Thursday, May 21, 2009

LOGO PERNIAGAAN ANDA...

Saya sudah menulis tip perniagaan sejak 2006, tapi entah kenapa,for the past 3 years, jarang saya menulis kepentingan mempunyailogo perniagaan- tu pun tahun 2006! Macam mana lah boleh terlepaspandang...

Mungkin juga, kerana memiliki logo untuk sesebuah perniagaan adalahasas membina jenama perniagaan, disebabkan topik yang terlalu asas,saya pun terlepas pandang. Yang bahayanya, disebabkan ianya asasperniagaan juga, banyak perniagaan, terutamanya perniagaankecil-kecilan mengabaikannya dan tidak mempunyai logo!

Sekiranya anda mempunyai perniagaan kecil-kecilan... adakah andamempunyai logo? Sekiranya tidak maka, jenama anda tidak akanberkembang.

Logo adalah penting kerana ianya adalah antara "first contact"prospek dengan perniagaan anda. Logo seringkali berbentuk "imej"atau "gambaran", membolehkan perniagaan anda mudah diingatipelanggan- berbanding dengan perniagaan yang tidak mempunyai logo.

Bak kata mat salleh, a picture paints a thousand words! Sedikitgambaran akan memberi impak yang besar.

Cuba fikirkan... ada tak perniagaan yang berkembang maju, tanpamempunyai logo? ... tiada bukan?

So, soalan utama...

ADAKAH PERNIAGAAN ANDA MEMPUNYAI LOGO?

Berikut adalah tip-tip dalam menghasilkan logo untuk perniagaan anda:

* Walaupun ramai memahami logo mempunyai "simbol" sering kali, logoberbentuk teks/tulisan lebih mudah diingati orang ramai. Contoh,Coca-Cola, Microsoft, Dell, Ebay, Yahoo, Amazon... perlu sayateruskan? :)

* Pilih warna logo anda berbeza dengan warna yang digunakan olehpesaing anda.

* Gunakan font yang mudah dibaca dari jarak jauh, atau apabila logoanda dikecilkan

* Pastikan warna logo anda digunakan secara konsisten dibahan-bahan promosi perniagaan anda

* Logo yang efektif berteraskan segi empat atau bulat. Logoberteraskan tiga segi tidak efektif :)

Salam hormat!