Tuesday, December 27, 2011

TIP PILIHAN: TEMUBUAL BERSAMA DATO DR FADZILAH KAMSAH


Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang
saya ingin kongsikan bersama ketika saya menemubual beliau di
Radio24 (93.9FM) dalam rancangan "Jutawan! bersama Irfan Khairi":

 IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak
payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan.
Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana
dalam bentuk kekayaaan ini?

 Dato Dr Fadzilah Kamsah: Ini adalah salah satu perkara yang
seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama'-ulama' yang 
mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana 
pun beritahu kita yang kita ini adalah 'umattan wasata' ataupun kita 
ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-
kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan 
dengan cara yang silap.

 Pertengahan itu dikatakan seperti "ala, kalau kita mati nanti pun
kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk
kubur". Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab
sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah
disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: "Allah amat kasih akan hambanya
yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang
terbaik ". Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.

 Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita
sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita
lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?

 Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama'-ulama'dan ulama'
mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan
seimbang iaitu 'balance'. Ianya juga membawa maksud bahawa kita
hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat
juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu
ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam
apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh
terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu
bukannya seimbang.

 Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul
maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan
akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi 'jumud' atau terikat dengan
tekanan dengan kata-kata, "Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya". Itu
adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan
bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah
redha.

 IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang
dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang,
pulangannya dalam bentuk wang juga akan jadi cemerlang juga.

 *So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda dengan
berkata-kata "buat apa lah nak kaya-kaya... bukan boleh bawak masuk
kubur pun...", anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah
Kamsah lagi

 

-IK
Irfan Khairi-

Monday, December 26, 2011

TIP PILIHAN: Harga melewatkan kerja.


Sekiranya ada satu sahaja MUSUH untuk membuatkan kita 
tidak berjaya & mengeluarkan segala potensi diri, ianya adalah 
procrastinate. Atau melewatkan-lewatkan masa kerja.

 Bayangkan ini. Apabila anda membaca sesuatu info yang amat berguna
yang anda sendiri tahu ianya boleh membantu anda- tidak kira dari
www.irfankhairi.com, atau dari buku, atau dari majalah... adakah anda
terus lakukannya, atau anda menangguhkan? (walaupun tahu ianya
boleh membantu anda mencapai kejayaan)

 Sebagai contoh, 2 tahun lepas saya menulis tip ini:

 "Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan
menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku
seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti
dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya
anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

 Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya
dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang
berkenaan bidang masing-masing?

 Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan
menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!"

 (Rujukan: September 2006- "Baca Jangan Tak Baca"
http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/baca-jangan-tak-baca/)

 Tip itu saya tulis kira-kira 640 hari lepas. Sekiranya anda
mengimpimentasikannya, anda telah meluangkan 640 jam membaca buku
sejak membaca tip tersebut sehingga kini. Ia juga secara purata
bermakna anda telah membaca 90 buah buku berkaitan dengan bidang
anda.

 Berapa ramai agaknya yang telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun
lepas? Insyaallah saya sendiri telah membaca 90 buah buku sejak 2
tahun lepas kerana saya amalkan kaedah membaca 1 jam sehari ini.

 Jadi, apakah harga melewatkan sesuatu? Dalam kes ini, membaca 90
buah buku anda telah kerugian. Dalam tip atas saya juga ada
menyebut, untuk menjadi pakar industri anda perlu membaca >100 buah
buku. Bererti, by now anda perlu lagi 10 buku sahaja lagi.

 Tetapi, sekiranya anda melewatkan masa/kerja dan tidak
melakukannya, jauh lagi perjalanan... 100 buku lagi!

 Sekiranya anda memulakan perniagaan Internet 3 tahun lepas ketika
buku RJJIT mula keluar. Tidakkah anda rasa by now anda sudah
berpengalaman 3 tahun menjalankan perniagaan Internet? Adakah
mustahil, dengan 3 tahun pengalaman anda boleh menjana
sekurang-kurangnya RM2,000-RM5,000 atau lebih! extra income online
secara part time melalui perniagaan Internet (side income)? Saya
rasa tidak.

 Dengan extra RM2,000-RM5,000 setiap bulan, tidakkah ia membantu
dalam keadaan harga minyak & barangan semakin naik ini? Saya rasa
ya.

 Procrastination adalah musuh utama dalam mencapai kejayaan. Pakar
motivasi Anthony Robbins menggelarkannya "the silent killer".

 Fikir sejenak. 3 tahun lepas... 2 tahun lepas... 1 tahun lepas... atau
tahun ini. Ada tak sesuatu yang anda tahu anda perlu ubahkan diri
anda kearah kebaikan membina diri anda sendiri, tetapi anda
terpedaya dengan "the silent killer" ini dan tidak melakukan
apa-apa?

 *Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10
tahun akan datang. Bagaimanakah keadaan kita sekiranya kita terus
melewat-lewatkan kerja dimana kita sendiri tahu ia adalah untuk
kebaikan diri kita sendiri.*

 Mungkin bagi anda ianya bukan membaca buku atau memulakan
perniagaan Internet seperti contoh di atas. Tetapi, mungkin anda
pernah terfikir satu masa dulu untuk menulis buku? atau untuk mula
menjimat sekurang-kurangnya RM300 sebulan? atau hendak mencuba
sesuatu pertandingan? atau hendak memulakan perniagaan part time
lain? atau hendak berjumpa lebih ramai prospek sekiranya anda sudah
memulakan perniagaan? atau hendak membawa keluarga pergi bercuti
luar negara? atau hendak buat 'surprise' pada orang yang tersayang?
atau apa sahaja... (tak semestinya berkaitan dengan wang je)

 

Untuk mengetahui harga melewatkan kerja (procrastinate), Bayangkan
3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan
datang. Think about it ;)

 ~Irfan Khairi(IK)~

Thursday, December 22, 2011

TIP PILIHAN: Jutawan "modern" tak seperti jutawan dulu-dulu


Kalau disebut "JUTAWAN", sering kita akan bayangkan seseorang
memakai kot, bertali leher, hisap curut, jam rolex, rumah bungalow,
duduk belakang sambil driver bawak mercedes, naik kapal terbang
business class dan sebagainya...

 Menurut Dr Thomas Stanley, penulis buku "Millionaires Next Door",
zaman sekarang, di kala keadaan ramai "Jutawan modern", perkara ini
semakin kurang berlaku. Ramai jutawan yang hidup di kawasan
perumahan kelas pertengahan, menjalankan hidup seperti ramai antara
kita, membeli belah di kedai-kedai diskaun, dan berpakaian
sederhana sahaja.

 Untuk jutawan-jutawan modern ini, apa yang menjadi motivasi, bukan
lagi memiliki banyak barangan / material (seperti jutawan dulu-dulu)

 Tetapi, untuk jutawan modern, ianya adalah mempunyai PILIHAN
melakukan apa yang diinginkan.

 "For the rich, it's not about getting more stuff. It's about having
the freedom to make almost any decision you want,"
-T. Harv Eker, penulis "Secret of Millionaires Mind

 Bila kita jadi jutawan kelak... apa kata kita jadi jutawan "modern"
yang lebih menjurus kepada konsep "kesederhanaan" dalam Islam

-IK 
Irfan Khairi

TIP PILIHAN: Bagaimana hendak jadi popular?


Dalam perniagaan, menjadi popular adalah satu keuntungan.
Perniagaan seperti Bodyshop, Microsoft & McDonalds semuanya
mendapat keuntungan daripada populariti pengasasnya- Anita Roddick,
Gates & Ray Crock.

 Tip kali ini khas untuk mereka yang ingin menjadi "popular" dalam
perniagaan masing-masing. Mungkin terbaik untuk motivator, trainer,
penulis buku, IM, dan perniagaan apa sahaja yang mengetengahkan
diri sendiri pemilik perniagaan.

 Soalan ini adalah untuk menjawab soalan rakan penulis saya, beliau
bertanya: Saya dah tulis 8 buah buku... mengapa saya tak sepopular
Irfan yang baru menulis 2 buah buku?

 Anda hendak tahu?

 1: Keluar dari mainstream
Anita Roddick keluar dari mainstream ketika memulakan perniagaan di
mana bahan-bahan kecantikan sering kali berkaitan dengan barangan
ujian saintifik dan menggunakan perubatan modern, Anita Roddick
memulakan perniagaan kecantikan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

 2: Ketengahkan sesuatu yang mengejutkan
Bill Gates & Microsoft tidak lari dari kontroversi ketika permulaan
Microsoft. Siapa tidak ingat perang Microsoft & Netscape? Sesuatu
yang mengejutkan akan membuka mata orang ramai. Ia adalah sesuatu
yang mengejutkan apabila perancangan Microsoft adalah untuk
monopoly OS sedunia.

 3: Sampaikan mesej yang sama
Apakah mesej anda? Terlalu banyak mesej berlainan akan mengelirukan
orang ramai dan orang sukar mengingati anda. Ray Crock menciptakan
mesej "kegembiraan" (good time, good place) berpuluh tahun dulu dan
mesej tersebut digunakan sehingga hari ini di McDonalds tanpa
ditukar! Sampaikan mesej yang sama berulang-ulang kali!

 Sekiranya anda ingin jadi popular, pastikan anda (1) keluar dari
mainstream, (2) ketengahkan sesuatu yang mengejutkan dan
(3)sampaikan mesej yang sama berulang kali.

Tuesday, December 20, 2011

TIP PILIHAN: Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila


Lama juga saya tidak masukkan tip Kewangan saya daripada segmen TV
saya, WW di Astro Awani "Wanita & Wang". Jadi, ini tip saya dari
segmen saya pagi tadi... bukan untuk Wanita sahaja... Lelaki pun!  

 Pastinya anda tertarik bukan? Kerja sekali, tetapi pendapatan
sampai bila-bila. bagaimana hendak lakukan? Jawapannya adalah:
Residual income atau passive income- antara senjata untuk menjadi
jutawan!

 Berikut adalah beberapa contoh residual income atau pendapatan yang
berulang...
 

 Sekiranya anda hebat menyanyi, anda boleh buat album lagu.
Penyanyi-penyanyi kita mendapat residual income. Walaupun album
sudah keluar 10 tahun lalu, sampai kini masih menerima royalti dari
jualan setiap album. Pernah terfikir tak mengapa penyanyi-penyanyi
barat walaupun satu sahaja lagu sedap, tapi boleh jadi
multimillionaire? cara yang sama- menerima royalti, tetapi royalti
dari jualan album ke seluruh dunia!

 "Tapi IK, saya tak pandai menyanyi!"

 Kalau tak pandai menyanyi, atau menari macam saya ni (sapa tengok
Jangan Tidur Lagi, TV3 tau lah!), kita boleh menulis buku. Penulis 
buku juga menerima royalti atas jualan setiap buku. Mungkin ia 
mengambil masa 2-3 bulan untuk siapkan satu buku, tetapi pendapatan 
dari royalti belian setiap buku akan diterima oleh penulis! Buku 
pertama saya RJJIT ditulis pada tahun 2005. Sehingga kini saya mendapat
pendapatan darinya. Buku terbaru Nota Jutawan: Nota motivasi juga
saya mendapat pendapatan setiap bulan...

 "Tapi IK, saya tak pandai menulis... camne?"

 Paling ramai jutawan tercipta di dunia daripada jutawan hartanah.
Real estate. Dalam kata lain, beli rumah, dan dapatkan penyewa pada
bayaran lebih daripada bayaran bulan-bulan kepada bank. Menyewa kan
rumah (atau kedai/pejabat) juga anda hanya kerja sekali, tetapi
pendapatan akan masuk sampai bila-bila selagi ada penyewa!

 "IK, hartanah ni kita perlu modal besar... saya takde modal camne?"

 Idea juga boleh menjadi residual income. Tak perlu modal.

 Pernah anda lihat "battery indicator" pada battery Duracell? pernah
anda menggunakan "Post-it"? Pernah anda lihat gambar Mickey Mouse
atau Hello Kitty? Bagi pemain guitar electric, anda perasan tak
bahagian besi pemegang tali tu adalah sesuatu ciptaan unik? Ini
semua antara idea yang telah menjadi "patent". Setiap kali idea
tersebut digunakan, pencipta akan menerima pendapatan!

 "IK, saya ni tak pandai nak cipta benda-benda baru..."

 Kalau begitu, sesetengah perniagaan juga memberi "residual income".
Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila. Sebagai contoh, bina satu
perniagaan kecil yang memerlukan minima masa anda. Pendapatan residual
akan terus datang kepada anda. Perniagaan Internet adalah satu pilihan.

 "IK... kalau saya tak pandai berniaga?"

 Haa... di sini lah saya nak quote kembali pesanan Dato Dr Fadzilah
Kamsah:

 "Orang lain buat duit, kita buat alasan!"

 Banyak cara untuk menjana pendapatan... banyak cara untuk menjana
pendapatan secara residual. Tetapi, kalu banyak alasan, jangankan
residual income. Income yang kerja sekali, pendapatan sekali pun,
kita takkan dapat Kalau semua tak boleh, jawapannya dalam
Al-Quran: banyak-banyak membaca... cari ilmu. Bila ada ilmu, yang tak
boleh, kita bolehkan juga. Insya-Allah.

Thursday, December 01, 2011

Artikel pilihan : Tempat terhangat untuk melabur RM1,000, RM5,000 atau RM10,000!



Oleh: Irfan Khairi
Sekiranya anda mempunyai wang sebanyak RM1,000, RM5,000 atau RM10,000, di manakah tempat terbaik dan terhangat di pasaran untuk anda laburkan wang anda untuk mendapat pulangan yang maksimum?
 
Jawapannya adalah, laburkan pada diri anda sendiri! Gunakan wang itu untuk meningkatkan ilmu anda dalam mencari pendapatan yang lebih!
 
Sememangnya jumlah RM1,000, RM5,000 atau RM10,000 boleh dilaburkan di institusi kewangan untuk pulangan mungkin 10%... atau 12%? Tetapi, sekiranya anda melaburkan untuk meningkatkan ilmu anda dalam bidang perniagaan (contohnya), ia dapat melipat kali gandakan pendapatan anda sehingga 100%...200% dan selalunya lebih dari itu sekiranya anda melabur secukupnya dalam ilmu.
 
Sehinggakan perkataan "ilmu" disebut dalam Al Quran lebih 700 kali, tempat pertama untuk anda melaburkan wang anda adalah kepada ilmu anda sendiri untuk melipat kali gandakan ilmu anda dan ia juga akan melipatkali gandakan pendaptan anda!
 
ps: Sekiranya anda atau ahli keluarga anda berminat untuk bekerja sambil belajar di Asia eUniversity, sertai preview program "Ekesekutif Diploma in Internet and Social Media Marketing" pada hari Khamis 1hb Disember 2012 ini. 

Tuesday, March 15, 2011

Artikel pilihan: Lakukan dengan pantas!

Oleh: Irfan Khairi

Pantas! Itulah kuncinya...

Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang "sebab dan kejadian". Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?

Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.

Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.

Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.

Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. "Ke garisan... sedia... MULA!" kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!


Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat "foul start" dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!

Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.

Pembunuh kejayaan adalah "membuang masa" atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!

Wednesday, March 09, 2011

Tip pilihan: SIKAP penentu segala


Oleh: Irfan Khairi


Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude.

attitude1.jpg

Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.

Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.

Mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting & memberi pulangan.Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.