Wednesday, March 07, 2012

ARTIKEL: Jutawan Ghairah! (Passionate millionaire)


Oleh: Irfan Khairi. [10 Mac 2009]

Sering kali kita dinasihatkan untuk lakukan apa yang kita minat.
Lakukan apa yang kita ghairah (passion)! Tetapi, mengapa? Mengapa
kita perlu lakukan apa yang kita minat? Mengapa kita perlu lakukan
karier yang kita amat-amat sangat minat?

Apa kata kita lihat dari sudut lain pula. Mengapa pula kita hendak
lakukan sesuatu yang kita tidak minat?

Dalam mencapai kekayaan dan kebahagian dalam hidup, ianya amat
penting untuk kita lakukan apa yang kita minat. Mulakan perniagaan
yang kita mempunyai keghairahan dalam bidang tersebut.

Untuk berjaya dengan cemerlang, jarang sekali kita akan jumpa
seseorang yang melakukan apa yang mereka tidak minat. Pastinya
usahawan jutawan yang kita kenali, semua mempunyai keghairahan
dalam perniagaan masing masing.

Teringat saya kisah Bill Gates, salah seorang manusia paling kaya
di dunia pernah berkata bahawa: "Kalau saya tidak mendapat walaupun
satu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komuputer!".
Menunjukkan betapa ghairahnya Bill Gates dalam bidang mencipta
perisian komputer.

Kemudian, kita boleh lihat pengasas Dell Computers pula, Michael
Dell yang menjadi bllionaire pada umur 30-an. Dell pernah
menceritakan bahawa "Ketika saya di sekolah menengah, saya membina
komputer untuk rakan-rakan secara percuma. Kerana membina komputer
adalah minat saya!". Tidak dapat di nafikan lagi, keghairahan dan
minat Michael Dell juga membawanya kepada status billionaire
seperti Bill Gates.

Dan, pastinya semua mengenali Donald Trump, yang sememangnya
mempunyai minat dan keghairahan pada bangunan-bangunan indah sejak
kecil lagi. Kini, menjadi tycoon hartanah dengan berbagai-bagai
banggunan mewah serata dunia dalam portfolionya!

Sering saya nasihatkan pelajar-pelajar universiti dan lepasan
universiti untuk memulakan kerier dalam bidang yang mereka minat.
Atau lebih baik lagi, menjadikan perniagaan yang mereka minat
sebagai kerier pilihan.

Ada juga yang melakukan kerja yang mereka tidak minat, tetapi
terpaksa. Apa pula nasihat saya?

Tidak seperti kebanyakan nasihat di luar sana, yang menagatakan
"Jangan memilih kerja", nasihat saya pastinya berbunyi "Pilih kerja
dengan tepat!" lakukan sesuatu yang didalam ruang minat kita sendiri.

Apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak memilih kerja dan
"dipaksa" melakukan kerja yang kita tidak minat, kita sendiri akan
terperangkap dalam keadaan tersebut untuk tahun-tahun yang akan
datang.

Terutamanya bagi muda-mudi, masih terdapat banyak ruang dan masa
untuk memastikan karier yang dipilih adalah mengikut minat.
Sekiranya terperangkap dalam kerier yang kita tidak minat,
bahangnya akan terasa bertahun-tahun yang akan datang. Mungkin 3
tahun, mungkin 5 tahun... atau mungkin 10 tahun akan datang dan dalam
keadaan itu, akan terasa pula perasaan "rugi" kalau berhenti dan
melakukan sesuatu yang lain.

Apa yang kita tidak mahu terjadi adalah apa yang bakal berlaku
dalam tahun-tahun yang akan datang. Pastinya kita tidak mahu diri
kita terperangkap dalam keadaan kita siang dan malam melakukan
sesuatu yang kita tidak minat!

Bagaimana kita hendak tahu sesuatu itu, sama ada kerier bekerja
makan kagi, atau karier sebagai usahawan menjadi keghairahan kita?

Berikut adalah checklist untuk anda:

* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedar
betapa cepatnya masa berlalu!

* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa seronok
dan gembira melakukannya!

* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akan
merasa bosan melakukannya!

* Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita,
kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahan
menjawab soalan-soalan yang ditanya!

* Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minat
dan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannya
bermati-matian!

Ketika saya mengendalikan program radio saya menemubual
usahawan-usahawan yang berjaya, saya pasti mendapat jawapan yang
panjang lebar apabila saya bertanya satu soalan yang pendek.
Adakalanya, satu soalan pendek yang ditanya seperti "Mengapa anda
memilih industri pengangkutan sebagai perniagaan?", jawapan yang
diberi tetamu sehingga memakan masa 10 minit! Menandakan betapa
ghairahnya tetamu saya tersebut dalam bidang perniagaan pengangkutan.

Sememangnya tiada jalan lain, untuk mencapai kejayaan dalam
kewangan dan juga kebahagiaan hidup, kita mesti melakukan apa yang
kita minat dan ghairah. Ada juga yang melakukan apa yang mereka
tidak minat, tapi masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan.
Tetapi, persoalannya adalah, adakah mereka bahagia dan seronok
kerana terpaksa melakukan perkara yang tidak minat? Maka, kewangan
berjaya, tetapi, kebahagiaan gagal.

Semoga, kita tidak terperangkap dalam melakukan sesuatu yang kita
tidak minat untuk seumur hidup kita. Lakukan keghairahan kita. Jadi
usahawan yang ghairah. Jadilah jutawan ghairah!

ARTIKEL: RAHSIA SI KAYA - ALIRAN PENDAPATAN BERGANDA


Oleh: Irfan Khairi. [3 Mac 2009]

Apakah sebenarnya rahsia si kaya? Apakah persamaan yang terdapat
pada mereka yang kaya raya? Apakah strategi mereka dalam
menambahkan pendapatan mereka?

Jawapannya adalah ALIRAN PENDAPATAN BERGANDA atau bak kata mat
salleh, "Multiple Streams of Income".

Aliran pendapatan berganda bermaksud untuk tidak bergantung kepada
hanya satu punca pendapatan sahaja. Sekiranya anda mempunyai satu
punca pendapatan sahaja, apakah akan terjadi sekiranya punca
pendapatan tersebut terhenti?

Sebagai contoh, sekiranya anda sedang bekerja dengan satu syarikat,
dan oleh kerana sebab yang tidak dapat dielakkan (seperti krisis
ekonomi), syarikat tersebut terpaksa memberhentikan anda.
Apakah akan terjadi dengan aliran pendapatan anda?

Sudah tentunya akan turut terhenti. Bayangkan sekiranya ini terjadi
kepada anda. Sekiranya anda bekerja makan gaji, atau menjalankan
satu jenis perniagaan, apa akan terjadi sekiranya pendapatan anda
daripada satu punca tersebut terhenti? Berapa bulan anda dapat
menampung kos kehidupan anda dengan simpanan yang sedia ada?

Bagi ramai antara kita, sekiranya kita lihat sinario ini,
jawapannya amat mengejutkan. Mungkin wang simpanan yang kita ada
hanya dapat menampung kurang dari tiga bulan kos kehidupan kita.

"Aliran pendapatan berganda adalah apabila anda mempunyai pelbagai
punca pendapatan."

Bayangkan sebuah sinki yang mempunyai satu pili. Sekiranya anda
membuka pili tersebut pada arus yang deras, oleh kerana lubang
aliran keluar di dasar singki tersebut, air akan tetap keluar dan
tidak dapat memenuhi singki itu.

Tetapi, bayangkan anda mempunyai sinki yang mempunyai 4 pili.
Sekiranya keempat-empat pili tersebut dibuka dengan deras, walaupun
terdapat lubang aliran keluar di singki itu, tidak lama nanti,
seluruh singki itu masih akan dipenuhui air sehingga melimpah -
limpah.

Bayangkan setiap pili tersebut adalah punca pendapatan anda. Air
yang mengalir adalah wang dan lubang di dasar singki itu adalah
perbelanjaan anda.

Bagaimanakah caranya untuk menambahkan wang anda? Adakah dengan
hanya bergantung kepada satu pili sahaja? Ataupun menggunakan 4
pili supaya mendapat pendapatan yang berlimpah-limpah?

Aliran pendapatan yang berganda diamalkan oleh ramai golongan yang
kaya. Mereka tidak hanya bergantung kepada satu punca pendapatan.
Bagi usahawan yang berjaya, mereka bukan sahaja bergantung kepada
satu perniagaan sahaja, malah, mereka memulakan beberapa jenis
perniagaan untuk menghasilkan untung yang berganda.

Sebagai tambahan, untung dari perniagaan pula dilaburkan untuk
mendapat pulangan pelaburan. Ini menambahkan lagi aliran pendapatan.

Apabila melabur pula, bukan sahaja melabur pada satu akaun
pelaburan, tetapi, melaburkan pula pada beberapa akaun pelaburan
untuk memastikan untung atau rugi disebarkan. Aliran pendapatan
juga turut berganda dengan pelbagai akaun pelaburan yang dimulakan.

Ramai juga yang memiliki perniagaan, dan melaburkan keuntungan
mereka juga turut membeli hartanah dan menyewakan hartanah tersebut
untuk memperolehi lebih keuntungan. Bukan lagi rahsia bahawa
industri hartanah telah melahirkan paling ramai jutawan sejak
dahulu kala lagi sehingga kini.

Hartanah juga, boleh menjadi punca pendapatan berganda apabila
melabur kepada beberapa hartanah dan bukan hanya pada satu sahaja!

Pepatah mat salleh berbunyi "Don't put all eggs in one basket".
Jangan letakkan kesemua telur dalam bakul yang sama. Oleh kerana,
sekiranya bakul yang dikandung terjatuh, kesemua telur akan pecah.
Mengandung satu bakul sahaja adalah umpama bergantung kepada satu
punca pendapatan sahaja.

Dengan mempunyai punca pendapatan berganda, kita akan dapat
memperolehi aliran pendapatan yang berganda. Sekiranya si kaya
mempunyai 5 punca pendapatan, dimana setiap daripadanya dapat
memperolehi RM3,000 setiap bulan. Jumlah pendapatan kesemuanya akan
menjadi RM15,000. Sekiranya mempunyai 10 punca pendapatan, maka,
pendapatan bulanan si kaya menjadi RM30,000.

Fikirkan bagaimana anda boleh gandakan pendapatan anda ketika ini.
Fikir bagaimana anda boleh membuka lebih banyak pili pendapatan
untuk menghasilkan aliran pendapatan yang lebih deras seperti si
kaya!

Sekiranya anda ingin mepelajari lebih banyak lagi rahsia-rahsia si
kaya dan melihat contoh-contoh sebenar bagaimana strategi ini telah
diaplikasikan oleh 8 Mentor Jutawan Malaysia, dapatkan ebook
"Mentor Jutawan Bersama Irfan Kahiri". Dapatkannya di
http://www.irfankhairi.com/mentor

Tuesday, March 06, 2012

Dapat pelanggan tanpa had...


Oleh Irfan Khairi. [23 Februari 2009]

Ketika ekonomi down, ramai yang terlibat dalam bidang
perkhidmatan (insurans, jualan langsung, jualan langsung online,
kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin
sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan
sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had- ketika ekonomi
down.

Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya,
networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan
adalah "If you are not networking, you are not working!"

Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim
Sanders, beliau menyebut untuk "mencintai" network kita. Maksudnya
untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang.
Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan
sendiri sahaja.

Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu
anda miliki:

* Perlu berlimu
Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu menunjukkan
anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam
bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan
dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.

* Perlu menambahkan jaringan
Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih
ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh
dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan
terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes
anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan
sekadar KUANTITI.

* Perlu punyai perasaan tolong menolong
Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu.
Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang
bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa
pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang
pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba
dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa.
Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi
kesan hubungan jangka panjang untuk anda!

So, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu:
Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!

Monday, March 05, 2012

ARTIKEL: APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?


Oleh: Irfan Khairi [16 Februari 2009]

Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu
masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadi
jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk
melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!

**Jutawan kerja > 70 seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya
betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan
melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, mereka
lah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat.
Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya
anda bekerja <40 jam seminggu, maka anda perlu lipat kali gandakan
usaha anda!

**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar
dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin
bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan,
pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri
mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang
lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan
terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan
matlamat terlebih dahulu!

**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.
Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari
segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan
sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang
dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang
berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak
mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali
mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.

**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah senjata
yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta
ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua huta ringgit lagi
kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset
ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak
suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka
yang banyak membaca.

**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka
berbelanja sesuka hati. Mereka tahu betapa sukarnya untuk
memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak
digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan
wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan
pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang
sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan
perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat
kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.

**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The
Millionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi.
Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan
ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis
kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah
untuk anda!

**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam
bidang perniagaan. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada
perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak
menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat
dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka
ianya menjadi semakin sukar untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil,
tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!

**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.
Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short
cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit
banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit
berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba
anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat
cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan"
terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.

Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat
datang ke kelab jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan
besedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire"
edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca
segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.

Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari
dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi
"Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan
dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.