan sendiri…

Dapat megimbangkan masa kerja dan gaya hidup. Dengan melakukan delegasi dan automasi pada perniagaan (seperti perniagaan Internet), anda dapat membebaskan lebih banyak masa anda untuk melakukan perkara-perkara yang anda suka (selain daripada perniagaan!). Tidak lagi terikat dengan jam 9 malam hingga 5 petang waktu pejabat.

3. Mulakan perniagaan sendiri…

Sebagai satu cabaran oleh kerana pastinya ia mempunyai risiko. Sekiranya tidak banyak pun, ada juga sedikit risiko. Namun, dengan cara dan kaedah yang betul, pulangan perniagaan adalah berkali-kali gandanya. Berbaloi dengan cabaran dan risiko yang dilalui. Pastinya 9 daripada 10 rezeki datangnya dari perniagaan!

4. Mulakan perniagaan sendiri…

Dapat melakukan apa yang anda minat dan suka. Bayangkan sekiranya perniagaan yang anda jalankan adalah berkaitan dengan minat anda. Pagi petang siang malam, dapat melalukan kerja yang diminati. Hari akan rasa pantas dan kerja akan rasa mudah.

5. Mulakan perniagaan sendiri…

Dapat memberi momentum yang luar biasa. Apabila sendiri yang bertanggungjawab atas kejayaan perniagaan sendiri, ia memberi momentum dan semangat pada diri sendiri. Tidak lagi perlu mengikut arahan, tetapi terus mencuba dan melakukan sesuatu yang baru untuk perniagaan. Lebih pantas bermula, maka lebih pantas mencapai sesuatu!

6. Dan kalau itu tak cukup, mulakan perniagaan sendiri…

Untuk mendapat untung yang berganda. Sekiranya kita hebat bekerja makan gaji, diberi masa akan naik juga gaji. Sekiranya kita hebat melabur, diberi masa kita boleh mendapat pulangan pelaburan 20-30% setahun. Sekiranya kita hebat berniaga diberi masa kita boleh mendapat pulangan 200-300% dan lebih setahun! Perniagaan dapat memberi pendapatan tertinggi kepada usahawan.

Tuesday, December 01, 2015

3 tip bijak wang!‏

Oleh : Irfan Khairi [30 November 2015].

Pastinya dengan keadaan ekonomi kini, ramai yang terkesan. Akibat kos hidup semakin tinggi, maka simpanan bulanan menjadi semakin kurang. Pada setiap Jumaat, saya menulis untuk akhbar Harian Metro kolum mingguan saya "Wang Anda" dan memberi tip-tip kewangan kepada pembaca. Pada hari Jumaat ini saya akan kongsikan 10 Tip Bijak wang dalam keadaan ekonomi kini. Di bawah, suka saya kongsikan 3 daripadanya...

1. Aliran pendapatan baru
Sekiranya pendapatan bulanan sering tidak mencukupi, tiba masanya untuk memikirkan cara mendapat aliran pendapatan yang baru. Antara cara yang sering menjadi pilihan adalah memulakan perniagaan secara separuh masa. 

Terdapat pelbagai peluang perniagaan yang boleh dimulakan kini dan medium Internet juga merupakan medium yang ideal untuk memulakan perniagaan sambilan untuk meningkatkan pendapatan bulanan.

2. Pendapatan residual
Pendapatan residual bermaksud pendapatan yang berterusan diterima tanpa melakukan kerja berterusan. Antara pendapatan residual yang popular adalah menyewa rumah, melabur, mendapat royalti dari penulisan buku, menghasilkan aplikasi telefon pintar dan banyak lagi. 

Sememangnya tidak mudah untuk mendapat pendapatan secara residual, tetapi, ia merupakan antara rahsia menjana pendapatan yang hebat. Sesuatu yang amat berbaloi untuk difikirkan.

3.  Baca dan cari ilmu
Tidak kira apa sahaja bidang yang kita ingin perbaiki diri kita, jawapannya pasti adalah ilmu. Untuk memperbaiki kewangan, semestinya kita perlu mendalami ilmu kewangan. Dapatkan buku-buku kewangan atau baca secara online apa sahaja maklumat dan ilmu kewangan yang ada. Luangkan juga masa menonton video-video di YouTube perihal kewangan.

Lebih banyak ilmu kewangan yang diterima, maka lebih kita dapat fahami selok belok kewangan dan tahu apa yang perlu dilakukan serta apa yang perlu dielakkan dalam memperbaiki keadaan kewangan diri.

Nak share sikit boleh? Just untuk ingatan....

Oleh : Azizan Osman [Facebook : 1 Disember 2015]

Nak share sikit boleh? Just untuk ingatan....
Kita tidak perlu "tolak" semua orang ke neraka untuk kita masuk ke dalam syurga. - Yasmin Ahmad
Hidup ini bukan tentang berapa ramai orang yang kita boleh sumbatkan ke dalam neraka then syurga milik kita.
Dan hidup juga kita tidak perlu membina istana di atas perkuburan orang lain. Maksudnya kita tidak perlu jatuhkan orang lain untuk kita naik ke atas!
Bagi saya hakikat hidup yang berjaya adalah, berapa ramai orang kita boleh serve atau beri manfaat dan berapa ramai orang kita boleh contribute kepada mereka. Samada melalui bisnes kita, produk, perkhidmatan, kerja atau tugasan kita.
Dan ada banyak masa, kita perlu belajar untuk ikhlaskan diri. Kosongkan diri dari prasangka atau sangkaan buruk. Buat lebih dari sepatutnya atau buat tanpa perlukan apa-apa expectation kembali pada sesetengah keadaan.
Jika kita mahu bahagia, cubalah belajar bahagiakan orang lain. Jika kita mahu berjaya, belajarlah menjayakan orang lain. Kerana kita akan dapat apa yang kita berikan nanti!
Kita tuai apa yang kita tanam bukan?
Faham? Tak faham pun tak pe. Sebab proses kefahaman setiap manusia ini lain-lain.... Doalah agar Allah swt beri kefahaman In sha Allah.