Tuesday, June 26, 2012

ARTIKEL: Tip Dari 4 Mentor Jutawan


Oleh: Irfan Khairi. [18 Januari 2010]


Sejak tahun lepas, saya telah diberi peluang untuk mengemudikan rancangan bicarawara radio saya sendiri; "Jutawan! bersama Irfan Khairi" di Radio 24, Bernama.

Di dalam artikel ini, adalah kumpulan 4 nasihat terpilih yang memaparkan ikon-ikon jutawan berkongsikan kisah, strategi dan tips bagaimana anda juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang.

Mentor Jutawan #1: Dato' Dr. Fadzilah Kamsah (Motivator)
Mengenai rahsia kejayaan perniagaan!

Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita jadi yang pioneer.

Satu lagi kita mesti ada satu bidang yang luar biasa dan orang lain perlukan. Ertinya kalau kita nak berniaga, kita perlu berniaga yang orang lain tak boleh nak beri. Jadi orang mendapatkan khidmat daripada kita.

Mentor Jutawan #2: Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)
Cara yang lebih bijak menjadi jutawan

Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah dengan adanya 'multiple streams of income'. Ini bermakna wang kita yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran pendapatan.

Sebagi contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen daripada beberapa pelaburan saya yang lain.

Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini iaitu 'Multiple sources of Income'. Dan untuk mendapatkan multiple inilah di mana kita perlu buat 'after burner income' di mana kerja itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.

Mentor Jutawan #3: Dato Dr Azman Ching
Mengenai matlamat

Hari ini kita hidup dalam dunia ni beberapa puluh tahun sahaja dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini, tetapi manusia meninggal dengan meninggalkan nama. Tapi nama kita boleh ditinggalkan atau diingati oleh keluarga kita. Tetapi yang paling penting adalah apakah matlamat yang kita capai.

Tak kisahlah matlamat kita apa pun samada nak mejadi seorang peguam ataupun doktor, tapi yang paling penting adalah matlamat kita tercapai. Kita boleh tengok yang baru-baru ini, matlamat seorang angkasawan yang telah tercapai untuk sampai ke angkasa. Kita nampak apabila matlamat kita tercapai, itu akan menjadikan kita sebagai manusia menjadi lebih positif dan akan meneruskan perjuangannya dalam kehidupannya.

Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya.

Mentor Jutawan #4: Chef Li (Jutawan Senyap)
Mengenai perlunya idola/mentor

Kita memerlukan idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata 'dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah', tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya 'aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran'. Dia akan tanya 'Berapa jualan engkau sekarang?'. 'Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus'. 'Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja'.

'Ubat' Untuk Memantapkan Lagi Diri Di Dalam Perniagaan.‏


Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya,
perlulah mempunyai ‘peluru’ yang tersendiri sebelum terjun ke
dalam dunia yang mempunyai cabaran dan kemanisan yang silih
berganti ini.

Biasanya, pasti akan kata ‘peluru’ ini ialah
produk atau bahan jualan yang digunapakai semasa
'peperangan' berlangsung, tetapi sedarkah ,
bahawa ‘peluru’ rahsia yang paling utama bukanlah produk
serta bahan jualan ini ?

Terdapat ‘peluru’ yang paling penting, dan ia amat penting
digunakan sebelum peperangan bermula..
Peluru yang saya maksudkan adalah :.



Peluru 1* : TETAPKAN MATLAMAT

Sebelum menceburkan diri dalam bidang keusahawanan,
perlu tetapkan matlamat atau menanam cita-cita.
Ini kerana,tanpa matlamat seperti nakhoda yang belayar ke
lautan luas tanpa ada arah tujuan!!.

Tetapi pastikan matlamat atau cita-cita yang
ditetapkan hendaklah rasional dan mampu dicapai.
Sebagai contoh:
Mendapatkan RM1 juta pertama dalam masa 3 bulan dengan
hanya menjual kuih di gerai.

Matlamat sewajarnya biarlah mampu di capai dengan kemampuan
kita. Lebih baik sedikit tetapi matlamat tercapai.

Bila matlamat tercapai, secara automatic
akan lebih bersemangat dan bermotivasi.. ;)



Peluru 2* : FOKUS ( Focus)

Bila sudah tetapkan matlamat.. so perlu lah
focus kepada matlamat tersebut. Kalau hanya tetapkan matlamat
tetapi takde tindakan dan focus, takde guna jugak kan…

Fokus merupakan satu perkara yang amat penting, dan ia perlu
berada dalam diri , terutamanya bila ingin
menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan.

Melakukan sesuatu perkara itu berserta fokus yang
tinggi sebenarnya kunci kepada kejayaan mana-mana
usahawan di dunia ini.

Tanpa fokus, tidak akan berjaya menjadi
Seorang usahawan yang berjaya. Percayalah!!



Senjata #3 : SEMANGAT

Pasti ramai orang di luar
sana mengeluh bahawa mereka juga pernah gagal. Tetapi
pada saya mereka bukannya gagal, mereka cuma
belum menjumpai strategi atau ramuan yang sebenar untuk
mencapai kejayaan.

Maksudnya di sini, hendaklah berfikir secara
positif. Bila pemikiran positif, secara tidak langsung tindak
balas atau reaksi juga positif.

Mungkin jika Alexander Graham Bell mengaku bahawa
beliau gagal dalam mencipta telefon,
mungkin sampai hari ini kita masih menggunakan burung merpati
untuk hantar maklumat ke tempat lain.

Artikel Pilihan: 3 LAGI Kunci Komunikasi Perniagaan Efektif (sambungan)


Oleh: Irfan Khairi. [12 Januari 2010]

Sambungkan artikel saya dengan menambahkan 3 lagi Kunci Komunikasi Perniagaan seterusnya....


Rahsia #4: Pendekkan

Pernahkah anda menghadiri sesi ceramah dan speaker tersebut terus menerus menceritakan segala-galanya dari A-Z tanpa henti sehingga berjam? Dan sering kali kita mengelamun dan tidak dapat mengikuti ceramah yang panjang lebar tersebut.

Tentu pernah kan, oleh kerana saya sendiri pun pernah menghadirinya!

Dalam berkomunikasi, ringkaskan apa yang hendak dikatakan. Padatkannya. Jangan berikan sehingga 10 perkara apabila berkomunikasi. Berikan 3 sahaja mencukupi. Asalkan apa yang disampaikan dapat diterima pendengar.  Apa gunanya bercakap sehingga 1 jam sekiranya apa yang kita boleh sampaikan dapat difahami dalam masa 20 minit?

Mat Salleh menggunakan istilah KISS - Keep It Short and Simple. Anda juga perlu pendekkan dan permudahkan supaya lebih mudah audiense anda menyerap setiap perkara yang anda ingin sampaikan.

Rahsia #5: Mesti ada gaya!

Yang ini agak sukar untuk dijelaskan, tapi ianya adalah penting. Pastikan anda mempunyai gaya! Ya, gaya tu penting. Ambil sedikit masa melihat pakar-pakar perniagaan dalam berkomunikasi. Lihat gaya tersendiri yang mereka tonjolkan. Komunikasi bukan sahaja pada percakapan, tetapi gaya kita sendiri dari segi cara pembawaan, dan juga pemakaian.

Dari segi cara pembawaan, kita boleh lihat Dato Dr Fadzilah Kamsah, apabila memberi nasihat, dan ingin mengatakan "Jangan" melakukan sesuatu, beliau mengulangnya 3 kali "Jangan... jangan dan JANGAN!" Pastinya itu adalah satu gaya pembawaan gaya yang dapat menarik perhatian pendengar kita. Tak lupa juga Dato yang sentiasa manis dan berpakaian segak membantu menarik perhatian orang ramai.

Bina gaya tersendiri, atau pinjam gaya daripada pakar-pakar perniagaan yang lain yang anda rasa selesa. Dengan gaya yang betul, pastinya anda dapat menawan audiens anda.

Rahsia #6: Perbaharui diri

Perbaharui diri anda. Ubahkan diri anda dari masa ke semasa mengikut zaman.  Audiens sering berubah dan pelbagai peringkat umur. Untuk menawani mereka, kita perlu meletakkan diri kita bersama mereka. Lihat sahaja Madonna yang berumur 50 tahun, tetapi masih diminati oleh pelbagai umur. Oleh kerana beliau sering merubahkan dirinya dan tidak hanya terperangkap pada zaman dahulu.

Dato Dr Fadzilah kamsah juga apa kurangnya apabila berbicara, sering menggunakan contoh-contoh modern dan terkini dalam ceramahnya. Ketika menyebut tentang rumah tangga bahawa kita perlu mencipta satu "maha karya" dalam rumah tangga kita, beliau menyebut tentang lagu Faizal Tahir Maha Karya Cinta- tentunya untuk menarik lebih ramai pendengar dan menyentuh hati audiens yang lebih muda.

Dalam berkomunikasi, perbaharui diri kita dengan elemen-elemen terkini supaya dapat menarik lebih ramai audiense pelbagai umur.

Menjadi hebat berkomunikasi bukan satu skil yang pakar-pakar komunikasi  dilahirkan sebegitu, tetapi, sesuatu yang boleh diplejari. 6 rahsia pakar komunikasi di atas akan membantu anda mengorakkan langkah pertama anda dalam dunia komunikasi perniagaan! Selamat mencuba.

Thursday, June 14, 2012

Artikel Pilihan: 3 Kunci Komunikasi Perniagaan Efektif


Oleh: Irfan Khairi. [5 Januari 2010]


Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa komunikasi adalah amat penting dalam perniagaan. Lihat sahaja mereka yang berjaya dalam perniagaan, dalam negara ataupun luar negara, pastinya mereka tergolong daripada mereka yang hebat berkomunikasi. Donald Trump, Oprah Winfrey, Bill Gates, Tony Fernandez, Ananda Krishnan dan ramai lagi adalah mereka yang hebat berkomunikasi!

Berita baiknya adalah, mereka yang hebat berkomunikasi, bukannya dilahirkan terus menjadi hebat dalam komunikasi. Komunikasi adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Dalam artikel ini saya terapkan 3 kunci usahawan jutawan dalam menarik minat sesiapa sahaja dengan menggunakan strategi komunikasi efektif.

Rahsia #1: Keghairahan

Keghairahan, minat yang mendalam dan cinta pada sesuatu topik itu akan menonjol apabila kita berbicara. Serlahkan keghairahan kita dalam percakapan kita. Ini sering kali menjadi mudah apabila kita bercakap mengenai sesuatu yang kita cinta. Oleh sebab itu juga, dalam perniagaan, pastikan perniagaan yang kita dalami adalah sesuatu yang menarik minat kita.

Apabila kita berbicara dengan penuh ghairah dan bersungguh-sungguh, pastinya ia akan berjaya menarik hati mereka yang mendengar berbanding dengan sekiranya kita hanya bercakap ala kadar dan tidak menunjukkan riak wajah yang ceria dan mempesonakan.

Keghairahan adalah kunci utama dalam berkomunikasi dengan efektif.


Rahsia #2: Beri Inspirasi

Beri inspirasi kepada audiens anda. Inspirasi akan menyentuh emosi. Emosi adalah apa yang akan menghubungkan antara anda dan pendengar pada tahap yang lebih mendalam. Percakapan seringkali akan menyentuh logik manusia. Tetapi, inspirasi akan menyentuh emosi manusia.

Kebanyakan daripada kelakuan manusia adalah berdasarkan emosi. Oleh itu, dengan menyentuh emosi melalui inspirasi, anda akan berjaya mendapat respons yang positif daripada audiens.

Sebagai contoh, sekiranya menyebut "Jimmy berjaya mendapat keputusan  cemerlang dalam peperiksaan", ia hanya menyentuh logik. Tetapi, sekiranya disertakan  sedikit inspirasi seperti "Jimmy berjaya mendapat keputusan cemerlang walaupun dirinya seorang OKU yang tidak dapat melihat sejak berumur 10 tahun akibat kemalangan", sudah tentunya memberi impak yang lebih tinggi oleh kerana disertakan sumber inspirasi.


Dalam berkomunikasi, cuba selitkan elemen-elemen inspirasi untuk menyentuh emosi pendengar anda.


Rahsia #3: Jelas & pendek

Bercakap dengan jelas. Gunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami. Fahami bahawa apabila kita berkomunikasi, kita sering berhadapan dengan mereka yang pelbagai latar belakang. Tidak semua akan fahami apa yang kita ingin sampaikan, oleh itu, gunakan perkataan yang mudah untuk di fahami.

Adakalanya kita perlu jelaskan semula supaya pendengar benar-benar faham apa yang kita hendak sampaikan.

Ketika memberi ceramah perniagaan Internet, terdapat berbagai-bagai bahasa Internet yang asing perlu digunakan. Seringkali saya tidak menggunakan bahasa-bahasa teknikal oleh kerana antara audiens mungkin ada yang tidak faham. Oleh itu, saya perlu permudahkan apa yang ingin disampaikan supaya ianya jelas. Sebagai contoh,  "Untuk menjalankan perniagaan Internet anda perlu membayar webhosting setiap tahun". Digantikan dengan "Untuk menjalankan perniagaan Internet, anda perlu membayar sewa seperti sewa kedai di luar sana. Sewa kedai di Internet di bayar setahun sekali dan dikenali sebagai web hosting". Haaa... baru lah ramai yang faham.

Dalam berkomunikasi juga, ringkaskan apa yang hendak dikatakan. Padatkannya. Jangan berikan sehingga 10 perkara apabila berkomunikasi. Berikan 3 sahaja mencukupi. Asalkan apa yang disampaikan dapat diterima pendengar.  Apa gunanya bercakap sehingga 1 jam sekiranya apa yang kita boleh sampaikan dapat difahami dalam masa 20 minit?

Mat Salleh menggunakan istilah KISS - Keep It Short and Simple. Anda juga perlu pendekkan dan permudahkan supaya lebih mudah audiense anda menyerap setiap perkara yang anda ingin sampaikan.

Itulah kunci komunikasi ke tiga!

Produk paling laris di Internet - ebook!


Oleh Irfan Khairi. [28 Disember 2009]

Sering saya ditanya, apakah produk paling laris sekiranya dijual di Internet? Untuk mengetahui jawapan ini, kita perlu lihat terlebih dahulu, apakah kegunaan Internet yang paling tinggi sekali.

Orang ramai menggunakan Internet untuk mendapatkan informasi. Dalam zaman ini, zaman informasi, informasi adalah produk yang paling laris sekiranya dijual di Internet.

Produk informasi yang dimaksudkan boleh jadi dalam bentuk buku, video, audio, repot, manual, ebook, persembahan multimedia dan sebagainya.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet menjual informasi, pertama sekali adalah, anda perlu tetapkan, informasi apakah yang anda ingin perdagangkan. Oleh kerana tiada had pada informasi, maka, berbagai-bagai perkara boleh menjadi produk informasi.
 
Selepas mengetahui topik informasi yang anda ingin hasilkan, langkah seterusnya adalah untuk anda pilih kaedah penghantaran informasi tersebut. Sama ada ingin menjualnya dalam bentuk buku, video, audio, repot, manual, ebook, persembahan multimedia dan sebagainya.

Di sini saya juga ingin menyentuh tentang ebook atau e-buku yang merupakan kaedah penghantaran informasi yang kian popular di zaman ini.

Ebuku merujuk kepada informasi yang dikumpulkan dalam bentuk digital mirip kepada sebuah buku. Ianya adalah fail digital yang boleh dihantar kepada pembeli melalui email, atau, pembeli boleh muat turunkannya daripada Internet. Contoh sebuah e-buku boleh didapati di www.irfankhairi.com/mentor

Apa yang menariknya mengenai ebuku adalah, oleh kerana ianya berbentuk fail digital, kaedah penghantarannya kepada pembeli secara online menjimatkan wang (tidak perlu mencetak), masa (pembeli menerimanya secara segera) serta boleh mengandungi link/audio atau video supaya menjadikan ebuku anda interaktif.

Melihat potensi keuntungan e-buku juga boleh menarik minat ramai pihak. Sebagai contoh, oleh kerana ebuku adalah fail digital yang dijual oleh penjual terus kepada pembeli, sekiranya ebuku tersebut berharga RM40, penjual (atau usahawan ebuku) tersebut akan memperolehi keuntungan RM40!

Tidak seperti menjual buku biasa secara tradisional, sekiranya penulis buku menulis buku melalui penerbit dan buku tersebut dijual pada harga RM40, penulis menerima royalti atas setiap jualan sebanyak RM2 sahaja. Bandingkan keuntungan RM40 dan RM2 atas setiap jualan! Itulah antara kekuatan menjual informasi melalui digital di Internet.

Apabila anda mempunyai produk informasi untuk dijual, langkah seterusnya adalah memiliki laman web sebagai tempat mempamerkan produk informasi anda. Sekiranya pelawat laman web ingin membeli, mereka boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau membuat bayaran terus ke bank usahawan informasi tersebut.

Satu ketika dulu, zaman pertanian melahirkan ramai usahawan-usahawan tani. Kemudian zaman perindustrian pun mengganti menghasilkan ramai usahawan-usahawan perindustrian. Kini, kina memasuki era informasi, dan waktu inilah akan terlahirnya ramai usahawan-usahawan informasi- menjual produk paling laris di Internet!

Artikel Pilihan: 5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda


Oleh: Irfan Khairi. [21 Disember 2009]

Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!

1: Tawani melalui kualiti yang tinggi
Kita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat  masalah apabila pelanggan merasakan mereka tertipu dengan belian mereka. Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.

Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kualiti produk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.

2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik
Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layani dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.

Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran "fast-food" mendapat permintaan yang tinggi!

3: Tawani melalui harga yang lebih rendah
Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.

Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalam memenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.

4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan
Memberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikan permintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangka akan menggembirakan mereka!

Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggan anda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana, pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka.

Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran pelanggan yang setia dan meluas.

5: Tawani melalui menjadi ketua pasaran
Menjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepada perniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenali berbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.

Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi oleh kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasaran tersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segala ubat gigi.

Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satu kelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluang perniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.

Strategi yang sukar, tetapi dengan implementasi yang betul, akan dapat menawani pasaran yang besar.

Tuesday, June 12, 2012

Artikel Pilihan: Minda Kaya vs Minda Miskin


Oleh: Irfan Khairi. [14 Disember 2009]

Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.

Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat disekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.

Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi.

Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai, masih lagi akan mencapai bulan.

Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk tanggung perbelanjaan bulan depan! Dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- "ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan akan datang!"

Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jagka masa  yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!


Minda kaya melihat 2 pilihan, manakala minda miskin melihat hanya satu pilihan
Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat 1 sahaja pilihan, seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagian. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.

Minda kaya tidak melihat sebagai 1 pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.

Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.

Minda kaya melihat orang kaya dengan perasaan inspirasi, manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan benci
 
Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dari melihat orang-orang berjaya yang lain. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.

Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi respons-respons negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik "Eleh... bawak mercedes... mesti songlap duit syarikat" atau "Eleh... dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan"

Apa yang terjadi pada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri "mahu" menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri "takut" untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ni songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!

Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!


Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain

 Pepatah Mat Salleh berbunyi "If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys".

Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya yang lain- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!

Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka.

Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya, tetapi, maksud daya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!

Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan
Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang.

Kreatif? Bagaimana kalau kita tak kreatif? Mudah sahaja... fikirkan bahawa "kreatif" maksudnya "menjadikan lebih baik". Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi "kreatif". Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik?

Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang.

Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.

Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisyen- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!

Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya ditangan empunya badan- pilihannya di tangan empunya minda- diri kita sendiri!

Carta top 10 faktor seorang Jutawan!


Oleh: Irfan Khairi. [8 Disember 2009]

Menurut buku the Millionaire's Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta  bermula dengan nombor sepuluh...

10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. Cekap dalam pengurusan

Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja  berjalan dengan lancar.

8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi "Leaders are readers", mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.

6. Mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira  penat lelah.

5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

4.Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong

Pepatah mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman. Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.

3.Mudah mesra dengan orang lain

84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya, iaitu orang-orang lain. Untuk mencapai jutawan, seringkali perlu bantuan dari orang lain. Mempunyai personaliti mesra dengan orang lain akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain atas diri kita. Ini sejurus membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.

2. Berdisiplin

Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah "boss". Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contoh, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.

1. Jujur dengan semua orang

Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka disekeliling kita, tak kira keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan, jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.

Monday, June 11, 2012

Untung ketika membeli dan bukan ketika menjual!‏


Dalam buku ”retire young retire rich” yang ditulis oleh
Robert T.Kiyosaki, beliau ada menyatakan orang kaya mendapat
keuntungan adalah ketika membeli dan bukan ketika menjual.

Bagi kebiasaan orang, mereka mendapat keuntungan melalui
pelaburan adalah ketika menjual.

Apa yang saya dapati, melalui pelaburan emas kita mampu mendapat
keuntungan ketika membeli dan bukan ketika menjual.

Sebagai contoh, kali pertama anda membeli emas Public Gold
100gram berharga RM 107 per gram.

Kemudian anda menjual emas berkenaan pada harga segram adalah RM
111. Disini anda telah untung sebanyak RM 4 bagi satu gram. Dan
RM 400 bagi 100 gram.

Sebenarnya itu bukan keuntungan anda yang mutlak. Kerana
keuntungan anda bermula ketika anda membeli emas Public Gold buat
kali kedua.

Ok, kemudian kita membeli emas buat kali kedua dengan harga se
gram adalah RM 109. Maka keuntungan sebenar kita dari pelaburan
yang pertama adalah RM 2 per gram (RM109 – RM 107 = RM2)

Keuntungan kita daripada pelaburan emas 100 gram adalah RM 200
(RM2 per gram X 100gram). Dan bukannya RM400.

Saya harapkan anda dapat memahami apa yang ingin saya
disampaikan disini. Pelaburan tidak sukar Cuma kita perlu bijak
merancang strategi sahaja.

Sebab itulah golongan yang kaya tidak memerlukan lulusan dari
Universiti Harvard ataupun Universiti Sains Malaysia (sbg contoh
sahaja)

Tuesday, June 05, 2012

Sanggupkah anda, untuk menjadi Jutawan...


Artikel oleh IK. [16 November 2009]

Pastinya semua orang mengenali Jackie Chan- ikon Asia yang paling popular di mata dunia. Saya sendiri pun minat aksi-aksinya.

Tapi, tahukah anda, sebelum Jackie Chan popular, beliau berusaha untuk mempelajari Tae Kwando, Judo, Wing Chung dan seni mempertahankan diri yang lain selama 18 jam setiap hari?

Pernah dengar nama Lance Armstrong? Cancer survivor yang memenangi Tour De France berkali-kali. Tahukah anda selepas beliau pulih dari kanser, beliau hanya mempunyai 2 matlamat dalam hidupnya- iaitu memenangi Tour De France, dan membesarkan anaknya dengan sihat.

Setiap hari, dari pagi hingga malam, beliau berlatih untuk memenangi Tour De France dan tidak melakukan benda lain. Ditulis dalam bukunya "Anything else was secondary and an unnecessary distraction"

Dan siapa tidak mendapat inspirasi dari ratu squash Nicole David. Dalam laporan pernah mengatakan beliau berlatih lebih dari 8 jam setiap hari.

Lihat kembali industri kita sendiri. Sanggupkah kita mengikut jejak langkah ikon-ikon ini yang kesemuanya kini multi-millionaire? No short cut to success, tapi masih lagi ramai ingatkan boleh jadi kaya dengan cepat & mudah.

Sekiranya kita sanggup berusaha sederhana sahaja, maka pendapatan kita tetap sederhana. Tetapi sekiranya kita sanggup berusaha pada kadar yang luar biasa, maka, pulangan juga akan tetap luar biasa.

Orang kebiasaan bekerja sekitar 40-50 jam seminggu. Tahukan anda secara purata jutawan-jutawan bekerja lebih daripada 70 jam seminggu?

Tanya pada diri kita sendiri, sanggupkah kita berusaha lebih dan melabur lebih untuk memperolehi pulangan yang lebih?

TIP PILIHAN: 3 Langkah Mudah Menghasilkan ebook tanpa menulis


Oleh : Irfan Khairi. [26 Oktober 2009]

Hari ini saya berikan tips untuk anda yang berminat untuk menulis
ebook, tetapi tiada masa... atau... tak pandai menulis :)

"Ebook short cut!"

Bagaimana caranya?

Langkah 1:
==========

Pilih satu subjek atau topik mengikut kepakaran anda... atau minat
anda. Rujuk posting semalam untuk tips passion/minat

Langkah 2:
==========

Temubual/Temuramah/Interview atau sewaktu dengannya pakar-pakar
industri dalam bidang anda berdasarkan sesuatu topik yang anda
ingin ketengahkan.

Langkah 3:
==========

Bukukan hasil temubual tersebut menjadi ebook!

Contoh-contoh ebook yang boleh dihasilkan:

1. 33 Pengalaman Pesakit Kanser yang Pulih
2. Kaedah Mudah Hiasan dalaman Rumah dari 8 Pakar
3. 10 Tips dari 10 Juru Gambar Malaysia
4. Tip Mengubah Hiasan dalaman Rumah anda pada bajet RM1,000
daripada 10 juru hias dalaman berpengalaman!

Ya, tak lupa, Mentor Jutawan bersama IK
(http://www.irfankhairi.com/mentor) menggunakan Ebook shortcut ini.
Saya tidak perlu menulis pun, cuma menemubual 7 ikon jutawan di
Malaysia. Semestinya, untuk mendapatkan masa mereka, anda pun perlu
mencapai sesuatu juga. Tetapi, cuba lihat topik-topik yang lain
yang dalam capaian anda.

Dengan hanya menemubual pakar-pakar indusrti dan membuat kompilasi
hasil temubual tersebut, anda boleh memperolehi pendapatan yang
berterusan setiap bulan daripada ebook.

Satu lagi, mungkin anda tertanya-tanya... perlu bayarkah mereka yang
anda interview tu? Adakah perlu membayar royalti kepada mereka?

Jawapan: Biasanya tidak perlu. Memadai dengan kredit yang tertera
selepas setiap temubual di dalam ebook anda. Walaubagaimanapun,
pastikan mereka tahu, tujuan anda temubual tersebut adalah untuk
dikompilasikan :)

Emas Sebagai Alternatif Pelaburan


[15 Oktober 2009]

Apa kata DATO' SALLEH MAJID, bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur tentang emas.

Berikut sedutan artikel tentang pendapat Dato' Salleh:
MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton. Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.

Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.

Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.

Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.

Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.

Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.

Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.

Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Monday, June 04, 2012

ARTIKEL PILIHAN: Temubual IK bersama Personal Money Magazine


Oleh : Irfan Khairi. [19 Oktober 2009]

Baru-baru ini saya ditemubual oleh majalah Personal Money.
Insyaallah akan keluar bulan depan sebagai cover story.

Berikut salah satu soalan (dan jawapan) yang diberikan ketika
temubual ;)

Personal Money: In your opinion, what distinguishes you from other
non-millionaires youth? How do you do things differently?

IK: I think its "a good start". I wouldn't say I work harder than
others, or work longer hours than others... but a good start of
having a goal at the age of 18, and reaching it at the age of 25.

It's like a rocket where you need full power & intense power to
lift of from the earth. Once the rocket is out at the atmosphere,
gravity will do the rest.

I too listen to music, go to the movies, watch DVD's and go out. No
different from other youths, but starting early, realizing how
important it is to have a goal, and working towards the goal gives
me an upper hand.
Starting early and giving all you got at the beginning really
helps. I would say "a good start" is how I do it differently.


Kesimpulannya: Mula awal... kalau belum mula lagi, mula sekarang,
Tiada masa untuk berlengah-lengah lagi sekiranya ingin mencapai
kejayaan. So, do it now ;)

So, jangan lepaskan majalah Personal Money daripada Edge bulan
hadapan... bukan saya sorang je di cover, tetapi ada bersama 5
jutawan lain dari latar belakang yang berlainan. C u there!


Oleh : Irfan Khairi. [13 Oktober 2009]

Satu strategi untuk anda mengurangkan kos perniagaan anda dan juga
menambahkan keuntungan adalah dengan membuang "orang tengah".

Lihat perniagaan anda. Bolehkah anda mengurangkan "orang tengah"?
Sekiranya anda mendapatkan stok daripada agent stok (orang tengah),
bolehkah anda mendapatkan stok terus daripada pembekal? Atau, lebih
baik, terus daripada pengilang! Ataupun, mungkin anda adalah pembekal,
bolehkah anda menjual terus kepada pelanggan tanpa melalui pengedar
(orang tengah)?

Perniagaan Internet, perniagaan mail order dan juga perniagaan jualan
adalah antara perniagaan yang secara modelnya telah sedia membuang
orang tengah.

Tahukah anda, Michael Dell menjadi BILLIONAIRE dalam masa 3 tahun
sahaja kerana berjaya mencipta model perniagaan menjual komputer
dengan membuang "orang tengah"?

TIP PILIHAN: IDEA PERNIAGAAN KETIKA HOLIDAY


Oleh : Irfan Khairi. [6 Oktober 2009]

Tahu kah anda bahawa 95% produk yang di pasarkan di sesuatu negara,
tidak dipasarkan keluar negara tersebut.

Contoh, 95% produk yang di Malaysia tidak ke luar negara pun.
95% produk dari Thailand, tidak keluar pun ke negara lain. 95%
produk dari Jepun, tidak akan di eksport keluar Jepun pun! Dan
seterusnya untuk negara-negara yang lain.

Maklumat ini adalah amat berguna untuk anda yang sering holiday
(atau kerja) ke luar negara. Buka mata dan minda usahawan anda
untuk membawa produk dari luar negara masuk ke Malaysia (atau ke
negara lain). Di sini adalah peluang untuk anda mencari idea
memulakan perniagaan dengan hanya memahami statistik 95% produk
dari sesebuah negara tidak ke luar negara tersebut pun ;)

Here's a hot tip bagi anda yang berminat untuk mendapatkan produk
dari luar negara, tetapi tak berpeluang untuk keluar negara...

Gunakan perkhidmatan AliBaba.com untuk mencari pemborong/pengeluar
dari luar negara

Apabila anda mempunyai idea perniagaan, apakah langkah seterusnya?

Reliasasikan idea perniagaan tersebut dengan memulakan perniagaan
secara konvensional ataupun perniagaan Internet!