Tuesday, May 22, 2012
ARTIKEL IK: 6 TIP MUDAH UNTUK HIDUP MEWAH
Oleh: Irfan Khairi [27 Julai 2009]
1: Tak perlu kopi & rokok!
OK OK.... Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai "The Latte Factor" oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)?
Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.
2: Potong kad kredit
Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi- paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda.
Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.
3: Jaga emosi
Siapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian.
90% keputusan belian adalah keputusan emosi. Bukan sekadar wanita sahaja yang mempunyai emosi. Lelaki juga. Jaga emosi kita dalam belian. Fahami bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan menggunakan emosi untuk menarik belian anda. Seringkali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan belian, ulang berkali-kali dalam fikiran anda "Jaga emosi... jaga emosi... jaga emosi"!
4: Pakar 1 topik kewangan
Anda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu membaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja.
Maksudnya, pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkin anda minat melabur, maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami. Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca buku-buku perniagaan Internet.
*Tip: Sertai Workshop Jutawan Internet untuk mempelajari kaedah menjalankan perniagaan melalui Internet! Klik di sini
Dengan mendalami sekurang-kurangnya hanya 1 topik kewangan, anda boleh pelajari berbagai-bagai kaedah menggandakan kewangan anda hanya dalam satu topik itu. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan hidup kita lebih mewah.
5: Cari kawan baru
Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang sengkek tadi... erm.... Mungkin juga boleh abaikan mereka kerana menyusahkan diri anda sahaja!
Dapat kan kawan yang bijak mengendalikan wang, dapatkan kenalan usahawan berjaya, dapatkan kawan yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!
6: Jangan baca sahaja
Jangan baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin tip-tip 1-5 ini anda telah baca sebelum ini, tapi, tabiat manusia sering melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum ini anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha.
Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan sekadar baca sahaja, lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!
TIP PILIHAN: Bagaimana Caranya Memusnahkan Pesaing Anda
Oleh : Irfan Khairi. [20 Julai 2009]
Dalam apa sahaja perniagaan, semestinya ada mempunyai
pesaing. Pesaing adalah lumrah dalam perniagaan. Adakah pesaing baik
atau tidak baik untuk perniagaan anda?
Ada yang akan kata pesaing adalah baik. Ada juga yang mengatakan
pesaing adalah tidak baik untuk perniagaan. Sekiranya anda tanya
pada saya, saya tidak suka pesaing dalam perniagaan.
Semestinya dalam perniagaan, pesaing adalah antara faktor utama
yang menentukan keuntungan perniagaan kita. Berita baiknya,
terdapat strategi cara bagaimana anda boleh memusnahkan pesaingan
dalam perniagaan anda dan menggandakan keuntungan perniagaan anda!
Bagaimana caranya memusnahkan pesaing? Adakah dengan cara kita
memburuk-burukkan pesaing kita?
Sudah pastinya tidak. Kerana, dengan memburukkan pesaing kita, 10
lagi orang akan memburukkan perniagaan kita!
Adakah caranya menurunkan harga supaya harga kita lebih rendah dari
pesaing kita?
Memang ia antara strategi, tetapi, menurunkan harga akan
menyebabkan peperangan harga yang mana kedua-dua pihak akan rugi.
Adakah caranya menambahkan kualiti produk dan perkhidmatan anda?
Zaman ini, kualiti adalah satu kemestian. Ianya adalah kemestian
untuk berniaga. Bermakna, produk anda berkualiti, peroduk pesaing
juga adalah berkualiti. Sukar untuk bersaing pada kualiti oleh
kerana semua usahawan akan mengejar kualiti dan meletakkannya
sebagai keutamaan.
Oleh itu, apakah caranya untuk memusnahkan pesaing anda sekiranya
bukan dengan cara memburukkan, menurunkan harga atau menambahkan
kualiti?
Jawapannya terkandung dalam siri "Laporan X: Cara Bagaimana
Memusnahkan Pesaing Anda"
Dapatkannya di: lawati http://www.IrfanKhairi.com/laporanX
Laporan X mendedahkan bagaimana anda boleh membawa perniagaan anda
ke tahap yang lebih tinggi dengan cara membina jenama perniagaan
anda. Strategi yang didedahkan menunjukkan cara terbukti bagaimana
anda boleh memusnahkan pesaingan dalam perniagaan anda dan menjadi
pilihan utama kepada pelanggan.
Sekiranya anda memiliki perniagaan, atau dalam
perancangan untuk memulakan perniagaan, "Laporan X: Cara Bagaimana
Memusnahkan Pesaing Anda" pastinya adalah satu permata yang mesti
anda miliki.
Untuk mendapatkannya, lawati http://www.IrfanKhairi.com/laporanX
TIP PILIHAN: Mengejar matlamat bagaikan mendayung sampan
Oleh : Irfan Khairi. [13 Julai 2009]
Baru-baru ini saya berpeluang bersama-sama mentor Jutawan Dato Dr
Azman Ching, selama 3 hari 2 malam di Janda Baik, mengendalikan
Business School Boot Camp bersama Peoplepreneur Business Community.
Memang happening! Terlalu banyak yang hendak saya kongsikan
pengalaman di sana, tapi, sebaiknya anda mengalami pengalaman itu
sendiri.
Satu tip yang saya ingin kongsikan dari mentor jutawan Azman Ching,
adalah mengenai usaha dalam mencapai matlamat. Memang banyak dah
artikel mengenai matlamat saya kongsikan, tetapi, apa salahnya kita
dengar inetrpretasi Azman Ching pula...
Matlamat ni, kita bayangkan seperti kita sedang mendayung sampan di
tengah lautan. Di mana, kita boleh lihat satu pulau yang
berhampiran. Kita dayung dengan kuat untuk menghala ke pulau
tersebut. Dayung memang kuat, maklumlah, kita sorang-sorang je
mendayung.
Tiba-tiba, datang ombak... menolak sampan kita ke arah lain. kita
lawan ombak tersebut dengan menambahkan lagi kekuatan mendayung.
Tetapi, ombak menolak lagi... lagi kuat kita dayung ke arah pulau
itu, makin kuat pula ombak menolak kita ke arah lain...
Sampai, kita give up... and kata... alamak, susahnya nak capai pulau
yang tu... takpe lah. kita ikut je ombak ni dan cuba cari pulau lain
pula yang lebih mudah.
Tanpa mengetahui bahawa, nanti ke arah pulau yang baru, pastinya
ada juga ombak yang akan menghalang dan membawa kita ke arah yang
lain.... dan lain... dan lain...
Memang ini sering terjadi. Matlamat yang kita lihat sememangnya
jelas. Saya percaya anda yang membaca, anda mempunyai matlamat
hidup dan kewangan yang jelas. Tetapi, akibat "ombak" yang sering
menganggu kita dalam mencapai matlamat tersebut, sering kali, kita
terbawa kearah yang lain... sehingga tak tercapai satu pun matlamat
kita yang boleh dibanggakan.
Sunday, May 20, 2012
TIP PILIHAN: MENJADI JUARA, PULANGAN BERGANDA
Oleh: Irfan Khairi. [30 Jun 2009]
Setiap masa, juara mendapat pulangan berkali ganda berbanding tempat ke-dua.
Contohnya, dalam perlumbaan lumba lari, juara mendapat RM10,000, mana kala tempat ke-dua mendapat RM5,000.
Adakah ia bermaksud juara perlumbaan tersebut adalah 2 kali ganda lebih laju dari yang mendapat tempat ke dua? Semestinya tidak. Mungkin, hanya lebih laju pada masa satu saat sahaja! Tetapi, pulangan berganda 2 kali ganda.
Begitu juga dalam hidup harian dan perniagaan. Sekiranya kita menjadi juara bidang kita, pulangannya adalah berganda berbanding dengan pesaing kita yang ditempat kedua... ketiga... dan lain-lain.
Misi anda dalam hidup sekiranya untuk mendapat pulangan berganda adalah untuk menjadi juara dalam bidang anda. Tidak semestinya anda hebat berkali-kali ganda berbanding dengan pesaing anda. Pada hanya kehebatan melebihi pesaing anda sedikit sahaja, pulangan pun boleh berganda :)
Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan dalam perniagaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda.
Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sambil lewa, pulangan anda terima juga adalah sambil lewa. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana.
Pastikan anda berusaha untuk mencapai apa yang dicapai oleh 10% teratas mereka yang mendapat pulangan tinggi dalam industri anda. Ini memerlukan usaha anda sendiri dalam memperbaiki ilmu dan mengaplikasikan ilmu tersebut.
Bolehkah anda namakan antara top 10% juara income earners didalam industry anda?
Jadilah juara dalam bidang anda sendiri!
TIP PILIHAN: FREKUENSI PEMIKIRAN BESAR
Oleh : Irfan Khairi. [22 Jun 2009]
Pastinya anda pernah dengar kata-kata pakar motivasi untuk berfikir
besar- Think big! Sekiranya pendapatan anda kini adalah RM3,000,
bayangkan anda mampu memperolehi RM30,000. Sekiranya pendapatan
anda adalah RM5,000, bayangkan pendapatan boleh mencecah RM50,000!
Boleh kah anda bayangkan?
Untuk kebanyakan antara kita ianya adalah amat sukar! Bukannya
senang untuk think big.Mana taknya, bertahun-tahun kita dalam
lingkungan pendapatan yang "lebih kurang sama" sahaja, masakan pula
hendak berangan pendapatan kita boleh berganda 10. Hendak
meyakinkan diri, satu cerita, inikan pula kalau kita kongsikan
matlamat "think big" kita dengan kawan, sudah tentunya kita hanya
akan kena perli mereka.
Biarkan saya berkongsikan satu rahsia dengan anda: Berfikir besar
adalah titik permulaan segala yang hebat berlaku! Ianya adalah amat
penting untuk berfikir besar. Mengapa pendapatan atau kejayaan
seseorang itu tidak cemerlang sepertimana yang diinginkan? Pastinya
kerana mereka tidak fikir besar.
Saya teringat satu rancangan TV menjemput saya sebagai tetamu
baru-baru ini untuk berbicara tentang potensi diri, dan dalam
rancangan tersebut, terdapat selingan temubual diluar studio dengan
orang ramai. Penemubual bertanyakan pada seorang lelaki yang
berpakaian kemeja segak, bertali leher. Penemubual bertanya
"Bolehkah anda menjadi Jutawan?". Jawapan yang diberikan
"Insyaallah, dengan usaha yang lebih, mungkin saya akan capai
hasrat saya itu satu hari nanti"
Tak lama kemudian, orang lain pula ditemubual. Kali ini, seorang
lelaki yang memakai T Shirt dan berseluar jeans (kelihatan agak
selekeh). Soalan yang sama ditanya "Boleh kah anda menjadi
Jutawan?". Jawapannya pula.... "er... er... saya tak pernah terfikir
pula. Mana la tahu, kalau saya menang pertandingan ke... mungkin
boleh jadi jutawan... er... tapi, tak tau la..."
Lelaki pertama memberi jawapan yang berfikiran besar. Manakala
lelaki kedua memberi jawapan yang agak kurang memuaskan- jadi
jutawan dengan menang pertandingan??
Jawapan yang mereka berikan mencerminkan personaliti dan fikiran
masing-masing. Lelaki pertama kelihatan daripada pakaiannya
seperti seorang yang berjaya- pastinya seorang yang berfikir besar
yang telah dicerminkan daripada jawapannya.
Manakala lelaki kedua pula, dari pakaiaannya yang agak selekeh
mungkin tersangkut dalam keadaan keselekehan itu kerana berfikiran
kecil!
Ketika saya di Universiti, saya sudah mula melatihkan diri untuk
berfikir besar. Ya, berfikir besar adalah satu kebolehan yang boleh
dipelajari dan bukan sesuatu yang sedia ada dalam seseorang. Secara
tabiat, manusia tidak akan berfikir besar oleh kerana telah lama
dan selesa dalam keadaan semasa. Tabiat manusia juga adalah sukar
untuk diubahkan. Begitu juga minda dan fikiran manusia yang tidak
suka diubah. Sekiranya "frekuensi" pemikiran seseorang itu suka
berfikir kecil, maka, itulah keadaan yang sering difikirkan dan
sukar diubah.
Sekiranya pula "frekuensi" pemikiran seseorang itu adalah besar,
maka, dia akan sering berfikir yang besar-besar sahaja. Tahukah
anda Donald Trump pernah kerugian dan berhutang US1billion? Ya,
satu ketika dulu beliau hampir hilang segala-galanya (dan berhutang
lagi!), tetapi, oleh kerana "frekuensi" pemikirannya yang besar
membolehkannya memusingkan keadaan sehingga beliau memperolehi
berbillion-billion kembali!
Ianya adalah agak bahaya sekiranya kita sering fikir kecil dan
tidak pernah berfikir besar. Kalau fikir besar pun, biasanya
sebesar mana yang kita yakin akan tercapai dengan mudah sahaja- dan
tidak lebih daripada itu. Itulah keadaannya frekuensi berfikir
kecil.
Manakala sekiranya kita keluar daripada keselesaan kita, kita fikir
besar lebih jauh daripada apa yang kita boleh capai. Lebih hebat
daripada apa yang kita inginkan dan lebih sukar daripada apa yang
kita sering lakukan, maka, kita dapat melatihkan minda kita untuk
berfikir dalam frekuensi fikiran besar.
Di sini saya ingin berikan sedikit latihan kepada anda:
Apakah matlamat anda yang paling besar yang anda boleh fikirkan, di
mana anda yakin anda tidak akan gagal. Berhenti sebentar dan
fikirkan soalan ini sebelum meneruskan bacaan...
"Apakah matlamat anda yang paling besar yang anda boleh fikirkan,
di mana anda yakin anda tidak akan gagal."
Jawapan yang anda miliki itu belum lagi berfikir besar. Dengan
jawapan yang anda ada dalam fikiran anda, gandakan pencapaian
matlamat itu 10 kali ganda lagi! Kini, itulah titik permulaan anda!
Tidak kira betapa jauhnya atau besarnya matlamat tersebut, fikir
kan matlamat itu setiap hari mulai hari ini. Tidak kira betapa
"kelakar"nya bunyinya kepada anda, berikan sedikit peluang untuk
minda anda untuk melatihkan diri untuk berfikir dalam frekuensi
fikiran besar.
Istilah mat salleh berbunyi, "Aim for the stars, if you miss, you
will still reach the moon!". Biarkan fikiran anda bebas berfikir
besar sebesar-besarnya oleh kerana sekiranya ianya tidak capai
pun, masih lagi tidak mengapa kerana, anda telah memberi peluang
kepada diri anda meletakkan satu standard yang jauh lebih tinggi.
Apa sahaja pencapaian sudah pastinya membanggakan. Itulah kehebatan
berfikir dalam frekuensi fikiran besar!
TIP PILIHAN: SKIL KOMUNIKASI DALAM PERNIAGAAN
Oleh : Irfan Khairi. [16 Jun 2009]
Dalam perniagaan, ada kalanya kita perlu melakukan presentation.
Tak kira, presentation proposal, atau melakukan sedikit "talk" atau
ceramah, mendapatkan sponsor, atau apa sahaja. Skil presentation
adalah penting dalam perniagaan.
Lihat sahaja Donald Trump, Bill Gates, Anita Roddick, Steve Jobs,
Oprah Winfrey... semua ikon perniagaan yang turut hebat dalam skill
komunikasi & presentation... mungkin juga sebaliknya, mereka hebat
dalam skil presentation dan akibatnya perniagaan menjadi hebat.
Skil komunikasi/presentation adalah penting dalam mengembangkan
lagi perniagaan kita. Berikut adalah beberapa tips:
***Start with a BANG!
Mula dengan sesuatu yang mengejutkan... atau membuat pendengar anda
teruja. tak semestinya mula dengan lawak. Sekiranya anda bukan
jenis yang suka melawak, tak perlu pun takpe. Tetapi, mulakan
sesuatu yang boleh menarik perhatian pendengar anda. Sekiranya anda
membuat presentation untuk mendapatkan derma bagi mereka yang
kurang bernasib baik, apa kata mulakan dengan slides gambar-gambar
orang2 yang kurang bernasib baik dalam keadaan yang menyedihkan.
Kemudian tanya... "Bayangkan ibu bapa dan adik beradik anda dalam
keadaan ini...". Pastinya dapat menangkap perhatian audience pada
minit yang pertama.
***Keep it short
Ini kesilapan yang selalu saya lihat bagi mereka yang masih lagi
baru dalam bidang membuat presentation. Terlalu banyak yang ingin
disampaikan. Contoh, masa yang diberikan 10 minit, dalam masa itu,
20 point ingin disampaikan. Ataupun, sering kali juga, membuat
presentation dan memakan masa yang lama. Saya pasti anda sendiri
pernah mengalami ini, duduk di dewan dan mendengar presentation
yang lama (dan agak membosankan) kerana speaker tersebut hendak
menyampaikan seluruh mesej!
Keep it short. Bagi anda yang pernah melihat saya melakukan talk
pendek atau jadi tetamu jemputan membuat talk, pastinya perasan
sering kali saya hanya cakap untuk 10-15 minit sahaja. Ada kalanya
saya bercakap 5 minit sahaja dan hanya menyampaikan 2-3 point
penting. Make your audience want more... dari pada mengharapkan anda
cepat habis bercakap! Keeping it short bererti anda tidak
menyampaikan terlalu banyak point serta tidak memakan masa yang lama.
***Relate with them
Manusia mempunyai tarikan emosi. Manusia akan tertarik dengan
manusia yang "lebih kurang" sepertinya. Tentukan audience anda dan
cuba dapatkan sesuatu yang boleh anda kaitkan dengan audien.
Contoh, sekiranya anda bercakap dihadapan golongan koporat,
pastikan pakaian anda juga seperti koprat dan beri contoh
pengalaman berkaitan dengan industri koprat. Sekiranya anda
bercakap dengan golongan suri rumah, masukkan elemen-elemen menjaga
anak dan mengendalikan rumah dalam talk anda.
Dengan mempunyai persamaan dengan mereka yang anda bercakap,
hubungan antara anda dan audience menjadi semakin rapat dan mereka
dapat menerima anda dengan lebih mudah.
Survey ada mengatakan, public speaking adalah #1 perkara paling
menakutkan untuk orang ramai. Masa saya dulu2 di sekolah &
university, saya sendiri antara mereka yang takut hendak memberi
public speaking. Tak berani! Tapi, sekarang, public speaking &
presentation menjadi antara rutin karier saya.
Wednesday, May 16, 2012
ARTIKEL: Kejayaan Berjangkit
Oleh: Irfan Khairi [1 Jun 2009]
Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung
pada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita?
Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita?
Contacts kita dan sebagainya!
Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan
orang-orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan
mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa mat salleh berbunyi
"If you want to soar with the eagles, you must not flock with the
turkeys".
Mastermind group
Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi
untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan "Mastermind'
tersendiri yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang berjaya.
Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran supaya sama-sama
mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing.
Sering kali strategi Mastermind group ini akan membuahkan hasil
oleh kerana menggunakan konsep "kejayaan berjangkit ini".
Dampingkan diri dengan kejayaan. Dengan sering berdampingan dengan
kumpulan orang yang berjaya, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.
Success breeds success
Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins
"Success Breeds Success", bererti, apabila seseorang mencapai
kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan
yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan
yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit!
Mengapa kah ini berlaku? Ianya merupakan tabiat manusia, kerana
apabila melakukan sesuatu yang menjadi , seperti mencapai kejayaan,
pastinya seseorang itu akan mengulang melakukan perkara yang sama.
Apabila seseorang itu mencapai kejayaan, keyakinan diri juga akan
bertambah. Bila keyakinan bertambah, di situ akan memberi momentum
kepada seseorang itu untuk meneruskan dan mengulangi kejayaan yang
dikecapi.
Siapakah role-model anda?
Ketika saya masih menuntut, antara role model saya adalah Michael
Dell. Yang merupakan seorang jutawan IT. Dengan mendalami strategi
perniagaan dan prinsip Michael Dell, ia memberi motivasi kepada
diri saya sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dilakukannya.
Untuk berjaya, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru atau
membina sesuatu sistem canggih serba baru. Untuk berjaya, kita
hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan, dan kita juga
akan turut capai kejayaan. Semestinya dalam konteks ini juga,
kejayaan adalah berjangkit!
Kegagalan juga berjangkit!
Semestinya kejayaan adalah berjangkit. Tetapi, bagaimana pula
dengan kegagalan!?
Berita buruknya, kegagalan juga adalah berjangkit!
Flock with the Turkeys
Sekiranya peribahasa berbunyi "If you want to soar with the
eagles, you must not flock with the turkeys", maka, pastinya kita
perlu cuba jauhkan daripada kumpulan yang sering gagal. Jauhkan
diri kita daripada mereka yang sering berfikir negatif kerana ianya
juga berjangkit.
Sekiranya di kalangan teman-teman kita, terdapat mereka yang sering
berfikir negatif dan sering menjatuhkan semangat kita- ia adalah
satu racun yang amat berbahaya.
Perasaan negatif adalah lebih mudah untuk berjangkit berbanding
dengan perasaan positif. Ianya tidak memerlukan usaha yang banyak
untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang itu. Tetapi, memerlukan
usaha yang amat besar untuk membina keyakinan.
Dengan sering mendampingi mereka yang sering berfikiran negatif,
sering menjatuhkan semangat kita, pastinya kegagalan pula akan
terjangkit kepada kita! Sudah jatuh, ditimpa tangga pula
Kejayaan, akan membuahkan lagi kejayaan. Kegagalan juga sering di
susuli dengan kegagalan. Mengapa pula ini terjadi?
Sering kali sesuatu kegagalan akan menjatuh kan semangat dan juga
keyakinan diri seseorang. Perasaan ragu-ragu dan fikiran negatif
mula menular dalam diri sendiri. Rasa tidak yakin akan menghantui
dan momentum juga akan terganggu.
Dengan ini, apa sahaja yang dibuat pastinya tidak menjadi. Sudah
jatuh ditimpa tangga pula, adalah tanda tanda mendapat jangkitan
daripada kegagalan!
Silap memilih role-model!
Dalam memilih role model juga perlu berhati-hati. Sekiranya
tersilap pilih, maka, kita juga akan mengikut contoh yang silap.
Sebagai contoh, mempunyai role model yang berjaya dalam perniagaan,
tetapi, dalam hidup sering berfoya-foya dan hidup terumbang ambing
bersama keluarga, hanya akan memberi gambaran negatif kepada kita.
Mempunyai role-model yang berjaya dalam hidup, tetapi seorang kaki
minum dan kaki perempuan juga memberi tanggapan negatif kepada kita
tentang erti sebenar kejayaan.
Seperti yang dikatakan, kita akan menjadi seperti role model kita.
Tersalah pilih role model, pastinya kesilapan tersebut akan
terjangkit pada kita pula.
Salah seorang role model saya ketika muda dahulu adalah Curt Cobain
(penyanyi kumpulan Nirvana). Pasti anda pernah dengar namanya. Saya
menyukai nya kerana passion dan usaha yang dimiliki dalam bidang
muzik. Namun begitu, apabila mendalami hidupnya yang
terumbang-ambing dan sering dalam tekanan mengambil dadah, maka,
Curt Cobain menjadi role-model yang tidak baik.
Ramai remaja zaman ini terjerat dalam pelbagai masalah sosial
kerana mempunyai role-model yang salah. Ini adalah contoh
jangkitan kegagalan yang paling ketara.
Sememangnya kejayaan berjangkit, tetapi hukum alam, apa sahaja di
dunia ini adalah berpasangan. Kegagalan juga berjangkit. Pilihannya
di tangan kita sendiri sama ada kita ingin memilih jangkitan
kejayaan, ataupun kegagalan. Harapan saya, pilih lah yang pertama!
Subscribe to:
Posts (Atom)