Thursday, July 26, 2012

TIP PILIHAN: Susah Senang Menjalankan Perniagaan


Oleh: Irfan Khairi. [6 April 2010]
Soalan cepu gangsa:

    Menjalankan perniagaan, senang ke, susah?

    * Bagi mereka yang belum lagi memulakan perniagaan, ramai yang fikir perniagaan tu senang
    * Bagi mereka yang baru menjalankan perniagaan, ramai yang fikirkan perniagaan tu susah
    * Bagi mereka yang dah berpengalaman dalam perniagaan, mereka rasakan perniagaan itu senang

Sama ada perniagaan itu senang atau susah, bergantung kepada tahap keadaan kita. Bila kita belum lagi memulakan perniagaan, kita lihat seperti perniagaan ini senang. Kerana kita belum lagi "merasa" perniagaan. Kita sekadar melihat kisah-kisah orang berjaya dalam perniagaan.


Bila kita BARU mulakan perniagaan, baru kita rasa perniagaan tu susah. Kerana sebelum ni kita kaitkan perniagaan dengan keuntungan sahaja. Tak pula fikir tentang perlu promosi, perlu menjaga pelanggan, perlu lakukan accounting, perlu handle staff, perlu fikirkan kaedah dan strategi untuk bersaing dengan pesaing yang begitu ramai!

Bila kita dah setahun dua berpengalaman dalam perniagaan, baru kita rasa perniagaan tu senang kembali kerana kita dah biasa dengan perniagaan & belajar selok belok perniagaan sepanjang pengalaman kita ;)

Masalahnya, ramai yang give up atau berputus asa sebelum sampai tahap perniagaan itu senang kembali. Dalam masa setahun, apabila melalui kesukaran perniagaan, ramai yang gulung tikar kerana tak tahan... betapa susahnya menjalankan perniagaan!

Tuesday, July 24, 2012

ARTIKEL: 11 Formula kejayaan (bahagian 2... sambungan artikel minggu lepas)


Oleh: Irfan Khairi. [30 Mac 2010]

6: Tetapkan deadline

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri... oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja... berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: Ilmu tambahan

Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua  yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: Perancangan

Kata pakar motivasi "Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal"

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran

"A picture paints a thousand words". Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: Janji pada diri sendiri...

Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekiranya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Kesimpulan

Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah "blue print" orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.

Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!

'Ubat' Untuk Memantapkan Diri Di Dalam Perniagaan.‏


===============================================================
Peluru 1* : TETAPKAN MATLAMAT
===============================================================

Sebelum menceburkan diri dalam bidang keusahawanan,
perlu tetapkan matlamat atau menanam cita-cita.
Ini kerana,tanpa matlamat seperti nakhoda
yang belayar kelautan luas tanpa ada arah tujuan!!.

Tetapi pastikan matlamat atau cita-cita yang
tetapkan hendaklah rasional dan mampu dicapai.
Sebagai contoh:

Mendapatkan RM1 juta pertama dalam masa 3 bulan dengan
hanya menjual kuih di gerai.

Matlamat sewajarnya biarlah mampu di capai dengan kemampuan
kita. Lebih baik sedikit tetapi matlamat tercapai.

Bila matlamat tercapai, secara automatic
akan lebih bersemangat dan bermotivasi.. ;)


===============================================================
Peluru 2* : FOKUS ( Focus)
===============================================================

Ok , bila sudah tetapkan matlamat.. so perlu lah
focus kepada matlamat tersebut. Kalau hanya tetapkan matlamat
tetapi takde tindakan dan focus, takde guna jugak kan…

Fokus merupakan satu perkara yang amat penting, dan ia perlu
berada dalam diri , terutamanya bila ingin
menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan.

Melakukan sesuatu perkara itu berserta fokus yang
tinggi sebenarnya kunci kepada kejayaan mana-mana
usahawan di dunia ini.

Tanpa fokus,  tidak akan berjaya menjadi
Seorang usahawan yang berjaya. Percayalah!!


===============================================================
Senjata #3 : SEMANGAT
===============================================================

Saya pasti  pernah gagal dan ramai orang di luar
sana mengeluh bahawa mereka juga pernah gagal. Tetapi
pada saya mereka bukannya gagal, mereka cuma
belum menjumpai strategi atau ramuan yang sebenar untuk
mencapai kejayaan.

Maksud saya di sini,  hendaklah berfikir secara
positif. Bila pemikiran positif, secara tidak langsung tindak
balas atau reaksi  juga positif.

Mungkin jika Alexander Graham Bell mengaku bahawa
beliau gagal dalam mencipta telefon,
mungkin sampai hari ini kita masih menggunakan burung merpati
untuk hantar maklumat ke tempat lain. heheh.

ARTIKEL: 11 Formula kejayaan (bahagian 1)


Oleh: Irfan Khairi. [22 Mac 2010]

1:  Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini "Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu"

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub... anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai... anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda

Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi

Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan membakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

 5: Cermin kan diri sendiri

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

(bersambung... ikuti langkah ke 6 hingga 11 dalam sambungan artikel ini minggu !)

Monday, July 23, 2012

Langkah yang hebat bidang perniagaan.


Ketahuilah untuk menjadi seorang peniaga
yang hebat, anda memerlukan beberapa
langkah yang hebat.Yang pastinya lebih daripada 80%
penduduk di dunia ini memang sukakan bidang perniagaan,
tak kira la berniaga burger ke, pasar malam,
restoran dan berbagai lagi. Tapi anda harus ingat,
hanya 10% sahaja yang benar-benar bertahan
menjadi peniaga yang berjaya. Mengapa ini terjadi?

Terdapat beberapa factor yang menyebabkan 10%
daripada golongan tersebut ‘gulung tikar’. Antara nya ialah:

1) Tiada ilmu perniagaan yang cukup.

2) Tiada modal perniagaan.

3) Tidak perancangan perniagaan yang terperinci.

4) Berniaga hanya untuk bersuka suka.

5) Tidak pandai menjaga hati pelanggan.

6) Tidak pandai menguruskan masa.

7) Hilang focus.

8) Tidak sabar.

ARTIKEL: Tip Dari 4 Mentor Jutawan


Oleh: Irfan Khairi. [18 Januari 2010]


Sejak tahun lepas, saya telah diberi peluang untuk mengemudikan rancangan bicarawara radio saya sendiri; "Jutawan! bersama Irfan Khairi" di Radio 24, Bernama.

Di dalam artikel ini, adalah kumpulan 4 nasihat terpilih yang memaparkan ikon-ikon jutawan berkongsikan kisah, strategi dan tips bagaimana anda juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang.

Mentor Jutawan #1: Dato' Dr. Fadzilah Kamsah (Motivator)
Mengenai rahsia kejayaan perniagaan!

Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita jadi yang pioneer.

Satu lagi kita mesti ada satu bidang yang luar biasa dan orang lain perlukan. Ertinya kalau kita nak berniaga, kita perlu berniaga yang orang lain tak boleh nak beri. Jadi orang mendapatkan khidmat daripada kita.

Mentor Jutawan #2: Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)
Cara yang lebih bijak menjadi jutawan

Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah dengan adanya 'multiple streams of income'. Ini bermakna wang kita yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran pendapatan.

Sebagi contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen daripada beberapa pelaburan saya yang lain.

Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini iaitu 'Multiple sources of Income'. Dan untuk mendapatkan multiple inilah di mana kita perlu buat 'after burner income' di mana kerja itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.

Mentor Jutawan #3: Dato Dr Azman Ching
Mengenai matlamat

Hari ini kita hidup dalam dunia ni beberapa puluh tahun sahaja dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini, tetapi manusia meninggal dengan meninggalkan nama. Tapi nama kita boleh ditinggalkan atau diingati oleh keluarga kita. Tetapi yang paling penting adalah apakah matlamat yang kita capai.

Tak kisahlah matlamat kita apa pun samada nak mejadi seorang peguam ataupun doktor, tapi yang paling penting adalah matlamat kita tercapai. Kita boleh tengok yang baru-baru ini, matlamat seorang angkasawan yang telah tercapai untuk sampai ke angkasa. Kita nampak apabila matlamat kita tercapai, itu akan menjadikan kita sebagai manusia menjadi lebih positif dan akan meneruskan perjuangannya dalam kehidupannya.

Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya.

Mentor Jutawan #4: Chef Li (Jutawan Senyap)
Mengenai perlunya idola/mentor

Kita memerlukan idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata 'dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah', tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya 'aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran'. Dia akan tanya 'Berapa jualan engkau sekarang?'. 'Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus'. 'Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja'.

(... bersambung minggu hadapan untuk tip dari 4 lagi Mentor Jutawan!)

TIP PILIHAN: KUASA TAMBAH KOSONG


Oleh: Irfan Khairi. [1 Mac 2010]

Satu konsep yang ingin saya perkenalkan kepada anda, iaitu kuasa "Tambah Kosong"

Apa maksudnya?

Dalam perniagaan (ataupun hidupan harian), sudah tentunya kita mempunyai matlamat. Contohnya, berapa ramai kita hendak berjumpa prospek hari ini? Berapa ramai kita hendak pelanggan minggu ini? Berapa banyak keuntungan kita inginkan bulan ini?

Sebagai contoh:

Dalam perniagaan MLM, hari ni kita nak jumpa 3 orang prospek
Dalam perniagaan spa, minggu ini kita inginkan 20 pelanggan
Dalam perniagaan Internet, bulan ini kita inginkan keuntungan RM4,000
Ok... itu matlamat kita. Sememangnya ianya amat penting untuk kita mempunyai matlamat. Tetapi, apa kata kita aplikasikan kuasa "Tambah Kosong" pada apa sahaja matlamat kita. Ertinya, tambah satu (atau dua) kosong pada hujung angka matlamat kita. Jadi...

Fikirkan dalam perniagaan MLM, hari ini bukan 3 prospek menjadi matlamat kita, tetapi 30!
Fikirkan dalam perniagaan spa, minggu ini bukan kita inginkan 20 pelanggan, tetapi 200!
Fikirkan dalam perniagaan Internet, bulan ini bukan kita inginkan RM4,000, tetapi keuntungan RM40,000!
Dengan menambahkan kosong pada angka matlamat anda, anda menggandakan lagi matlamat anda supaya ianya menjadi besar. Minda anda juga akan menjadi lebih kreatif untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.

Bila besar matlamat kita, maka besarlah pencapaian kita. Shoot for the stars, if you miss, you will still get the moon!

Hebatkan kuasa "Tambah Kosong"?

ARTIKEL: 3 Tip Kejayaan BERJANGKIT


Oleh: Irfan Khairi. [19 Februari 2012]

Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung pada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita? Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita? Contacts kita dan sebagainya!

Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang-orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa mat salleh berbunyi "If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys".

Mastermind group
Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan "Mastermind' tersendiri yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang berjaya. Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran supaya sama-sama mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing.

Sering kali strategi Mastermind group ini akan membuahkan hasil oleh kerana menggunakan konsep "kejayan berjangkit ini".

Dampingkan diri dengan kejayaan. Dengan sering berdampingan dengan kumpulan orang yang berjaya, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.

Success breeds success
Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins "Success Breeds Success", bererti, apabila seseorang mencapai kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit!

Mengapa kah ini berlaku? Ianya merupakan tabiat manusia, kerana apabila melakukan sesuatu yang menjadi , seperti mencapai kejayaan, pastinya seseorang itu akan mengulang melakukan perkara yang sama.

Apabila seseorang itu mencaapi kejayaan, keyakinan diri juga akan bertambah.  Bila keyakinan bertambah, di situ akan memberi momentum kepada seseorang itu untuk meneruskan dang mengulangi kejayaan yang dikecapi.

Siapa role-model anda?
Satu strategi mencapai kejayaan adalah dengan mempunyai role-model. Siapakah role-model anda?

Ketika saya masih menuntut, antara role model saya adalah Michael Dell. Yang merupakan seorang jutawan IT. Dengan mendalami strategi perniagaan dan prinsip Michael Dell, ia memberi motivasi kepada diri saya sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dilakukannya.
Untuk berjaya, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru atau membina sesuatu sistem canggih serba baru.  Untuk berjaya, kita hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan, dan kita juga akan turut capai kejayaan. Semestinya dalam konteks ini juga, kejayaan adalah berjangkit!

Kegagalan juga berjangkit!

Semestinya kejayaan adalah berjangkit. Tetapi, bagaimana pula dengan kegagalan!?
Berita buruknya, kegagalan juga adalah berjangkit!

Tuesday, July 17, 2012

ARTIKEL: Menjadi Kreatif Bila Berniaga - THE BODYSHOP


Oleh: Irfan Khairi. [8 Februari 2010]

Bila sebut "kreatif" ramai memikirkan dalam perniagaan, kreatif adalah untuk pengiklanan/advertising. Namun, saya sering menyebut untukmenjadi kreatif dalam perniagaan

Sebenarnya, kreatif meliputi aspek yang meluas bukan sekadar pengiklanan, tetapi juga sehingga membuat keputusan perniagaan yang kreatif.

Contoh yang saya ingin kongsikan mengenai kreatif dalam perniagaan adalah Anita Roddick (pengasas The Body Shop)

Ketika mengembara pada tahun 70-an, Anita Roddick mendapati di negara yang dilawatinya, wanita menggunakan koko untuk melicinkan kulit muka dan badan. Anita Roddick menggunakan kreativitinya untuk membawa idea tersebut menjadi idea perniagaan kosmetik!

Apabila ingin memulakan perniagaan, Anita tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membeli bekas kosmetiknya. Lalu, Anita menggunakan kreativitinya membeli bekas yang paling murah, iaitu bekas menyimpan sample air kencing di hospital untuk dijadikan bekas kosmetik. (kini, tidak lah gunakan bekas tersebut... nanti ni jadi email forward pula!  )

Apabila membuka kedainya yang pertama pada 1976 (ya, The Body Shop kini sudah 30 tahun... bukan short cut kejayaan!), dinding kedainya berlumut dan kotor. Anita menggunakan kreativitinya untuk menggunakan cat yang paling murah berwarna hijau yang sama dengan warna lumut tersebut untuk mencantikkan kedainya. Sehingga kini, warna hijau (warna lumut) yang sama masih digunakan dan membawakan konsep alam semula jadi!
Dalam perniagaan, anda perlu kreatif dalam menangani masalah dan membuat keputusan. Jangan jadikan tiada modal, tiada idea perniagaan menghalang anda. Fikirkan cara kreatif dalam perniagaan anda

Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu seperti perniagaan Internet atau perniagaan berangkaian. Dengan kaedah dan strategi yang betul, perniagaan yang kecil boleh menjadi besar seperti THE BODYSHOP!

Monday, July 16, 2012

ARTIKEL: Tip Dari 4 (Lagi) Mentor Jutawan


*sambungan artikel minggu lepas
Oleh: Irfan Khairi. [25 Januari 2010]

Mentor Jutawan #4: Chef Li (Jutawan Senyap)
Mengenai perlunya idola/mentor

Kita memerlukan idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata 'dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah', tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya 'aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran'. Dia akan tanya 'Berapa jualan engkau sekarang?'. 'Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus'. 'Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja'.

Mentor Jutawan #5: Billi Lim (Jutawan berani gagal)
Mengenai kegagalan

Pada saya 'When you lose, don't lose the lesson'. Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang kita buat adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak, tapi apa sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan tugas anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates 'What type of people you would like to employ?. Bill Gates jawab 'I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don't want him to fail in my company, so he must fail in other people's first!

Boleh katakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua, kesetiaan dan tenaga akan bertambah. Memang betul, daripada pengalaman saya, sesiapa yang pernah gagal, akan menjadi lebih baik kemudian. Tiada sebarang inovasi akan terjadi sekiranya seseorang itu takut gagal!

Mentor Jutawan #6: Abang Abu (motivator)
Mengenai strategi mencapai matlamat semudah A-B-C-D

A itu adalah Aim. Ada orang yang tiada aim, ada juga yang banyak sangat aim. Kita kena tanya diri kita, apa matlamat kita buat sesuatu perkara. Matlamat kena satu, kerana ramai selalunya mempunyai banyak sangat matlamat.

B pula adalah believe, iaitu percaya akan matlamat kita. Ramai mempunyai impian besar tetapi tidak mencapainya, kerana kita mesti percaya akan impian tersebut. Contohnya Edison, ramai yang mengatakan beliau gila kerana cuba mencipta lampu beratus kali. Tetapi beliau percaya dalam matlamat beliau.

C adalah courage. Berani untuk apa? Mungkin berani untuk gagal. Misalannya kita tidak perlu takut jika kita membuat sesuatu itu gagal atau tidak menjadi Keberanian menerima kegagalan sendiri dan berubah!

D pula Do it, kalau nak duit kena do it. Kalau kita nak sesuatu, kita kena lakukan sesuatu untuk mencapainya. Jangan berhenti sehingga kita mencapai apa yang kita nak.

Mentor Jutawan #7: Dato' Hussamuddin
(Pengasas Kumupan Karangkraf!)
Mengenai mengendalikan kakitangan

Di Karangkraf sekarang kita ada 1100 karyawan. Tetapi saya tak rasa susah handle mereka, kerana saya memberi ruang kepada setiap insan yang ada di Karangkraf untuk berkembang dengan pace mereka sendiri.

Saya percaya, kalau kita beri seseorang kepercayaan, dia akan boleh berkembang. Jadi di Karangkraf, saya percaya kepada memberi peluang. Saya beri mereka tanggungjawab, dan biar mereka berkembang. Setiap team diberi autonomi untuk mengendalikan majalah mereka sendiri.
Saya bagi peluang, saya bagi ruang, saya bagi guideline dan saya delegate kuasa dan authority kepada setiap orang untuk berkembang. Ia ibarat anak, kalau kita kongkong sangat, anak itu akan jadi memberontak. Tapi kalau kita bagi galakan, garis panduan, anak tersebut boleh berjaya. Itulah prinsip yang kami amalkan.

Mentor Jutawan #8: IK- Saya sendiri!
Mengenai pengorbanan dalam menuntut ilmu

Kerja yang saya lakukan sebagai tukang cuci memberikan pengalaman kepada saya, setiap pagi selama dua tahun, sebelum memasuki kelas ataupun kuliah di universiti, saya akan bekerja sebagai tukang cuci pasaraya dan tandas untuk mendapatkan wang tambahan. Saya lakukan ini selama 2 tahun.

Dengan wang tambahan tersebut saya akan ke kedai buku pada hujung minggu untuk membeli buku-buku kejayaan untuk melengkapkan lagi diri saya tentang ilmu-ilmu kejayaan. Jadi di situ, saya dapat mempelajari bahawa kita perlu mempunyai satu disiplin yang kuat untuk berjaya dalam bidang apa sahaja yang kita masuki.

Kemudian barulah saya memulakan perniagaan dan mempelajari tentang ilmu perniagaan ini iaitu perniagaan Internet. Di situ rezeki mula berpihak kepada saya.