Oleh : Irfan Khairi.[7 Januari 2016]
Saya dijemput ke Wanita Hari Ini, TV3 untuk berkongsikan mengenai menjana pendapatan tambahan satu usaha yang di cadangkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dalam menggalakkan pendapatan tambahan. Sekiranya anda terlepas, konsep 3P (Produk, Platform dan Promosi) yang saya kongsikan, berikut adalah ringkasannya. Anda juga boleh menonton rakaman ini di Tonton secara online.
P - Produk
Dalam memulakan perniagaan Intternet, pastinya memerlukan produk atau perkhidmatan untuk dijual. Terutamanya sekiranya perniagaan yang ingin dimulakan adalah perniagaan sambilan, terbaik memulakan perniagaan yang berdasarkan minat atau hobi.
Apa taknya, dah balik pejabat mungkin penat-penat, tiba masanya untuk melakukan sesuatu yang boleh memberi kepuasan kepada diri sendiri, bukan sahaja pada wang. Jadi, P yang pertama adalah dapatkan produk dan perkhidmatan mengikut minat.
P - Platform
Untuk memulakan perniagaan sambilan, gunakan platform yang anda sedia ketahui.
Untuk memulakan perniagaan sambilan, gunakan platform yang anda sedia ketahui.
Contoh, mungkin anda biasa menggunakan Facebook, dan juga menggunakan email (seperti email ini). Dua contoh itu sahaja dapat memberi gambaran bahawa ilmu menggunakan perisian ini, anda sudah ada. Cuma, bagaimana hendak menjadikan kedua perisian yang kita biasa gunakan ini untuk berniaga...
P - Promosi
Pelajari strategi dan teknik promosi platform yang anda pilih. Tanpa teknik dan strategi yang betul, pastinya sukar mendapat pelanggan.
Ramai yang bertanyakan saya, bahawa mereka telah menggunakan facebook, instagram dan lain-lain tetapi masih sukar mendapat pelanggan.
Jawapannya adalah mudah. Teknik dan strategi promosi yang digunakan adalah tidak efektif. Malah ada yang hanya menjatuhkan kredibiliti perniagaan sendiri oleh kerana melakukan teknik yang tidak beretika (tanpa disedari)
Itulah formula 3P yang saya kongsikan di Wanita Hari Ini, TV3.