Tuesday, June 26, 2012
Artikel Pilihan: 3 LAGI Kunci Komunikasi Perniagaan Efektif (sambungan)
Oleh: Irfan Khairi. [12 Januari 2010]
Sambungkan artikel saya dengan menambahkan 3 lagi Kunci Komunikasi Perniagaan seterusnya....
Rahsia #4: Pendekkan
Pernahkah anda menghadiri sesi ceramah dan speaker tersebut terus menerus menceritakan segala-galanya dari A-Z tanpa henti sehingga berjam? Dan sering kali kita mengelamun dan tidak dapat mengikuti ceramah yang panjang lebar tersebut.
Tentu pernah kan, oleh kerana saya sendiri pun pernah menghadirinya!
Dalam berkomunikasi, ringkaskan apa yang hendak dikatakan. Padatkannya. Jangan berikan sehingga 10 perkara apabila berkomunikasi. Berikan 3 sahaja mencukupi. Asalkan apa yang disampaikan dapat diterima pendengar. Apa gunanya bercakap sehingga 1 jam sekiranya apa yang kita boleh sampaikan dapat difahami dalam masa 20 minit?
Mat Salleh menggunakan istilah KISS - Keep It Short and Simple. Anda juga perlu pendekkan dan permudahkan supaya lebih mudah audiense anda menyerap setiap perkara yang anda ingin sampaikan.
Rahsia #5: Mesti ada gaya!
Yang ini agak sukar untuk dijelaskan, tapi ianya adalah penting. Pastikan anda mempunyai gaya! Ya, gaya tu penting. Ambil sedikit masa melihat pakar-pakar perniagaan dalam berkomunikasi. Lihat gaya tersendiri yang mereka tonjolkan. Komunikasi bukan sahaja pada percakapan, tetapi gaya kita sendiri dari segi cara pembawaan, dan juga pemakaian.
Dari segi cara pembawaan, kita boleh lihat Dato Dr Fadzilah Kamsah, apabila memberi nasihat, dan ingin mengatakan "Jangan" melakukan sesuatu, beliau mengulangnya 3 kali "Jangan... jangan dan JANGAN!" Pastinya itu adalah satu gaya pembawaan gaya yang dapat menarik perhatian pendengar kita. Tak lupa juga Dato yang sentiasa manis dan berpakaian segak membantu menarik perhatian orang ramai.
Bina gaya tersendiri, atau pinjam gaya daripada pakar-pakar perniagaan yang lain yang anda rasa selesa. Dengan gaya yang betul, pastinya anda dapat menawan audiens anda.
Rahsia #6: Perbaharui diri
Perbaharui diri anda. Ubahkan diri anda dari masa ke semasa mengikut zaman. Audiens sering berubah dan pelbagai peringkat umur. Untuk menawani mereka, kita perlu meletakkan diri kita bersama mereka. Lihat sahaja Madonna yang berumur 50 tahun, tetapi masih diminati oleh pelbagai umur. Oleh kerana beliau sering merubahkan dirinya dan tidak hanya terperangkap pada zaman dahulu.
Dato Dr Fadzilah kamsah juga apa kurangnya apabila berbicara, sering menggunakan contoh-contoh modern dan terkini dalam ceramahnya. Ketika menyebut tentang rumah tangga bahawa kita perlu mencipta satu "maha karya" dalam rumah tangga kita, beliau menyebut tentang lagu Faizal Tahir Maha Karya Cinta- tentunya untuk menarik lebih ramai pendengar dan menyentuh hati audiens yang lebih muda.
Dalam berkomunikasi, perbaharui diri kita dengan elemen-elemen terkini supaya dapat menarik lebih ramai audiense pelbagai umur.
Menjadi hebat berkomunikasi bukan satu skil yang pakar-pakar komunikasi dilahirkan sebegitu, tetapi, sesuatu yang boleh diplejari. 6 rahsia pakar komunikasi di atas akan membantu anda mengorakkan langkah pertama anda dalam dunia komunikasi perniagaan! Selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment