Sunday, August 15, 2010

Cara jana pendapatan melalui Internet #5:

4 Langkah Memulakan Perniagaan Internet
Saya mula menjalankan perniagaan Internet sejak tahun 1999, ketika itu masih lagi di United Kingdom, tahun akhir menghabiskan degree saya. Satu advantage saya berada di sana ketika itu, adalah pendedahan perniagaan Internet yang saya terima. 10 tahun lalu, di UK, perniagaan Internet telah pun menjadi popular dan ramai telah memulakannya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah. Mana taknya, ketika itu pun, orang ramai sudah tidak lagi pergi ke pasar raya atau kedai runcit, tetapi memilih untuk membeli barang-barang runcit secara online. Termasuk saya. Perniagaan Internet adalah gaya hidup.
Di Malaysia, perniagaan Internet masih lagi baru. Dan ini memberi satu advantage pula kepada mereka yang memulakan perniagaan Internet sekarang oleh kerana pesaingan yang rendah! Sejak dulu, sehingga kini, untuk memulakan perniagaan Internet, hanya memerlukan 4 langkah yang jelas. Saya akan kongsikan keempat-empat langkah tersebut sekarang...
Langkah Pertama: Anda perlu produk!
Langkah pertama adalah anda perlu mempunyai produk untuk di jual. Produk tidak semestinya anda cipta sendiri, seperti kraftangan atau lukisan. Tetapi, anda juga boleh mendapatkan produk di pasar borong.
Contohnya, sekiranya anda terjumpa produk yang anda minat di kedai seperti ukiran Al-Quran, cuba cari/dapatkan pemborong atau pengeluar produk tersebut. Seringkali maklumat pengeluar/pemborong akan tertera pada packaging sesuatu produk itu. Ataupun, sekiranya tiada, cuba lah tanya pada kedai tersebut. Mana tahu, mereka merupakan pengedar produk itu snediri dan pastinya mahu mencari usahawan-usahawan yang turut menjual dan melebarkan pasaran mereka!
Dengan mendapatkan sesuatu produk dari pengeluar atau pemborong, anda akan mendapat produk itu pada harga yang lebih murah untuk anda lakukan mark-up (tambah harga bila anda jual)
Ukiran Al-Quran di atas hanyalah sekadar contoh. Anda boleh gantikan dengan apa sahaja produk yang anda fikirkan dan minat!
Langkah Kedua: Anda perlu laman web!
Apabila telah memiliki produk seperti ukiran Al-Quran di atas, langkah seterusnya adalah anda pelu memiliki laman web. Untuk membina laman web sendiri, anda memerlukan ilmu membina laman web. Selain dari itu anda boleh mengupah web designer untuk membinakan laman web bagi anda (sekiranya anda perlukan webdesigner, boleh hubungi kami).
Tetapi, satu lagi cara anda boleh memiliki laman web adalah seperti yang telah disebutkan dalam email yang lepas- menggunakan BLOG. Perkhidmatan percuma seperti www.blogger.com boleh menghasilkan anda sebuah blog dan kini, blog telah pun diterima oleh ramai pihak sebagai medium berniaga di Internet. Dengan hanya memiliki blog, anda boleh meletakkan maklumat produk anda di blog tersebut untuk di niagakan kepada orang ramai.
Sebagai contoh, namakan blog anda seusatu yang berkaitan dengan ukiran al Quran seperti "Quran Carves", dan masukkan gambar2 ukiran al Quran anda di blog anda. Maklumat lain produk anda juga patut diberikan bersama harga, cara melakukan bayaran, dan kaedah anda melakukan penghantaran sekiranya sesiapa sahaja membeli ukiran al Quran anda!
Langkah Ketiga: Anda perlu menerima bayaran
Tentunya laman anda perlu dapat menerima bayaran kad kredit dan juga bank in daripada pelanggan.
Untuk menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan, perkhidmatan percuma seperti PayPal.com boleh digunakan. Ya, ianya percuma. Sekiranya anda mempunyai akaun PayPal.com, anda boleh menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan anda tak kira dari serata dunia untuk mendapatkan ukiran al Quran anda!
Jangan lupa juga, letakkan kaedah bayaran offline seperti cara membuat bayaran ke bank akaun anda sekiranya pelanggan ingin melakukan bayaran secara bank-in.
Dengan dua kaedah terima bayaran ini, anda boleh menjalankan perniagaan di Internet!
Langkah keempat: Promosi, Promosi dan Promosi
Langkah seterusnya dan langkah yang perlu di lakukan berterusan adalah promosi laman web anda. Tak kira betapa hebat produk, dan laman web anda, tetapi anda tidak lakukan promosi, maka, tiada siapa akan tahu tentang perniagaan Internet anda bukan?
Anda perlu melakukan promosi laman web anda untuk menarik pelawat ke laman web/blog anda yang menjual ukiran Al Quran tersebut!

Wednesday, July 28, 2010

ARTIKEL : Tip Dari 4 Mentor Jutawan

Oleh: Irfan Khairi

Mentor Jutawan #4: Chef Li (Jutawan Senyap)
Mengenai perlunya idola/mentor


Kita memerlukan idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata 'dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah', tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya 'aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran'. Dia akan tanya 'Berapa jualan engkau sekarang?'. 'Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus'. 'Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja'.

Mentor Jutawan #5: Billi Lim (Jutawan berani gagal)
Mengenai kegagalan


Pada saya 'When you lose, don't lose the lesson'. Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang kita buat adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak, tapi apa sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan tugas anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates 'What type of people you would like to employ?. Bill Gates jawab 'I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don't want him to fail in my company, so he must fail in other people's first!

Boleh katakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua, kesetiaan dan tenaga akan bertambah. Memang betul, daripada pengalaman saya, sesiapa yang pernah gagal, akan menjadi lebih baik kemudian. Tiada sebarang inovasi akan terjadi sekiranya seseorang itu takut gagal!

Mentor Jutawan #6: Abang Abu (motivator)
Mengenai strategi mencapai matlamat semudah A-B-C-D


A itu adalah Aim. Ada orang yang tiada aim, ada juga yang banyak sangat aim. Kita kena tanya diri kita, apa matlamat kita buat sesuatu perkara. Matlamat kena satu, kerana ramai selalunya mempunyai banyak sangat matlamat.

B pula adalah believe, iaitu percaya akan matlamat kita. Ramai mempunyai impian besar tetapi tidak mencapainya, kerana kita mesti percaya akan impian tersebut. Contohnya Edison, ramai yang mengatakan beliau gila kerana cuba mencipta lampu beratus kali. Tetapi beliau percaya dalam matlamat beliau.

C adalah courage. Berani untuk apa? Mungkin berani untuk gagal. Misalannya kita tidak perlu takut jika kita membuat sesuatu itu gagal atau tidak menjadi Keberanian menerima kegagalan sendiri dan berubah!

D pula Do it, kalau nak duit kena do it. Kalau kita nak sesuatu, kita kena lakukan sesuatu untuk mencapainya. Jangan berhenti sehingga kita mencapai apa yang kita nak.

Mentor Jutawan #7: Dato' Hussamuddin
(Pengasas Kumupan Karangkraf!)
Mengenai mengendalikan kakitangan


Di Karangkraf sekarang kita ada 1100 karyawan. Tetapi saya tak rasa susah handle mereka, kerana saya memberi ruang kepada setiap insan yang ada di Karangkraf untuk berkembang dengan pace mereka sendiri.

Saya percaya, kalau kita beri seseorang kepercayaan, dia akan boleh berkembang. Jadi di Karangkraf, saya percaya kepada memberi peluang. Saya beri mereka tanggungjawab, dan biar mereka berkembang. Setiap team diberi autonomi untuk mengendalikan majalah mereka sendiri.
Saya bagi peluang, saya bagi ruang, saya bagi guideline dan saya delegate kuasa dan authority kepada setiap orang untuk berkembang. Ia ibarat anak, kalau kita kongkong sangat, anak itu akan jadi memberontak. Tapi kalau kita bagi galakan, garis panduan, anak tersebut boleh berjaya. Itulah prinsip yang kami amalkan.

Mentor Jutawan #8: IK- Saya sendiri!
Mengenai pengorbanan dalam menuntut ilmu


Kerja yang saya lakukan sebagai tukang cuci memberikan pengalaman kepada saya, setiap pagi selama dua tahun, sebelum memasuki kelas ataupun kuliah di universiti, saya akan bekerja sebagai tukang cuci pasaraya dan tandas untuk mendapatkan wang tambahan. Saya lakukan ini selama 2 tahun.

Dengan wang tambahan tersebut saya akan ke kedai buku pada hujung minggu untuk membeli buku-buku kejayaan untuk melengkapkan lagi diri saya tentang ilmu-ilmu kejayaan. Jadi di situ, saya dapat mempelajari bahawa kita perlu mempunyai satu disiplin yang kuat untuk berjaya dalam bidang apa sahaja yang kita masuki.

Kemudian barulah saya memulakan perniagaan dan mempelajari tentang ilmu perniagaan ini iaitu perniagaan Internet. Di situ rezeki mula berpihak kepada saya.

Tuesday, July 13, 2010

RAHSIA PERNIAGAAN HEBAT ABDUL RAHMAN BIN 'AUF

Pada satu ketika dahulu,sahabat Rasulullah,Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur.Antara perniagaannya adalah menjual unta.Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta,dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya ? Unta-unta beliau dijual pada harga kos - tiada untung !
Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman Bin Auf.

Tiada untung dalam menjual unta ? Habis tu,macam mana nak berniaga ?

Apabila ditanya,jawabnya...
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta.Unta dijual pada harga kos.Tetapi,keuntungan diambil dari menjual "tali pengikat unta".Di situ datangnya keuntungan.Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.


Hebat !

Sunday, June 20, 2010

Thinking B-I-G

Beri peluang kepada diri anda untuk "think big". Kesemua kisah kejayaan bermula dengan thinking big.

Ini adalah kerana, dengan mengimpikan sesuatu yang besar, anda memaksakan diri anda untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan anda. Kebanyakan dan mungkin juga SEMUA kisah kejayaan bermula dengan FIKIR BESAR!


Sekiranya anda mempunyai gerai, fikirkan bagaimana gerai itu boleh menjadi kedai. Sekiranya anda mempunyai sebuah kedai, fikirkan bagaimana anda boleh membina kedai-kedai tambahan (francais). Sekiranya anda sudah berjaya di negeri anda, fikirkan bagaimana anda boleh menambahkan kejayaan di mata negara (seluruh Malaysia). Sekiranya anda sudah berjaya di Malaysia, fikirkan bagaimana anda boleh berjaya di peringkat antarabangsa.

Sekiranya pendapatan anda adalah RM1,000, fikirkan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan RM10,000. Sekiranya pendapatan anda RM10,000, fikirkan pula bagaimana untuk memperolehi RM100,000!

Menurut sejarah, segala kejayaan yang cemerlang bermula dengan kebolehan seseorang itu dalam "thinking big". Pepatah Inggeris mengatakan:

"Shoot for the stars, if you don't get it, you still get the moon!"

(Bermatlamat untuk mencapai bintang-bintang. Sekiranya anda tidak kesampaian, anda masih mencapai bulan)

Maksudnya untuk memberi anda kebebasan berfikir sesuatu yang lebih hebat dan besar daripada zon selesa anda. Sekiranya sesuatu hebat itu tidak tercapai, anda masih lagi mencapai sesuatu yang amat membanggakan.

Thursday, June 17, 2010

" Millionaire Mind Power "

"Wang tidak jatuh dari langit tetapi harus dicari di muka bumi"
"Kekayaan tidak datang begitu sahaja tetapi harus dicari melalui ilmu dan caranya"
"Jika anda miskin hari ini,anda akan miskin selama-lamanya"
"Biar miskin harta,jangan miskin minda"
"Kekayaan dicipta diMINDA."

"Richworks Resources"

" Orang yang gagal adalah orang yang terhegeh-hegeh untuk memulakan sesuatu tindakan.Orang yang berpotensi untuk berjaya adalah mereka yang bertindak dengan pantas. "

Thursday, June 10, 2010

5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)

Here's 5 tips from me:

* Target "baby boomers" mereka yang ramainya tidak effected dengan economy meltdown. Mereka adalah dalam lingkungan umur 50+.

* Target produk "affordable" dan bukan "luxury". Sesuatu yang mampu dibeli dan bukan sesuatu yang untuk kemewahan.

* Mulakan perniagaan yang berkos rendah - kos permulaan dan overhead rendah. The best is Soho (small offcie, home office)seperti perniagaan Internet atau pun perniagaan perkhidmatan.

* Produk kesihatan (health & wellness) akan berada dalam permintaan tak kira ekonomi jatuh/naik.

* Produk-produk organik juga antara trend baru perniagaan yang akan boom.

Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapat mengubah approach perniagaan supaya dapat sustain tak kira ekonomiturun/naik.

Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk target market baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru.

All the best dalam perniagaan 2009!

Wednesday, May 26, 2010

3 Tip Kejayaan BERJANGKIT

Flock with the Turkeys

Sekiranya peribahasa berbunyi "If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys", maka, pastinya kita perlu cuba jauhkan daripada kumpulan yang sering gagal. Jauhkan diri kita daripada mereka yang sering berfikir negatif kerana ianya juga berjangkit.

Sekiranya di kalanagn teman-teman kita, terdapat mereka yang sering berfikir negatif dan sering menjatuhkan semangat kita- ia adalah satu racun yang amat berbahaya.

Perasaan negatif adalah lebih mudah untuk berjangkit berbanding dengan perasaan positif. Ianya tidak memerlukan usaha yang banyak untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang itu. Tetapi, memerlukan usaha yang amat besar untuk membina keyakinan.

Dengan sering mendampingi mereka yang sering berfikiran negatif, sering menjatuhkan semangat kita, pastinya kegagalan pula akan terjangkit kepada kita!

Sudah jatuh, ditimpa tangga pula

Kejayaan, akan membuahkan lagi kejayaan. Kegagalan juga sering di susuli dengan kegagalan. Mengapa pula ini terjadi?

Sering kali sesuatu kegagalan akan menjatuh kan semangat dan juga keyakinan diri seseorang. Perasaan ragu-ragu dan fikiran negatif mula menular dalam diri sendiri. Rasa tidak yakin akan menghantui dan momentum juga akan terganggu.

Dengan ini, apa sahaja yang dibuat pastinya tidak menjadi. Sudah jatuh ditimpa tangga pula, adalah tanda tanda mendapat jangkitan daripada kegagalan!

Silap memilih role-model!

Dalam memilih role model juga perlu berhati-hati. Sekiranya tersilap pilih, maka, kita juga akan mengikut contoh yang silap. Sebagai contoh, mempunyai role model yang berjaya dalam perniagaan, tetapi, dalam hidup sering berfoya-foya dan hidup terumbang ambing bersama keluarga, hanya akan memberi gambaran negatif kepada kita. Mempunyai role-model yang berjaya dalam hidup, tetapi seorang kaki minum dan kaki perempuan juga memberi tanggapan negatif kepada kita tentang erti sebenar kejayaan.

Seperti yang dikatakan, kita akan menjadi seperti role model kita. Tersalah pilih role model, pastinya kesilapan tersebut akan terjangkit pada kita pula.

Salah seorang role model saya ketika muda dahulu adalah Curt Cobain (penyanyi kumpulan Nirvana). Pasti anda pernah dengar namanya. Saya menyukai nya kerana passion dan usaha yang dimiliki dalam bidang muzik. Namun begitu, apabila mendalami hidupnya yang terumbang-ambing dan sering dalam tekanan mengambil dadah, maka, Curt Cobain menjadi role-model yang tidak baik.

Ramai remaja zaman ini terjerat dalam pelbagai masalah sosial kerana mempunyai role-model yang salah. Ini adalah contoh jangkitan kegagalan yang paling ketara.

Sememangnya kejayaan berjangkit, tetapi hukum alam, apa sahaja di dunia ini adalah berpasangan. Kegagalan juga berjangkit. Pilihannya di tangan kita sendiri sama ada kita ingin memilih jangkitan kejayaan, ataupun kegagalan. Harapan saya, pilih lah yang pertama!