Monday, June 11, 2012

Untung ketika membeli dan bukan ketika menjual!‏


Dalam buku ”retire young retire rich” yang ditulis oleh
Robert T.Kiyosaki, beliau ada menyatakan orang kaya mendapat
keuntungan adalah ketika membeli dan bukan ketika menjual.

Bagi kebiasaan orang, mereka mendapat keuntungan melalui
pelaburan adalah ketika menjual.

Apa yang saya dapati, melalui pelaburan emas kita mampu mendapat
keuntungan ketika membeli dan bukan ketika menjual.

Sebagai contoh, kali pertama anda membeli emas Public Gold
100gram berharga RM 107 per gram.

Kemudian anda menjual emas berkenaan pada harga segram adalah RM
111. Disini anda telah untung sebanyak RM 4 bagi satu gram. Dan
RM 400 bagi 100 gram.

Sebenarnya itu bukan keuntungan anda yang mutlak. Kerana
keuntungan anda bermula ketika anda membeli emas Public Gold buat
kali kedua.

Ok, kemudian kita membeli emas buat kali kedua dengan harga se
gram adalah RM 109. Maka keuntungan sebenar kita dari pelaburan
yang pertama adalah RM 2 per gram (RM109 – RM 107 = RM2)

Keuntungan kita daripada pelaburan emas 100 gram adalah RM 200
(RM2 per gram X 100gram). Dan bukannya RM400.

Saya harapkan anda dapat memahami apa yang ingin saya
disampaikan disini. Pelaburan tidak sukar Cuma kita perlu bijak
merancang strategi sahaja.

Sebab itulah golongan yang kaya tidak memerlukan lulusan dari
Universiti Harvard ataupun Universiti Sains Malaysia (sbg contoh
sahaja)

Tuesday, June 05, 2012

Sanggupkah anda, untuk menjadi Jutawan...


Artikel oleh IK. [16 November 2009]

Pastinya semua orang mengenali Jackie Chan- ikon Asia yang paling popular di mata dunia. Saya sendiri pun minat aksi-aksinya.

Tapi, tahukah anda, sebelum Jackie Chan popular, beliau berusaha untuk mempelajari Tae Kwando, Judo, Wing Chung dan seni mempertahankan diri yang lain selama 18 jam setiap hari?

Pernah dengar nama Lance Armstrong? Cancer survivor yang memenangi Tour De France berkali-kali. Tahukah anda selepas beliau pulih dari kanser, beliau hanya mempunyai 2 matlamat dalam hidupnya- iaitu memenangi Tour De France, dan membesarkan anaknya dengan sihat.

Setiap hari, dari pagi hingga malam, beliau berlatih untuk memenangi Tour De France dan tidak melakukan benda lain. Ditulis dalam bukunya "Anything else was secondary and an unnecessary distraction"

Dan siapa tidak mendapat inspirasi dari ratu squash Nicole David. Dalam laporan pernah mengatakan beliau berlatih lebih dari 8 jam setiap hari.

Lihat kembali industri kita sendiri. Sanggupkah kita mengikut jejak langkah ikon-ikon ini yang kesemuanya kini multi-millionaire? No short cut to success, tapi masih lagi ramai ingatkan boleh jadi kaya dengan cepat & mudah.

Sekiranya kita sanggup berusaha sederhana sahaja, maka pendapatan kita tetap sederhana. Tetapi sekiranya kita sanggup berusaha pada kadar yang luar biasa, maka, pulangan juga akan tetap luar biasa.

Orang kebiasaan bekerja sekitar 40-50 jam seminggu. Tahukan anda secara purata jutawan-jutawan bekerja lebih daripada 70 jam seminggu?

Tanya pada diri kita sendiri, sanggupkah kita berusaha lebih dan melabur lebih untuk memperolehi pulangan yang lebih?

TIP PILIHAN: 3 Langkah Mudah Menghasilkan ebook tanpa menulis


Oleh : Irfan Khairi. [26 Oktober 2009]

Hari ini saya berikan tips untuk anda yang berminat untuk menulis
ebook, tetapi tiada masa... atau... tak pandai menulis :)

"Ebook short cut!"

Bagaimana caranya?

Langkah 1:
==========

Pilih satu subjek atau topik mengikut kepakaran anda... atau minat
anda. Rujuk posting semalam untuk tips passion/minat

Langkah 2:
==========

Temubual/Temuramah/Interview atau sewaktu dengannya pakar-pakar
industri dalam bidang anda berdasarkan sesuatu topik yang anda
ingin ketengahkan.

Langkah 3:
==========

Bukukan hasil temubual tersebut menjadi ebook!

Contoh-contoh ebook yang boleh dihasilkan:

1. 33 Pengalaman Pesakit Kanser yang Pulih
2. Kaedah Mudah Hiasan dalaman Rumah dari 8 Pakar
3. 10 Tips dari 10 Juru Gambar Malaysia
4. Tip Mengubah Hiasan dalaman Rumah anda pada bajet RM1,000
daripada 10 juru hias dalaman berpengalaman!

Ya, tak lupa, Mentor Jutawan bersama IK
(http://www.irfankhairi.com/mentor) menggunakan Ebook shortcut ini.
Saya tidak perlu menulis pun, cuma menemubual 7 ikon jutawan di
Malaysia. Semestinya, untuk mendapatkan masa mereka, anda pun perlu
mencapai sesuatu juga. Tetapi, cuba lihat topik-topik yang lain
yang dalam capaian anda.

Dengan hanya menemubual pakar-pakar indusrti dan membuat kompilasi
hasil temubual tersebut, anda boleh memperolehi pendapatan yang
berterusan setiap bulan daripada ebook.

Satu lagi, mungkin anda tertanya-tanya... perlu bayarkah mereka yang
anda interview tu? Adakah perlu membayar royalti kepada mereka?

Jawapan: Biasanya tidak perlu. Memadai dengan kredit yang tertera
selepas setiap temubual di dalam ebook anda. Walaubagaimanapun,
pastikan mereka tahu, tujuan anda temubual tersebut adalah untuk
dikompilasikan :)

Emas Sebagai Alternatif Pelaburan


[15 Oktober 2009]

Apa kata DATO' SALLEH MAJID, bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur tentang emas.

Berikut sedutan artikel tentang pendapat Dato' Salleh:
MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton. Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.

Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.

Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.

Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.

Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.

Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.

Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.

Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Monday, June 04, 2012

ARTIKEL PILIHAN: Temubual IK bersama Personal Money Magazine


Oleh : Irfan Khairi. [19 Oktober 2009]

Baru-baru ini saya ditemubual oleh majalah Personal Money.
Insyaallah akan keluar bulan depan sebagai cover story.

Berikut salah satu soalan (dan jawapan) yang diberikan ketika
temubual ;)

Personal Money: In your opinion, what distinguishes you from other
non-millionaires youth? How do you do things differently?

IK: I think its "a good start". I wouldn't say I work harder than
others, or work longer hours than others... but a good start of
having a goal at the age of 18, and reaching it at the age of 25.

It's like a rocket where you need full power & intense power to
lift of from the earth. Once the rocket is out at the atmosphere,
gravity will do the rest.

I too listen to music, go to the movies, watch DVD's and go out. No
different from other youths, but starting early, realizing how
important it is to have a goal, and working towards the goal gives
me an upper hand.
Starting early and giving all you got at the beginning really
helps. I would say "a good start" is how I do it differently.


Kesimpulannya: Mula awal... kalau belum mula lagi, mula sekarang,
Tiada masa untuk berlengah-lengah lagi sekiranya ingin mencapai
kejayaan. So, do it now ;)

So, jangan lepaskan majalah Personal Money daripada Edge bulan
hadapan... bukan saya sorang je di cover, tetapi ada bersama 5
jutawan lain dari latar belakang yang berlainan. C u there!


Oleh : Irfan Khairi. [13 Oktober 2009]

Satu strategi untuk anda mengurangkan kos perniagaan anda dan juga
menambahkan keuntungan adalah dengan membuang "orang tengah".

Lihat perniagaan anda. Bolehkah anda mengurangkan "orang tengah"?
Sekiranya anda mendapatkan stok daripada agent stok (orang tengah),
bolehkah anda mendapatkan stok terus daripada pembekal? Atau, lebih
baik, terus daripada pengilang! Ataupun, mungkin anda adalah pembekal,
bolehkah anda menjual terus kepada pelanggan tanpa melalui pengedar
(orang tengah)?

Perniagaan Internet, perniagaan mail order dan juga perniagaan jualan
adalah antara perniagaan yang secara modelnya telah sedia membuang
orang tengah.

Tahukah anda, Michael Dell menjadi BILLIONAIRE dalam masa 3 tahun
sahaja kerana berjaya mencipta model perniagaan menjual komputer
dengan membuang "orang tengah"?

TIP PILIHAN: IDEA PERNIAGAAN KETIKA HOLIDAY


Oleh : Irfan Khairi. [6 Oktober 2009]

Tahu kah anda bahawa 95% produk yang di pasarkan di sesuatu negara,
tidak dipasarkan keluar negara tersebut.

Contoh, 95% produk yang di Malaysia tidak ke luar negara pun.
95% produk dari Thailand, tidak keluar pun ke negara lain. 95%
produk dari Jepun, tidak akan di eksport keluar Jepun pun! Dan
seterusnya untuk negara-negara yang lain.

Maklumat ini adalah amat berguna untuk anda yang sering holiday
(atau kerja) ke luar negara. Buka mata dan minda usahawan anda
untuk membawa produk dari luar negara masuk ke Malaysia (atau ke
negara lain). Di sini adalah peluang untuk anda mencari idea
memulakan perniagaan dengan hanya memahami statistik 95% produk
dari sesebuah negara tidak ke luar negara tersebut pun ;)

Here's a hot tip bagi anda yang berminat untuk mendapatkan produk
dari luar negara, tetapi tak berpeluang untuk keluar negara...

Gunakan perkhidmatan AliBaba.com untuk mencari pemborong/pengeluar
dari luar negara

Apabila anda mempunyai idea perniagaan, apakah langkah seterusnya?

Reliasasikan idea perniagaan tersebut dengan memulakan perniagaan
secara konvensional ataupun perniagaan Internet!